Monday, December 31, 2012

Masuk wad bersalin low risk di HTAA.

Hello.. Sempat lagi mau type entry. Sekarang mom tengah menahan sakit contraction yang datang 5 minit sekali. First time kena tunggu wad. Sebelum ni bersalin terus masuk bilik bersalin.tapi di HTAA ni lain sikit. Jam 8 malam tadi pergi bilik air nampak tompok darah. Jauh lagi due ada 11 hari lagi but tak mau ambil apa apa risiko jadi pergi hospital saja. Jam 9 tadi dr check bukaan baru 3cm. Sekarang ni tak taula berapa. Nampaknya tak sempat la new year ni. Hehe.. Harap proses bersalin nanti mudah. Dr bertugas semua lelaki... Malu la jugak kan. (^^)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 26, 2012

natal dan banjir.

Hello ..
Bersalin? Emm belum lagi. This tine biarpun 3th tapi lebih penuh debaran dan dugaan. :) hubby getting better. Syukur la sebab bolehla rehat sikit .
Natal tahun ini haha.. Cuma masak di rumah. Kesian SIL dan BIL yang jauh jauh datang dari jb tapi tak boleh jalan pun.plan kami pergi pantai dan makan makan semua tidak jadi sebab banjir. Hujan tidak berenti langsung 24hb dan 25hb tu. Nasib baik kawasan gambang ni tidak banjir. Memang berdebarla kalau bersalin masa banjir tu sebab jalan ke hospital tu kena banjir. Mungkin ada jalan lain tapi bagi kami yang baru di sini jalan itu saja yang kami tahu.
Anyway merry xmas and happy new year.berapa hari lagi masuk 2013 sudah. :)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 11, 2012

Home but masuk wad again!

Hello.. Sunday,9.12.12 hubby di benarkan keluar dari HKL. Boleh balik rumah tapi not for long sebab semalam kena lapor diri semula untuk masuk wad di HTAA pulak. Mom baca report dari HKL ,hubby kena masuk ubat ( forget the name..) untuk 14 hari.. HKL sudah bagi 10 hari means ada 4 hari lagi la di sini pula.Mom rasa ubat antibiotik and tahan sakit. 1 hari hubby di rumah mom pun risau juga sebab dia balik balik mengadu tangan sakit. Ubat yang di bekalkan pun antibiotik saja. Tahan sakit tiada. Pantang makan pun banyak, hampir semua tidak boleh.ayam pun tidak boleh. Last last bubur + sayur saja. As for mom pulak,check up 35 weeks pregnancy semua result kembali normal. Lega!! Next check up 17.12.12. :)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 7, 2012

Cerita minggu ini.

Hello.. 3/12/12- pergi klinik check blood pressure dan urine untuk kali ke 3. Result tidak baik. Bp cuma 80/60. Mom pun terkejut.rendah! Mom siap suruh nurse buat sekali lagi. Dan yes result sama. Urine pun tak baik. Alb= +2. Doktor bagi ubat antibiotik untuk bekalan seminggu. Mom juga di bekalkan dengan botol urine untuk test. Kena hantar keesokkan harinya. Doktor ada scan and syukur keadaan baby normal juga. 4/12/12 - pagi pagi sudah pergi klinik hantar urine. Nasib baik tak payah tunggu lagi. Result 10/12 baru dapat.kalau tidak huh! Tidak tahan mau layan peel 2 budak lagi. Yesterday 3 jam di klinik,mom yang rasa ok sebenarnya boleh jadi sakit oo. Faham fahamla kalau budak budak tengah membesarkan. Today- patutnya hari ni hubby di pindahkan ke Hospital kuantan HTAA sudah. Tapi tidak jadi. Kena tunggu sampai isnin lagi. Yesterday di periksa sambungan saraf dan tulang jari hantu dan jari manis baik.lepas ni bila daging sudah penuh baru dapat jahit. But untuk jari kelingking tidak dapat di selamatkan. :( Mom patut hari ni ada appointment pergi klinik.but mom tidak pergi. Petang tadi nurse call bising. Nanti hari isnin sekali la. Dont know la.. Macam feeling so down bah!! * berusaha untuk happykan diri sendiri....
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, December 2, 2012

Rumah sewa baru.

Hello.. Happy december to me and you. 3 minggu sudah pindah but mom belum catatkan apa apa lagi mengenai rumah sewa yang baru ni. Rumah yang ni jauh lagi besar daripada rumah dulu.plus dengan sewa baru rm450,pasar ikan, supermarket yang jalan kaki pun boleh sampai mom puas hati. Kalau nak pergi bandar kuantan, kalau macam mom yang bawa kereta macam siput, 30 minit sudah sampai. :)

Rumah ni ada 3 bilik. Tapi memandangkan 2 bilik lagi masih occupied( kawan hubby belum dapat rumah) jadi barang barang belum dapat susun dengan baik. Jadi barang yang patut dalam stor Semua mom longgok dulu di dapur.

Serabut kan!! :) Dan see my curtain.. Haha buruknya. Tiap kali keluar ruang tamu sakit mata memandang.

Mom boleh saja tukar langsir ni,tapi tangga tiada dan paling penting preggy 8 bulan.
Published with Blogger-droid v2.0.9

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails