Sunday, January 20, 2013

cerita bersalin.

Hello.. Sebelum moment bersalin ni luput dari ingatan yang semakin lemah baik cepat di catatkan di sini. 30.12.12 - pagi itu bila mom buang air kecil perasan macam ada selaput darah. Tapi entahla time tu mom endah tak endah pulak. Mungkin masih mamai baru bangun tidur. Lagipun tak ada rasa sakit langsung pun. Pagi tu mom siap boleh cuci toilet,mop lantai malah cuci kereta. Hahaha.. Sampai petang tu mom rasa lain macam. Bahagian ari ari start rasa sakit. Lepas makan malam hubby cakap kawan ajak keluar. Mom cakap tak nak ikut sebab rasa tak sedap badan. Bila mom nak mandi , tengok darah dah bertompok tompok.. Cepat cepat call hubby balik. Berdebar debar rasa biarpun ini kelahiran ke 3. Hubby pun sama. Terlebih lebih pulak kelam kabut sampai semua barang pun mau dilanggar. Hehe.. Sampai hospital pukul 9 malam. Kalau dekat HSI dulu terus pergi kecemasan tapi sini HTAA lain sikit. Ada bangunan khas untuk orang bersalin sahaja. Staff dekat kecemasan tu suruh pergi tempat bersalin low risk. (eh! Ada tempat bersalin high risk ke?) emm memang ada.yang high risk tu untuk orang yang ada sakit macam kencing manis atau darah tinggi. Sampai saja dekat wad tu nurse tanya dengan selamba "kenapa datang?" . Lucu pulak soalan tu mestila datang sebab mau bersalin tak kan datang mau basuh kain. Dalam hatila cakap begitu. Hahaha.. Mom pun ceritala A to Z , lepas tu nurse panggil masuk baring dan check bukaan. Malam tu doktor bertugas semua lelaki. Memang untuk 3 kelahiran ni semua doktor lelaki la yang mom dapat. Haih!! To be continue... ( baby sudah start pasang muzik).
Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

Just said...

ntah apa pnya soalan la nurse tu kan! Ciss...

Anne said...

Iya. Lucu kan soalan dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails