Wednesday, October 31, 2012

kain sarung.

Hello everyone..

Tiba tiba mau cerita pasal kain sarung or dalam bahasa mom * gonob * hehe.. Tadi mom start sudah sediakan barang barang hospital. Awalka? 30 weeks sudah. Sediakan saja awal kan, mana la tau awal. Sediakan payung sebelum hujan.

Check punya check oh.. Kain sarung semua sudah bagi SIL time dia bersalin. Mom rasa kena pergi beli la ni. Kain sarung mom dulu semua import dari kampung.. Rm18 saja. Cotton lagi bukan yang nylon. Tapi belum jahit la. Kalau mom time berpantang tu memang paling selesa kalau pakai sarung.. Banyak kawan kawan time mom pergi melawat tidak pakai sarung pun malah ada yang berseluar pendek saja. Adei.... (^^)..

Biarpun mom tidak juga seberapa pandai pakai sarung pun. Bila sudah di lipat lipat tu.. Terlampau tebal pulak di pinggang. Hahaha... Nenek mom kalau pakai kemas saja. (^^)..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 30, 2012

lebih praktikal kah?

Morning everyone..

Lebih praktikal kah kalau simpan barang barang basah dalam container ? Atau pun simpan dalam plastik plastik saja lepas tu sumbat dalam ruang sejuk beku?

Bagi mom yang saiz family kecil, emm sebenarnya kira banyak juga ni mau tambah anggota jadi 5 orang sudah kami semua. Tapi anak masih kecil kecil jadi barang barang basah macam ikan,udang,ayam atau daging tu beli sikit sikit saja. Jadi simpan barang basah dalam container begini memang sangat praktikal lah. Satu container untuk 1 kali masak. Jadi senangkan. Tidak payah la nyahbeku 1 besen ikan tu tapi nanti mau di masak 2,3 ekor saja. Ikan pun jadi tidak segar kalau balik balik dinyahbeku. ( mom sebelum ni begitula..)

Sebelum ni ada juga pakai plastik, jimat ruang la berbanding container ni tapi selalu bila sudah beku plastik pulak melekat.tarik tarik last last terkoyak. So paling mudah,best dan dijamin lebih segar barang barang basah tu ialah pakai container saja la.

Ps-  johor bahru sangat panas.wajib tambah banyak minum air putih. Leher sudah start gatal gatal. (**,)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 29, 2012

chego korean bbq house.

Hello friends..

Macam mana holiday? Mesti la best kan especially bagi yang berkerja. Holiday ialah time bersantai santai dengan family. (^^)

Walaupun mom tidak kerja tapi holiday kali ni mom and the kids happy sebab hubby balik cuti. Hehe.. Just 5 days tapi bermakna sudah tu apalagi tengok anak anak happy. Salah satu aktiviti kalau hubby cuti ialah jalan jalan cari makan. Hubby kan suka makan. Hmm me and hubby banyak betul kontra. Lain kali cerita.

Kali ni mom mau cerita pasal ni makan la. Ini first time makan menu korean.( haha.. Kesian). Mom tidak tau la kalau selera mom memang bukan korean or itu restoran memang tidak ok sebab comment mom the food is tidak sedap la. Mom selalu juga baca blog blog pasal experiance makanan korean ni dan semua comment sangat sedap. Sebab comment comment tu la juga mom teringin mau mencuba.

Kami order octopus + sesame , terriyaki, sup ( forget the name) , aiskrim untuk budak budak dan minuman pulak green tea+ redbean and green tea. First octopus+ sesame.. Sejuk ok! Di buat macam salad tu, tiada sayuran pun just octopus,sesame a lot of mayonis dan paling tidak boleh terima sejuk. Hehe.. Memang begitu kah? Terriyaki ialah nasi + ayam + rumpai laut , lepas tu emm macam ala ala nasi claypot tu. Nasib baik la tu teriyaki memang panas panas jadi masuk itu octopus sejuk di dalam baru boleh makan. Hahaha...

Lepas tu the green tea. Ia sangat hanyir macam bau rumpai laut . Haha. Hubby tidak boleh minum. Its ok with mom. Itu tea siap boleh tambah berapa banyak yang anda suka for free.

Mom belum puas hati la. Lain hari mau cuba lagi korean food tapi cari tempat lain la.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 26, 2012

salam aidiladha

Hello ..

Just want to say " selamat menyambut hari raya aidiladha untuk semua rakan blogger yang meraikan. "

Happy holiday & drive carefully ya !

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 22, 2012

Kadar setem sekarang?

Morning all..

Tadi pagi pagi lagi mom sudah berbaris depan pintu pos office. Tujuan? Mau beli setem dan hantar surat untuk contest. Menang atau tidak cerita lain yang penting semangat !! Hahaha.. 

Mom mengaku sudah lama tidak mengirim surat. Yalah mau kirim apa surat, kalau setakat mau bertanya khabar pakai sms saja atau terus call. Lagi facebook kan ada. Biar jauh di mata tapi semua berita family sekejap saja sampai. Sampai kadang kadang si uncle, si aunty jam berapa tidur pun ketahuan juga sebab update facebook. Hahaha... Betulkan?

Dan sebab itulah baru hari ini mom tau juga rupanya kadar setem untuk hantar surat biasa biasa (below 20gm) ialah rm0.60. Hmm memang tiada peluang la untuk 4 entry contest yang mom sudah pos minggu lepas sebab mom tampal setem rm0.30 saja. Ketinggalan zaman betul la mom ni kan.  Kecewa,kecewa.. Daripada peluang 50% terus jadi 0%.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 18, 2012

Takdir itu milik aku.

Hi .. Hi..

Novel takdir itu milik aku written by siti rosmizah terbitan sr publication (1057 pages).. Habis juga mom baca dalam 3 hari. Hehehe.. Lambat juga kalau peminat novel mesti sehari habis ni. Pinjam dari my SIL. Whoa.. Hari tu pergi rumah dia tengok macam boleh buat mini library sudah. Penuh 2 tingkat buku novel daripada 3 tingkat almari 9 petak. Almari besar tu. Peminat novel la kan tidak hairan la.

Mom pinjam 1 saja tu pun bertanya juga dalam hati " habiska ni.. Novel cinta lagi" .. Kalau novel cerita seram  R.L Stine atau christopher pike bolehla. Hehe.. Tapikan rupanya tersentuh juga ni hati dengan ceritanya. Ada la juga 2 kali bergenang tu air mata. Hahaha.. Ceritanya mengenai seorang gadis yatim piatu dan miskin bernama dian zara. Sudah yatim piatu , miskin jadi mangsa pulak dengan lelaki bernama zarif. Kawin dengan dia semata mata mau zuriat saja. Zuriat tu biasala supaya harta kekayaan boleh  di wariskan nanti oleh  neneknya. Tapi mana tau zuriat yang di kandung pulak cacat. Sebab malu ada anak cacat si zarif dan maknya berusaha mau bunuh anak dalam kandungan. Dan bila mereka tu sudah berjaya , balasan pun datang. Accident la zarif dan maknya. Lepas tu barula mau insaf. Cerita lepas tu pasal macam mana zarif mau memenangi semula hati isterinya tu. Banyak la dugaan dorang.. Tapi yang buat mom bosan sikit babak babak kemesraan suami isteri tu macam di ulang ulang tulis.

Hmmm harga novel rm33.90.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 17, 2012

Selepas kes " BABYFACE"

Morning all happy wednesday!

Entry ni sambungan cerita dalam entry skinnn confession. (* *_)

Kesan daripada pemakaian produk babyface tu memang menyedihkan. Ada dalam 2 minggu lebih sikit saja la kulit jadi halus lepas tu jadi gelap sudah. Di ikuti dengan jerawat batu yang banyak terutama di bahagian pipi. Start dari kejadian tu mom tiada lagi obses pasal jaga muka. Just do the basic saja la. Cuci muka dan pakai total effect. Lepas kawin lagi la tinggal pakai pencuci muka saja.. Sampai satu masa my hubby ada la tegur juga " macam teruk ba sudah tu jerawat di muka mami bah".. Ngrrrr macam ketidak puasaan yang lama di simpan saja tu. Hahaha.. Tapi ya jugala kan. Macam dalam gambar di atas tu la. Ada jeragat lagi jerawat lagi yang merah itu bukan blusher ya.. My skin memang begitu la mungkin sensitif dan sebab tiada pakai apa apa sunscreen kan. Ini pandangan kiri kalau pipi kanan lagi.. Huhh.. Gambar ni mom ambil bulan ogos yang lalu. Sengaja ambil dan simpan sebab mau tengok kesan bila pakai produk.
Mom cuba pakai safi rania gold. Ramuannya ada amino peptida dan nano 24k gold yang boleh bantu penghasilan kolagen. Masa mom beli tu ada promosi di guardian, cleanser,serum dan day cream SPF20 tidak sampai rm40 pun. Jadi cuba cubala  mana tau dapat jadi kulit cantik macam rozita che wan. Kahkahkah...
Gambar yang ke 2 tu mom baru ambil beberapa hari lepas. Means 2 month after la. Macam mana kamu rasa ada perubahan ka sikit itu parut parut jerawat? Mom rasa ada la improvement sikit kan. Yang jeragat tu masih ada la, tapi yang parut jerawat macam makin nipis dan kemerahan tu memang tiada sudah la. Mom ada beli krim malam safi rania gold ni pula beberapa hari lepas.. Harap semakin banyak improvement nanti.
Hubby will be back next week ada cuti hari raya haji kan. Sudah hampir sebulan tidak balik. Jadi boleh la tanya ada perubahan kah. (^^)..

Ok la..itu saja. Thanks for reading ya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 15, 2012

Ubat tidak sedap!

Hi..

Ada kah ubat yang rasanya sedap? Oit. Ada. Vitamin c yang biasa ada banyak flavour. Oren, anggur dan berry. Dan ubat untuk budak budak makan biasanya sedap.
Tapi ubat ubat pregnancy yang di atas itu memangla langsung tidak sedap. Huhu.. Eh! Yang warna oren besar itu vitamin c,itu ok. Yang oren kecil kecil tu vitamin B complex . Yang warna coklat itu ndak tau apa nama betulnya, nama samarannya ubat tambah darah.hahaha..
Kalau di makan ,biar mom minum banyak banyak air masih terasa di kerongkong. Loya betul. Mau minum milo baru hilang.

Ok la. Good night! (**/)

Ps- time sekarang ada juga time mengupdate nanti sudah ada baby haraplah boleh teruskan menulis. Selalunya bukan tiada masa bah tu tapi malas punya penyakit melanda. Hehe

Published with Blogger-droid v2.0.9

skinnn confession.

Hello..

Awal awal bulan lepas mom ada buat entry pasal muka berjeragat. Dan hari ni bila mom beli majalah RAPI bil yang ke198 adalah dia cerita pasal cara atasi jeragat iaitu dengan silk peel dermal infusion. Rawatan ni guna tiub untuk masuk kan bahan kimia ke dalam lapisan kulit wajah.. Wah kedengaran macam ngeri kan. Tapi entry ni bukan mom mau cerita itu tapi mom tertarik dengan faktor penyebab jeragat.

Faktor faktor yang sebabkan jeragat antaranya sebab terdedah kepada cahaya matahari secara terus, makan ubat perancang dan produk berkualiti rendah.

Sebut pasal produk berkualiti rendah tu kan dulu time college punya masa. Masa tu di kuantan.. Masa tu tahun 2001- 2003 la. Masa tu juga tengah hot produk produk pemutih wajah. Ala.. Yang kalau di pakai muka jadi putih gebu tapi kalau terkena matahari merah macam udang kena bakar. Lepas seminggu pakai muka memang menggelupas la sampai sanggup tidak masuk kuliah sebab kulit memang menggelupas la. Hasil selepas tu memang la kulit halus tapi tidak boleh kena panas .. Hehe dan antara yang terpengaruh tu mom la. Adei sanggup bah.. Mom masih ingat nama produk tu BABYFACE. Dalam set yang di beli tu ada sabun papaya,krim siang,krim malam dan ada 1 toner tu. 3 hari lepas pakai tu muka jadi merah,pedih.. Tapi biarpun sakit gigih juga pakai. Iyalah tengok kawan kawan lain sudah kulit gebu kan.

Di pendek kan cerita mom berjaya la juga tapi gebunya tu sekejap saja. Dan kesannya tu yang di sesal pun tidak guna. Tidak lama kemudian produk tu di sahkan ada hidrokuinon. Kesannya lepas tu kan kulit jadi sangat nipis kemudian berubah jadi gelap . Di ikuti dengan jerawat dan macam macam.

To be continue ... (* */)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 14, 2012

stress!!

Hai semua.

Beberapa hari ni mom rasa macam stress. Tidak tau di mana silapnya,kalau orang kami selalu cakap " lalat limpas(lalu) pun kena maki". Hahaha.. Maksudnya tu cepat marah sampai perkara kecil ataupun yang tidak berkaitan pun boleh jadi punca kemarahan.

Apakah ini di sebabkan hormon pregnancy yang tidak menentu? Mom cuba juga untuk kawal tapi tidak terkawal juga. Mungkin mom terlalu penat kah?? Atau sebab sorang sorang menguruskan anak anak di kala diri sendiri pun tidak terurus. Lagi lagi dengan karenah anak anak boys ni yang memang kadang sampai keluar air mata mom melayan. *sob  sob*

Bila hari sudah berakhir ( anak anak sudah lena di buai mimpi di malam yang indah) barula mom akan menyesal dengan segala drama marah marah di siang hari tadi. Barula rasa malu pulak pada jiran sebelah sebab berteriak macam singa lapar, kesian pula pada anak anak sebab kena marah. * * nota penting:marah anak anak dengan berteriak teriak adalah sangat tidak baik. Sebab mereka ni akan ikut cara kita ni bila marah pada orang lain pulak** 
Sendiri malu pulak mom tengok perangai anak. Siapa salah??? Mom .. (* * / )

Huh! Hembus nafas. Feeling better tiap kali habis luahkan perasaan kan. Siapa baca sampai sini thanks ya. Hehehe..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 10, 2012

Bilik nostalgia #2

Hello ,wednesday already oo..wahhh wait wait.. If only we can ask the time to wait kan.hmm daydreaming!

Nah! Tengok tu gambar,macam jadi nostalgia sudah ni kan sekarang. Kalau dulu time sekolah menengah,for mom itu tahun 90an la,selalu ni beli kaset. Walkmen femes time tu haha..collection mom banyak yang kaset kaset instrumental.yang music saja tiada orang nyanyi. Piano la,harp and guitar. Yang kaset diatas ni  hubby punya ni. (^^)

Tiba tiba rindu pulak zaman sekolah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 9, 2012

4th pregnancy checkup- 26weeks

Hello..

*firstly mau say sorry to all blogger friends sebab buat masa ni cant leave comment. Tidak tau apa problem.*

Hari ni mom 4th checkup. Sebenarnya berdebar debar kalau Hb rendah. Beberapa hari ni mom macam selalu rasa pitam,kena cepat cepat pergi baring kalau tidak confirm la pengsan pulak. Tapi bila check tadi aik! Normal bacaan 13. Jadi mom tanya la dengan nurse, dia cakap banyak kan berehatla. Time pregnant ni hormon memang berubah ubah. Tengok buku pink tu ada tulisan pen merah kan.kalau ada pen merah maksudnya result yang kurang baik la. Itu berat badan tu. Turun pulak 0.6kg. Sikit saja la tiada apa juga lagipun ukuran perut normal 26cm sama dengan bilangan minggu pregnancy. Kalau sama tu means semuanya baik baik sahaja.(^^)

Tadi mom kena suntikan untuk kancing gigi. Mungkin sebab sudah lama tidak nampak itu jarum kan tadi mom ada rasa takut ngeri pulak. Lepas tu adei sakit la juga macam rasa sampai ke tulang pulak. Ini after 3 hours selepas suntik masih rasa sakit.kalau gerak gerak tangan pun rasa sakit.hmmm...

Besok sudah start kira gerak anak. Dalam masa 12 jam 9am to 9pm kena ada gerak 10 kali. Ni baby kali ni sangat aktif. Macam dia buat marathon berlari di dalam perut. Hahaha..
Ok la thats all cerita pregnancy.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, October 6, 2012

Bilik nostagia.

Happy weekend everybody..

Sebelum mula mau marah sekejap. Ngrr... Entry ni mom karang semula. Punyala panjang lebar mom bercerita tadi,then mom publish. Ingat sudah settle la  lepas tu bila mom tengok balik blog tadi,aik! Mana?? Ngrrr geramnya pakai bloggeroid ni! Laptop pun belum baik lagi! And i want to blog.

Ok sudah la komplen tu, sambung cerita bilik nostalgia aka stor bah! Haha.. Nampak gambar stor mom tu,wahhh macam tempat rumah tikus jak ni. Hahaha.. Iya memang ada jumpa taik tikus, telur cicak and banyak lipas. Ok! Thanks God mom tidak takut semua haiwan haiwan tu,kalau tidak siapa la ya mau mengemas ini?

Huh! We are moving..finally... To kuantan. From jb to kuantan this december.oit.awalnya mengemas. Yalah pregnant ba.1 orang lagi mengemas.(hubby jauh nun di kuantan jadi tidak dapat tolong)..  tadi pun larat kemas baju baju dulu saja. Mom berjaya kumpul 5 plastik besar. Banyak nya kan.semua baju mom time bujang sama baju anak anak.5 plastik ni mom mau donate la.bagus juga hari tu mom ada ambil name card satu pusat kebajikan. Kami pun sewa lori untuk pindah barang. Jadi memang bawa benda yang paling penting dan perlu saja. Mahal sewa tu,jauhkan perjalaanannya.

Kenapa mom panggil bilik nostalgia ? Sebab macam macam ada. Kemas kemas baju time bujang dulu, hmm kecilnya. Bila mom konon konon berangan mau try hahaha yang seluar boleh masuk sampai lutut saja,kalau baju baju pulak sarung sebelah tangan saja bila mau kasi masuk leher langsung tidak boleh. Imagine la perbezaan dulu sekarang tu.
Hmm malah barang barang rumah dan dapur yang my SIL bagi dulu time mula mula kawin pun ada juga. Oo ada jumpa seluar and baju maternity time pregnant joel juga. Bagus juga kan. Mom ingat sudah bagi SIL masa dia pregnant dulu rupanya ada lagi yang tertinggal.ini baru baju saja, next masa kemas tidak tau apa lagi boleh di jumpa. Baru sikit saja ni mom sudah letih. Kalau tidak pregnant 1 hari mom boleh siap kemas.

Ps- this tuesday ada checkup klinik lagi.harap semua ok.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 5, 2012

makan sikit tapi gemuk!

Morning

Hari ni jom cerita kedai kopi. Perkara yang selalu menjadi isu bagi diri mom. Makan sikit tapi gemuk juga.. Haha.. Selera makan mom memang ada tapi bila makan sikit saja. Thats why kalau keluar makan di luar kan mom selalunya order makan untuk anak saja then share. Kalau si hubby jangan cerita la kalau makan mesti order besaarrr baru cukup. Hehe. Masa dulu dulu time mula mula hubby selalu juga marah ( sampai sekarang pun kadang marah..hehe) sebab selalu kalau keluar makan tidak mau order, dia cakap " kedekut! Sudah mau di belanja makan ,makan la.." .tapi sekarang makin faham sudah sebab lagi sakit hati bila order order lepas tu tidak makan. Bazir ba kan. (^^)

Tapi biarpun begitu tidak juga pandai kurus. Kadar metabolisme rendah la tu kan. Hmm.. Cemburu juga dengan orang orang yang makan dengan banyak tapi body slim saja. Like my SIL anak 3,makan suka hati saja tapi body slim. Haha.. Tapi hati hati ya,orang yang kurus dan tidak control makan still boleh kena highblood kalau tidak jaga itu tahap kolestrol. Yang penting sihat sebenarnya kan. Tapi mom masih teringin untuk dapat figure yang cantik. Kenapa ya? Biasa la mungkin kan ,kebanyakan wanita teringin ba mau cantik. Dan salah seorangnya mom la tu.

Ok la tu saja cerita kedai  kopi hari ni. Thanks baca. (^^)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 3, 2012

nyum nyum...

Morning..

Breakfast mee kari ni hari.(^^)..
The best mee kari ni bagi mom.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 1, 2012

Please keep your warranty card!!

Morning.

Yes. Tolong simpan warranty card untuk apa pun barang yang datang dengan warranty sebab biarpun ianya barang baru tapi besar kemungkinan juga akan mengalami kerosakan dalam tempoh warranty atau seawal sebulan dua.
Pesanan ni untuk elakkan kerugian bila barang tu rosak macam mom ni la. Dan adalah terlebih baik kalau staple sekali dengan resit pembelian.

Mom baru beli charger laptop beberapa bulan yang lepas. Yang nenurut salesman di kedai itu terbaik di pasaran .it comes with 1 year warranty. Tapi ni baru berapa lama ni berasap sudah kotak charger tu semalam. Dan tahniah for mom sebab mom sudah buang warranty card dan resit.

Ps- mana mom simpan warranty card untuk hp dan tv ya???

Published with Blogger-droid v2.0.9

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails