Tuesday, January 22, 2013

Cucuk mata dengan pencil!!

Hello.. Tengah hari tadi Joel balik sekolah dengan muka murung. Dalam hati sudah dapat agak sesuatu mesti berlaku. Kalau setakat kena marah Joel ni biasanya tetap juga happy macam tiada apa berlaku.
.. Masuk saja rumah terus campak beg dan mengadu. " mami tadi di sekolah ada 2 budak tu cucuk abang pakai pencil. 1 cucuk tangan dan 1 cucuk mata." mom tau Joel pun nakal juga but bila dengar Cucuk mata tersirap juga darah mom. Lagi lagi tengok mata Joel merah. Kalau cucuk sampai buta macam mana pulak!! Mom selalu risau perkara perkara begini berlaku. Biarpun Joel cakap 2 budak tu di rotan oleh cikgu tapi hati mom tetap tidak tenang. .. Esok kena tanya cikgu juga.


mom tanya Joel kenapa dia cucuk mata. Then Joel cakap dia cuma tengok budak tu buat kerja yang di bagi oleh cikgu tiba tiba budak tu cucuk mata. Mom bagitau Joel start besok jangan main dengan budak tu lagi dan kalau kerja yang di bagi cikgu sudah siap tidak perlu tengok orang lain buat kerja. Just duduk di tempat sendiri.
(`~~) risau la mom..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Cerita bersalin #2- 3cm only.

Hai.. Sambung cerita bersalin lagi, masa mula mula dR tu check bukaan baru 3cm. Masa tu jam baru dekat pukul 10 malam. Maksudnya ada 4 jam jugala mom menahan sakit contraction.tiap kali sakit datang mom tarik nafas panjang panjang.. Huh! Hembus.. Hahaha.kurang sikit la sakit. Orang sebelah mom , siap nangis nangis.pengalaman 1st bersalin. Dia tanya mom bukaan berapa mom cakap la 3 cm. Dia cakap akak boleh relax lagi ye,saya baru 1.5cm ni tapi rasa sakit macam nak mati. Dia tak tau mom pun tengah menahan but buat buat relax.
Dalam wad menunggu bersalin tu para husband tidak boleh masuk. Kalau boleh pun, hubby memang tak dapat nak teman juga sebab joel dan ezra tak ada orang tengok. So lepas hantar mom suruh hubby balik rumah saja. Selepas 4 jam menahan sakit kira kira 2.05 pagi air ketuban pecah. Mom bagitau la dR dan nurse bertugas,masa tu memang rasa sakit dan contraction tu pun panjang. Kelam kabut jugala nurse dan dR pelatih yang muda muda belia tu. Sampai kan ada seorang tu terlanggar pintu sebab kelam kabut sediakan barang.dR pelatih tu semua perempuan ada 4 orang. Siap ada buku nota. Betul terasa macam bahan ujikaji dalam makmal sains pulak mom ni. Tapi diaorang semua sweetla. Ada sorang tu siap bagi tangan dia time mom meneran.kalau nak gigit pun takpe. Haha.. Takdela sampai macam tu dik... Bersalin kali ni agak susah berbanding sebelum ni. Banyak kali mom teran.tapi tak keluar juga. Kepala baby besar kot. Hehe.sampai hampir hampir putus asa mom nak teran. Kepala baby jared ni pun lonjong sebab lama teran. 2.28 pagi baby jared pun lahir. Lega..memang rasa lega sangat.

Next aktiviti keluar kan uri dan jahit menjahit. (^^)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, January 20, 2013

cerita bersalin.

Hello.. Sebelum moment bersalin ni luput dari ingatan yang semakin lemah baik cepat di catatkan di sini. 30.12.12 - pagi itu bila mom buang air kecil perasan macam ada selaput darah. Tapi entahla time tu mom endah tak endah pulak. Mungkin masih mamai baru bangun tidur. Lagipun tak ada rasa sakit langsung pun. Pagi tu mom siap boleh cuci toilet,mop lantai malah cuci kereta. Hahaha.. Sampai petang tu mom rasa lain macam. Bahagian ari ari start rasa sakit. Lepas makan malam hubby cakap kawan ajak keluar. Mom cakap tak nak ikut sebab rasa tak sedap badan. Bila mom nak mandi , tengok darah dah bertompok tompok.. Cepat cepat call hubby balik. Berdebar debar rasa biarpun ini kelahiran ke 3. Hubby pun sama. Terlebih lebih pulak kelam kabut sampai semua barang pun mau dilanggar. Hehe.. Sampai hospital pukul 9 malam. Kalau dekat HSI dulu terus pergi kecemasan tapi sini HTAA lain sikit. Ada bangunan khas untuk orang bersalin sahaja. Staff dekat kecemasan tu suruh pergi tempat bersalin low risk. (eh! Ada tempat bersalin high risk ke?) emm memang ada.yang high risk tu untuk orang yang ada sakit macam kencing manis atau darah tinggi. Sampai saja dekat wad tu nurse tanya dengan selamba "kenapa datang?" . Lucu pulak soalan tu mestila datang sebab mau bersalin tak kan datang mau basuh kain. Dalam hatila cakap begitu. Hahaha.. Mom pun ceritala A to Z , lepas tu nurse panggil masuk baring dan check bukaan. Malam tu doktor bertugas semua lelaki. Memang untuk 3 kelahiran ni semua doktor lelaki la yang mom dapat. Haih!! To be continue... ( baby sudah start pasang muzik).
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, January 16, 2013

The baby.

Hello.. Miss to write someting already..

Reionel Jared.born at 2.28am on the last day of 2012.weight 3.08kg. Lega sudah perut dan start cabaran baru pulak untuk membesarkan dia di dunia sebenar.
Published with Blogger-droid v2.0.9

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails