Thursday, November 29, 2012

kalaulah perasaan ada suis on dan off.

Hari ni hp tidak berenti bunyi. Sekejap ada call dan sekejap ada pulak sms masuk. Thanks la pada friends and family yang bagi kata semangat. Rata rata suruh mom bertenang dan bersabar jaga kesihatan kandungan dan anak anak. Emmm..kalaulah perasaan ni ada suis on dan off bolehlah tapi yalah perasaan risau,sedih ni datang juga secara auto. Sekarang ni hubby on the way ke hospital di KL. Operate untuk sambung balik jari yang putus tu tidak boleh buat dekat HTAA sebab pakar tulang cuma ada seorang. Terkilan sebab tidak dapat berada di sisi hubby time begini. Dengan kondisi mom lagi anak anak tiada orang mau jaga, terpaksa relakan saja hubby dan kawannya bertolak naik ambulance tadi. Harap semua baik.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Bila sikap tiba tiba berubah..

Hello.. Kebiasaannya bila hubby keluar kerja dia akan bagitau dulu,tidak kira la time tu mom tengah tidur ka apa. But pagi tadi tiada. Mom tengah mandi masa itu dan bila mom sudah siap,tengok hubby sudah keluar kerja. Ada juga mom rasa kecil hati dan tertanya tanya why, ada buat salah ka mom? Lagi pagi tadi mom pun mau keluar pergi klinik check bp lagi. Then tengah hari tadi hubby call dan cakap dia on the way pergi hospital. Jari putus kena belting masa check kerosakan lori. Hubby cakap maybe boleh sambung balik. Harap semuanya baik. Jalan ke hospital pun mom belum tau.. Tengah tunggu kawan hubby lagi.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 23, 2012

Pregnancy checkup!!

Hello.. Selepas mencari dan mencari.. Rupanya klinik kesihatan tidak jauh pun dari rumah. Rasanya kurang 15 minit pun boleh sampai. Huhh!! Klinik kesihatan jaya gading. Klinik ni besar.. Kalau dulu pergi klinik desa tu cuma untuk ibu mengandung saja tapi yang ni pesakit luar,bahagian mata dan telinga, gigi dan makmal pun ada.

Checkup kali ni result tak berapa baik. Bila air kencing di check alb > 2. Mom pun tak faham sangat. Doktor tu cakap ada protein dalam darah jadi takut kalau mom ada darah tinggi or eclampsia. Sebagai rawatan susulannya mom kena test tekanan darah dan kencing 4 kali. Start next week monday,thursday dan sama untuk minggu selepas itu. Hmm mom rasa tu mesti sebab stress masa pindah ni. Lepas tu kurang minum air putih. Harap semuanya ok.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 22, 2012

lambat checkup pregnancy!!

Helloo.. Beberapa hari ni sangat busy. Sunday till semalam baru balik dari jb sebab ada urusan yang belum selesai di sana. Ini la problem kalau berpindah dengan plan yang berubah ubah macam lalang yang di tiup angin. Penat jangan cerita. 19hb yang lalu sepatutnya ada pregnancy check up tapi ni sampai sekarang belum jumpa lagi klinik kesihatan area gambang kuantan ni. Kalau la ada kawan blogger area kuantan kan senang.. Huhhh... Jiran jiran pulak rata rata bukan orang kuantan dan jiran yang chinese pulak pergi check up swasta saja. (**_)

Anyway perkembangan baru sini.. Ni la supermarket tempat beli barang dapur kering atau basah. 5 minit dari rumah. Pasaraya tunas manja.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 15, 2012

notes~ 13.11.12 ~ jb to kuantan.

Hello .. Cantik juga tu date kan.. Hehehe.. Kami sudah di kuantan sekarang. Rumah sewa baru, persekitaran baru.


Mom sampai tidak sedar hari ni sudah thursday. Kemas rumah sudah hampir siap. Penat nya badan.macam mau patah pinggang.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 12, 2012

tidur,makan,jalan dengan boboiboy!

Morning .. Last night hubby balik. Terakhir balik JB sudah. Sebab besok kita semua akan beralamat di kuantan pulak. Dan sejak dari semalam juga mom tidur makan dan jalan bersama 2 boboiboy. Emmm hepi bukan main daddy belikan merchandise boboiboy yang sedang hot di petronas tu. (- -"_) goodbye jb.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 10, 2012

Berpantang sendirian.


Hello..happy weekend. Berpantang kali ni 95% kemungkinan mom akan berpantang sendirian.. Dulu 1st baby SIL jaga. 2nd baby my mom dan this time maybe sendirian la ni. Hubby ada la juga tapi ialah biasanya ada la seorang old member of family kita yang tolong kan. Memandangkan kali ini due hampir hampir dengan perayaan xmax,new year and cny memangla semua busy dengan family masing masing. My mom pulak kondisi kesihatan belum stabil tidakla mau bagi penatla naik flight tawau-kl lepas tu kl- kuantan lagi kan. Cumanya mom berdoa la hope mom bersalin normal supaya mom boleh berpantang sendiri. Beberapa hari ni mom banyak cari dan baca review pasal set berpantang. Kali ni mom rasa mau pakai set la. Sebelum ni belum pernah pakai set. Sebenarnya penting juga supaya dalaman kekal sihatkan. Ialah badan ni kita mau pakai lama kan. Mom tertarik dengan produk tanamera sebab semua sapu luaran saja kan. Ikut pengalaman 2 boys mom yang kena tahan wad sebab kuning kalau mom ambil yang jenis jamu pun tidak boleh makan juga kan. Tapi bila baca review ada yang cakap bengkungnya susah pakai. Yalah untuk mom yang mungkin berpantang sendirian perlulah yang senang pakai kan. Tapi bila baca review redmummy dia ada cakap bengkung boleh pakai sendiri. Hmmm.. Kena tengok sendiri baru tau. Ps- pic from google image.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 9, 2012

mee goreng.chinese or malay?

Hello all, Bila cakap menu mee goreng,mihun goreng or whatever jenis mee yang di goreng mom pilih malay cooking. Kalau chinese masak, biarpun nama mee goreng tapi macam ada basah basah sikit la. Masakan lain macam ayam or ikan mom suka chinese style. Gangnam style( korean) eemm belum lagi la dapat like. Hehehe.. Kenapa mom suka mee goreng style malay maybe sebab utama ialah sambalnya. Kalau sambal tidak sedap,kurang juga rasanya tu. Tapi mee goreng yang mom selalu beli dekat pasar maslee dekat rumah mom ni memang best. Mee nya sedap juga walaupun tiada sambal. Besok mau beli lagi rasanya. (**) mihun+mee ala megi+telur mata+hotdog = rm3.00 sahaja. Yang paling penting sedap. Ehh.. Kak betul ka kira macam murah kan. Pelanggan setia barangkali. Hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 8, 2012

Problem kuku si anak.

Hello everyone,morning. Hari ni awal pagi lagi sudah huru hara. Bangun pagi tadi dengan semangat sebab last night tidur awal dan sangat lena last last time mood baik tu pulak pintu bilik buat hal. Pintu tu sudah lama rosak, boleh tiba tiba tombol pintu jem biarpun lock sudah di buka. Dan bila hubby balik pun asyik postpone tak dibaiki. Last last terpaksa call my BIL minta tolong.. Berbalik pada tajuk entry .. Problem kuku si anak. Kalau ezra, setiap 4 hari mom akan potong kuku. Kadang 3 hari.memang cepat tumbuh kuku. Kalau joel pulak seriously 1 bulan sekali. Lepas tu kuku yang tumbuh tu pulak bergerigi macam kena gigit tikus. Mom tau mesti problem kekurangan vitamin la tu. Tapi mom pun lupa apa ya.. Google saja la. Oo rupanya kekurangan zat besi yang banyak terkandung dalam ikan dan daging merah. Hoho patutla tu. Joel memang sangat cerewet kalau pasal makan. Ikan langsung tidak mau sejak kecil. Sekarang ni bila mom masak ikan pun dia sudah tau baunya dan cakap " mami masak ikanka, abang tidak mau makan la, mami masak telur saja pun bolehla untuk abang".. sayur pun dia tidak makan.makanan nya tu telur,ayam goreng ,nudget dan sup.. Begitu la. Berbanding si adik yang semua yang boleh di makan dia akan ngap. Should beli vitamin iron la di farmasi kan. (**).
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 7, 2012

Family portrait.

Hello.. Semalam mom tidak dapat tidur. 3am baru tertidur. Sementara menunggu si mata mau layu mom google la gambar family portrait,cari cari idea. Mom teringin mau bergambar satu family di studio. See my SIL family portrait tu hari gantung di ruang tamu rumah. Wahh.. Best juga tu idea! Dan mom mula terbayang sudah being the only girl in our little family..( girl ka lagi? Women bah yang betul). Mom terbayang juga the boys semua pakai kot hitam and mom pakai white gaun ala ala angel sebagai family guardian. Hehe... Nanti lepas si baby ni besar sikit la mau survey tempat tangkap gambar. (**)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, November 6, 2012

30 weeks check up.

Hello..

Pagi tadi pergi check up kandungan lagi.. Akhirnya pergi after beberapa hari ni terfikir fikir mau postpone minggu depan check up. Entahla mom rasa terlalu  penat dan stress.
Resultnya blood pressure tinggi sikit la 120/80.. Tinggikah? Tapi nurse cakap normal. Mom ingat this week adalah kena minum air gula. Yalah sebab kandungan sudah 30 weeks kan. Tapi tak ada. Maybe tak perlu sebab history 3 kali pregnant tak ada.

Hb mom pun ok.syukur..takut juga kalau rendah seperti pregnant sebelum ni. Lagi psstt banyak mom ter skip makan tu vitamin and iron. Berat pulak naik 1.1 kg. So sekarang berat 65.1kg. Wahhh.. Mom pun sudah maklumkan pasal perpindahan kami next month. Jadi next visit tempat baru lah sudah. Sampai kuantan nanti kena mencari lagi klinik kesihatan. Harap tidak la jauh sangat dari rumah.

Ps- goodbye Jb. 6 years akhirnya berpisah jua. (- -_)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 5, 2012

Bilik nostalgia .. finish!

Morning semua..

How is your weekend? Mine..emmm after a month yesterday akhirnya kerja kemas barang di bilik nostalgia aka stor pun siap. Betul betul sebulan juga kemas. Hahaha.. 70% ialah sampah dan barang barang yang tidak di gunakan. Wonder why la di simpan ya. Newspaper lama, magazine lama, botol botol dan tin tin minuman. Ni mesti konon mau kumpul kasi jual last last  kerana tertutup dengan barang barang lain sudah di lupakan pulak.

Anyway.. Lega semua sudah settle. Tinggal tunggu masa untuk pindah. (^^)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 4, 2012

Hobi yang tinggal kenangan.

Happy sunday all,

Once upon a time ( cerita fairy tale kaj??) kumpul perfume ialah hobi mom. Hehe.. First perfume yang mom beli True Heart by avon. Try google image tapi tiada pulak. Sudah lama pengeluaran perfume tu di berhentikan. Padahal mom rasa baunya lagi best berbanding far away yang sampai sekarang masih ada.

Masa bujangan dan bekerja tu lah paling aktif beli perfume. Ialah masa tu bebas la mau belanja ka, mau simpan ka duit duit tu kan. Bila sudah beranak pinak keinginan tu memang la ada, apa lagi bila lalu di kaunter kaunter perfume tapi biasala bila mau beli mesti teringat pulak keperluan anak and family yang mana lebih penting. Huhu...

Bila baca mag intrend this month dan baca pasal perfume yang latest sekarang rasa tergoda pulak. Hehe..
( adakah budget??)... Botol pun unik unik sangat. Wild rose scent... Lavender... Hmmm macam terhidu hidu pulak.

Ps- image by google ya!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 2, 2012

Joel oh my joel!

Hello kawan..

Say hello to november too.
Straight to the point la. Hembus nafas kuat kuat harap harap stress pun ikut sama keluar. Tapi tidak semudah itu juga. Nampak gambar joel di atas tu. Ada botak kecil di depan. Ok dia gunting sendiri. Baru juga trim rambut budak budak last week .mungkin dia mau tunjuk skill juga macam tu mamak tukang gunting. Terus terang mom sampai tidak boleh marah sebab terlalu marah sebenarnya. Haha.. Menangis juga la di bilik sendiri sendiri. Kenapa sampai begitu? Bukan setakat ini saja sepanjang minggu yang lepas macam macam sudah budak budak ni buat. Patahkan  besi jemuran kain, macam ringan diaorang rasa kan boleh bergayut di sana. Patahkan penyapu dan penyodok sampah.. Pecahkan dan patahkan pokok bunga and paling best patahkan wiper belakang kereta. Wahhh... Hura hara rumah kan..
Mom stress!!

Lagi lagi si baby di dalam ni pun macam tau tau saja abang abangnya tengah buat huru hara di rumah. Dia pun macam mau ikut sama. Sangat aktif bergerak la. Kalau nurse suruh kira gerakan bayi 9am sampai 9 pm kan, ini mom rasa cukup 1 jam pun sudah  10 kali mungkin.

Ps- tuesday appoinment lagi.. Why rasa malas ni. (**_ )

Published with Blogger-droid v2.0.9

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails