Dalam wad menunggu bersalin tu para husband tidak boleh masuk. Kalau boleh pun, hubby memang tak dapat nak teman juga sebab joel dan ezra tak ada orang tengok. So lepas hantar mom suruh hubby balik rumah saja. Selepas 4 jam menahan sakit kira kira 2.05 pagi air ketuban pecah. Mom bagitau la dR dan nurse bertugas,masa tu memang rasa sakit dan contraction tu pun panjang. Kelam kabut jugala nurse dan dR pelatih yang muda muda belia tu. Sampai kan ada seorang tu terlanggar pintu sebab kelam kabut sediakan barang.dR pelatih tu semua perempuan ada 4 orang. Siap ada buku nota. Betul terasa macam bahan ujikaji dalam makmal sains pulak mom ni. Tapi diaorang semua sweetla. Ada sorang tu siap bagi tangan dia time mom meneran.kalau nak gigit pun takpe. Haha.. Takdela sampai macam tu dik... Bersalin kali ni agak susah berbanding sebelum ni. Banyak kali mom teran.tapi tak keluar juga. Kepala baby besar kot. Hehe.sampai hampir hampir putus asa mom nak teran. Kepala baby jared ni pun lonjong sebab lama teran. 2.28 pagi baby jared pun lahir. Lega..memang rasa lega sangat.
Next aktiviti keluar kan uri dan jahit menjahit. (^^)
Published with Blogger-droid v2.0.9


1 comment:
besanya kalau bersalin yg ke 3 dan ke atas tidak brp lama ba proses dia kan.. tp ko ni kira lama jg owhh.. part jahit.. aduiii..
Post a Comment