Sunday, July 14, 2013

Jamu

Hello,

Hari minggu, jam 6 pagi suasana masih senyap maklumla hari rehat bagi yang bekerja kan. Yang budak budak sekolah pun kalau hari minggu biasa bangun lambat juga. Dapat pass tengok tv sampai lewat malam atau yang rajin study sampai subuh. (' ',) . Tapi lain pulak suasana rumah mom yang hari hari awal pagi sudah bising. Adui joel,  ezra..  kenapa kamu org awalnya la bangun.sudah la tidur lewat juga!!  balik balik juga mom "sssttttt ssstttttt ,diam sikit orang masih tidur". Segan jugala dengan jiran .mau buat macam mana ada budak kan, tapi jiran pun ada budak tapi senyap saja. *sign*

Balik kepada tajuk. Sudah seminggu lebih mom try minum jamu. Badan selalu rasa letih ramai yang suruh try jamu. Emmm try la kan. Mom pun try la jamu mak dara. Mom ada google dan check forum tentang jamu ni. Last last try jamu mak dara ni sebab SIL pun ambil jamu ni dan mom tengok hasilnya ok. Bertenaga saja mom tengok diaorang tu. Haha..
Rasa jamu ni ok,tiada la pahit bau pun tidak la menyengat. Hairan juga dalam botol tu kalau di hidu haihhh..mau pengsan ada macam bau bau kari. Tapi sudah bancuh dengan air tiada pula bau kari tu kuat sangat.

Hari pertama minum, kepala pening badan rasa sejuk sejuk. Tidak lama rasa panas dan keluar peluh. Lepas beberapa hari sudah ok. Memang minum jamu ni mulut kering rasa haus saja. Memang perlu minum air banyak. Mom minum sekali saja sehari mau tengok jared ok ka sebab dia masih menyusu badan. Dan sudah seminggu ni jared ok jadi bolehla mom teruskan.kalau tidak memang mom berenti saja.

Kesannya selepas seminggu, badan memang lebih segar,lenguh lenguh pun sudah kurang. Paling ketara tiada sudah mengantuk ngantuk, biasanya jam 11 pagi pun mom sudah rasa mau tidur saja tapi sekarang mom tidak tidur pun siang. Banyak kerja yang boleh siap. Tidak la sendiri stress sebab tengok kerja tidak siap siap lagi mau menguruskan anak anak. Yeahhh.. Ada lagi mom rasa air susu pun bertambah. Hairan juga bila baca baca forum orang cakap kurangkan susu tapi mom sebaliknya. Rezeki jared la kan. (^^,).. Minum lebih lama harap dapat kesan lebih baik.

Tuesday, July 9, 2013

Photo lagi.

Hello..
Hemmm cerita pasal gambar lagi.This morning my aunt upload a photo of me. Special photo. Sebab photo mom masa baru 6 month..thanks aunty rajinnya buka tu album album lama. Heee..
Yang di tengah tengah tu la mom masa baby baby. Comel kah? Ada ka persamaan kami anak beranak. Time joel belum ada kesedaran untuk ambil gambar. Sekarang rasa menyesal. Hemmm.. !!
Ps- kepada kawan kawan muslim/muslimah selamat berpuasa. ;-)

Wednesday, July 3, 2013

Old picture.

Hello..morning.

Tengok gambar ni mengingatkan mom gambar zaman remaja mak dan bapa. Hee, me,sister and big bro selalu ketawakan gambar gambar diaorang sebab selalunya akan tengok tempat lain tidak tengok camera. Lepas tu muka pula bukan main serius. Lagi satu gambar pulak di ambil dalam studio. Mom sampai sekarang belum pernah gambar dalam studio pun ( except gmbr passport). 

Zaman tu kan zaman surat.kalau berkenalan mesti ada la tu di sisip sekali gambar. :-)

Thanks to photo editor kan boleh juga kita buat gambar black and white sendiri.

Monday, June 10, 2013

My Weekend.

Hello..

Weekend baru ni mom baru terhegeh hegeh menjalankan aktiviti membungkus buku buku sekolah joel. Cuti 14 hari tapi last minute la juga baru kerja tu terlaksana kan. ( geleng kepala) tak patut! Tak patut!




Time membungkus buku tu teringat pulak time sekolah dulu.kalau mom memang paling tidak suka buku renyuk.kalau dapat buku teks yang buruk maka mom akan bungkus pakai kertas bungkus hadiah lepas tu bungkus plastik pulak. Sekarang ni eh! Rupanya sudah start bungkus buku sekolah anak. Petanda diri sudah tua. Hahahha...

Saturday tu hubby ke seremban atas urusan kerja,balik tu dia cakap tyre pancit la. Memandangkan hubby pukul 5.30 am baru sampai rumah,sunday tu mom sendiri pergi church. Ingat pasal tyre pancit so singgah kedai tayar dulu. Tengok tengok bukan tyre pancit tapi tyre sudah meletup pun. Oh! Syukur hubby semalam tidak ada apa apa. Tyre meletup sangat bahaya, apalagi kalau masa tu kita bawa laju.




Ehh.. Ini bukan weekend punya cerita.ini baru sekejap tadi. Tiba tiba terliur makan ABC. Apakah.. Ooo tidak mom bukan pregnant.





Tuesday, June 4, 2013

Cuti sekolah mei/june 2013

Hello ..

Cuti sekolah kali ni rasanya cuti paling best untuk joel.( Well mom pun happy dalam kepenatan.
) cuti cuti kali ni mom punya in law datang bercuti dari johor plus bapa mertua datang bercuti dari tawau. UMemang meriah!!
Hari selasa yang lalu Sil(3 orang) ,anak anak dan bapa mertua sampai. Sampai saja petang tu riuh la anak anak bercerita dan bermain. Maklumla lama tidak berjumpa. Malam tu dinner di restoran seafood bt.8 gambang. Mom lupa namanya pulak. Gambar makanan pun tidak sempat snap sebab masing masing lapar. :)



Time tunggu order sampai. My SIL dan anak anak. Aramai ti .. ;)

Hari rabu- 29.5.13 bermandi manda di pantai teluk cempedak. Huh! Macam tidak percaya nampak budak budak mandi laut tengah tengah hari. Balik jak semua jadi hitam. Ada yang kulit terbakar sampai malam tu tidak boleh tidur sebab kulit pedih.




Gambar sebelum bertolak.masing masing siap dengan baju mandi. Kecuali my kids yang tidak pernah lagi di bawah berenang,belum lagi ada baju berenang. (ketara bah tidak bawa anak berjalan.. Sian budak budak).
The next day pun aktiviti mandi mandi juga. Gambang resort waterpark. Tempat ni best. Tiket pun tak mahal sangat. Rm25 ke bawah jak . Tidak pasti harga yang tepat,busy dengan budak budak. Huh! Yang tidak best tempat ni tidak boleh bawa makanan dan pilihan makanan pula tidak banyak. Plus cuti sekolah ,orang ramai macam sardin dalam tin pulak. Tapi untuk budak budak ,"dunia macam milik ku."







Third day.. Tinggalkan air sudah ok anak anak.pergi naik kuda pulak di mini zoo teruntum kuantan. Tapi kali ni mom tidak ikut sebab pagi tu mom bawa baby jared pergi klinik check up 5 month.





Biarpun jalan jalan around kuantan saja,tapi seronok.yalah aktiviti bersama family kan mestilah seronok. :)
Next cuti sekolah macam mau buat aktiviti bersama lagi for the kids.

Sunday, May 26, 2013

Pasal kami.(about us)

Hello semua.

Kenapa kalau guna about us macam ok di baca tapi kalau translate Bm Pasal kami..macam kasar saja bunyinya kan.

Sudah lama tidak mencatat perjalanan kehidupan.tiada apa yang special pun semua berkisar pasal anak,family dan kehidupan sebagai ibu dan isteri.

Dalam tempoh tak sampai setengah tahun 2 kali berpindah rumah. Mencari keselesaan.biar masa dan tenaga terbuang yang penting akan datang hidup tenang dan selesa. :-D




Memang penat berpindah lagi lagi mom kena kemas,packing,unpack dan kemas lagi sorang sorang. Mr.hubby busy.. Hmmmm.. Hubby cadang juga.tunggu time dia cuti tapi mom juga degil mau cepat. Sebenarnya mom boleh pun buat sendiri sebab barang pun tak ada la banyak sangat.barang yang berat semua minta tukang angkat barang tu susun siap.bayar lebih sikitla.



Dengan perangai budak budak lagi yang memang umpp! Lagi banyak barang sepah sepah lagi suka diaorang bermain.





Budak budak bertiga ni pulak. Semakin banyak perangai. Kalau diceritakan sampai esok pun tak habis. Biasalah mungkin budak budak tengah bertumbuh.

About mom dan baby jared.yeah!! Congrat for myself sebab berjaya breastfeed kan baby jared secara exclusive sampai sekarang. Hampir 5 month sudah dia.


Beberapa hari yang lalu baby jared sudah pandai meniarap dan angkat kepala. :-D
31/5/13 ni genap 5 month dan kena check up klinik lagi.ada injection lagi.kesian baby. Tapi untuk kebaikan juga. Sabar la..

Tuesday, May 21, 2013

Mencari keselesaan.

Hello.. Long time no entry woo. Been busy plus line problem dekat kawasan rumah yang kita duduk . Syukur syukur dapat rumah sewa yang berhampiran sekolah joel. Jalan kaki pun boleh sampai tapi kalau nak mendukung budak kecik yang setakat ni berat hampir 8 kg ohhh sesak nafas.



Dan lagi line internet dekat sini laju. Bolehla mom continue mencatat dan membaca blog kawan kawan. Baru sebulan lebih saja , banyak update sudah kawan kawan blog. Hemmm mom ni begini begini sajala.nothing special yang berlaku. Just kehidupan seorang mom dan urusan rumahtangga. Okla catatan ringkas saja.sambung cerita lagi nanti. :)

Monday, March 4, 2013

My Happiness.

Hello .. Long time no come.. (^^)



Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, January 22, 2013

Cucuk mata dengan pencil!!

Hello.. Tengah hari tadi Joel balik sekolah dengan muka murung. Dalam hati sudah dapat agak sesuatu mesti berlaku. Kalau setakat kena marah Joel ni biasanya tetap juga happy macam tiada apa berlaku.
.. Masuk saja rumah terus campak beg dan mengadu. " mami tadi di sekolah ada 2 budak tu cucuk abang pakai pencil. 1 cucuk tangan dan 1 cucuk mata." mom tau Joel pun nakal juga but bila dengar Cucuk mata tersirap juga darah mom. Lagi lagi tengok mata Joel merah. Kalau cucuk sampai buta macam mana pulak!! Mom selalu risau perkara perkara begini berlaku. Biarpun Joel cakap 2 budak tu di rotan oleh cikgu tapi hati mom tetap tidak tenang. .. Esok kena tanya cikgu juga.


mom tanya Joel kenapa dia cucuk mata. Then Joel cakap dia cuma tengok budak tu buat kerja yang di bagi oleh cikgu tiba tiba budak tu cucuk mata. Mom bagitau Joel start besok jangan main dengan budak tu lagi dan kalau kerja yang di bagi cikgu sudah siap tidak perlu tengok orang lain buat kerja. Just duduk di tempat sendiri.
(`~~) risau la mom..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Cerita bersalin #2- 3cm only.

Hai.. Sambung cerita bersalin lagi, masa mula mula dR tu check bukaan baru 3cm. Masa tu jam baru dekat pukul 10 malam. Maksudnya ada 4 jam jugala mom menahan sakit contraction.tiap kali sakit datang mom tarik nafas panjang panjang.. Huh! Hembus.. Hahaha.kurang sikit la sakit. Orang sebelah mom , siap nangis nangis.pengalaman 1st bersalin. Dia tanya mom bukaan berapa mom cakap la 3 cm. Dia cakap akak boleh relax lagi ye,saya baru 1.5cm ni tapi rasa sakit macam nak mati. Dia tak tau mom pun tengah menahan but buat buat relax.
Dalam wad menunggu bersalin tu para husband tidak boleh masuk. Kalau boleh pun, hubby memang tak dapat nak teman juga sebab joel dan ezra tak ada orang tengok. So lepas hantar mom suruh hubby balik rumah saja. Selepas 4 jam menahan sakit kira kira 2.05 pagi air ketuban pecah. Mom bagitau la dR dan nurse bertugas,masa tu memang rasa sakit dan contraction tu pun panjang. Kelam kabut jugala nurse dan dR pelatih yang muda muda belia tu. Sampai kan ada seorang tu terlanggar pintu sebab kelam kabut sediakan barang.dR pelatih tu semua perempuan ada 4 orang. Siap ada buku nota. Betul terasa macam bahan ujikaji dalam makmal sains pulak mom ni. Tapi diaorang semua sweetla. Ada sorang tu siap bagi tangan dia time mom meneran.kalau nak gigit pun takpe. Haha.. Takdela sampai macam tu dik... Bersalin kali ni agak susah berbanding sebelum ni. Banyak kali mom teran.tapi tak keluar juga. Kepala baby besar kot. Hehe.sampai hampir hampir putus asa mom nak teran. Kepala baby jared ni pun lonjong sebab lama teran. 2.28 pagi baby jared pun lahir. Lega..memang rasa lega sangat.

Next aktiviti keluar kan uri dan jahit menjahit. (^^)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, January 20, 2013

cerita bersalin.

Hello.. Sebelum moment bersalin ni luput dari ingatan yang semakin lemah baik cepat di catatkan di sini. 30.12.12 - pagi itu bila mom buang air kecil perasan macam ada selaput darah. Tapi entahla time tu mom endah tak endah pulak. Mungkin masih mamai baru bangun tidur. Lagipun tak ada rasa sakit langsung pun. Pagi tu mom siap boleh cuci toilet,mop lantai malah cuci kereta. Hahaha.. Sampai petang tu mom rasa lain macam. Bahagian ari ari start rasa sakit. Lepas makan malam hubby cakap kawan ajak keluar. Mom cakap tak nak ikut sebab rasa tak sedap badan. Bila mom nak mandi , tengok darah dah bertompok tompok.. Cepat cepat call hubby balik. Berdebar debar rasa biarpun ini kelahiran ke 3. Hubby pun sama. Terlebih lebih pulak kelam kabut sampai semua barang pun mau dilanggar. Hehe.. Sampai hospital pukul 9 malam. Kalau dekat HSI dulu terus pergi kecemasan tapi sini HTAA lain sikit. Ada bangunan khas untuk orang bersalin sahaja. Staff dekat kecemasan tu suruh pergi tempat bersalin low risk. (eh! Ada tempat bersalin high risk ke?) emm memang ada.yang high risk tu untuk orang yang ada sakit macam kencing manis atau darah tinggi. Sampai saja dekat wad tu nurse tanya dengan selamba "kenapa datang?" . Lucu pulak soalan tu mestila datang sebab mau bersalin tak kan datang mau basuh kain. Dalam hatila cakap begitu. Hahaha.. Mom pun ceritala A to Z , lepas tu nurse panggil masuk baring dan check bukaan. Malam tu doktor bertugas semua lelaki. Memang untuk 3 kelahiran ni semua doktor lelaki la yang mom dapat. Haih!! To be continue... ( baby sudah start pasang muzik).
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, January 16, 2013

The baby.

Hello.. Miss to write someting already..

Reionel Jared.born at 2.28am on the last day of 2012.weight 3.08kg. Lega sudah perut dan start cabaran baru pulak untuk membesarkan dia di dunia sebenar.
Published with Blogger-droid v2.0.9

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails