Saturday, September 29, 2012

my little ezra milestone.

Hello..

Sudah lama tidak cerita pasal my little monster ni. Hehe.. Selalu cerita pasal si abang joel saja kan. Kalau lain hari si ezra baca ni blog ( kalau masih wujud ni blog time tu,sebab mom ada kebiasaan pelik. Hah! Apa tu? Lain hari di cerita) mesti si ezra fikir balik balik cerita abang,aku tiada kah?

Hari ni awal si ezra tidur,jam 8 tadi sudah tidur. Kepenatan la tu bermain tiada tidur satu hari. Mom pun pening kepala melayan karenah nya. Sudah masuk 3 tahun 1 bulan tapi belum lagi di faham bahasanya. Cousinnya yang lain yang muda setahun sudah tinggalkan si ezra ni kalau dalam percakapan. Bahasanya ni mom sama si abang saja yang faham. Risau juga mom. Apalagi bila mom tadi ada terbaca dalam majalah RAPI mengenai seorang anak yang tumbuh besarnya normal, cuma dia lambat bercakap.bila ibunya check di hospital rupanya anaknya ada menghidap autisme.

Apa tu autisme? Mom pun tidak pasti. Cuma yang mom faham dari bacaan majalah tu anak kurang tumpuan dan lambat bercakap. Lambat pick up dan harus  di latih berulang ulang dan ambil masa untuk buat sesuatu perkara. Tapi si ezra ni cepat tangkap juga.cuma itulah kalau bercakap masih tidak lancar.masih tidak boleh sambung perkataan.

Perkembangan lain si ezra.. (^^) sangat manja. Tidur mesti dipeluk. Masih hisap puting bohong.( pacifier).. Tapi time mau tidur sajala. Ok la tu daripada si abang yang hisap ibu jari tangan dengan tuala busuk yang sudah koyak. Lagi tabiat si ezra yang suka pegang pegang perut mom time mau tidur. Hahaha... Nanti sudah ada si baby macam mana la tu.
Sangat excited mau pergi sekolah dengan abangnya. Sebenarnya kalau ikut macam si abang next year boleh hantar sudah. Masih dalam planning lagi.
Ezra tidak seaktif Joel. Kalau abangnya tiada di rumah dia memang duduk diam depan  tv. Atau pun main permainan sendiri. Kadang mom pula yang setiap 5 minit intai dia sebab terlampau senyap takut apa hal pulak. Kalau ada si abang memang kedengaran saja dia teriak atau nangis sebab dia tidak suka terlalu di kacau. Hmm.. Senyum senyum sendiri bila ingat telatah dua budak ni.

Huaaaaa...nah menguap sudah! Haha.. Itu sajala catatan milestone si ezra masa ni.
Semoga membesar sihat dan jadi anak dan orang berguna.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, September 28, 2012

Pakai seat belt semasa pregnant.

google image


Hello semua.

Macam mana aganknya perjalanan aktiviti harian hari ni? Mesti ada yang mengembirakan dan ada juga yang menyedihkan. Bagi mom hari ini mom bangun dalam keadaan yang sungguh letih. Mungkin sebab dua hari perut memulas kan.
Nasib baik la hari ni sudah ok. Hampir hampir pagi tadi mom sebabkan si Joel memonteng sekolah.Bukan dia yang mau ponteng tapi sebab mom memang rasa tidak sihat badan.

Tapi memikirkan mana boleh ni ponteng- ponteng nanti kebiasaan pulak. Jadi selamat juga la si Joel pergi sekolah. (^^)

Berbalik pada tajuk entry , ada ka peraturan JPJ yang cakap pregnant women di kecualikan daripada memakai seat belt ya? Terasa senak betul perut bila pakai seatbelt ni kan. Macam dalam gambar tu la. Paling tidak selesa yang di bahagian bawah perut tu la. Kadang kadang tu memang mom tidak pakai seatbelt kalau tidak tahan.Kalau drive dekat dekat mungkin boleh tahan la tapi kalau drive jauh jauh kan. Adui! Tapi bila tidak pakai tu rasa macam tidak selamat saja.

Bila perut makin besar ni banyak benda  juga yang mom tidak boleh buat..
  1. Tidak boleh potong kuku kaki.
  2. Bila pergi mana mana kena cari toilet yang tinggi. ( cannot yang cangkung..hehehe)
  3. Bila menumbuk guna lesung kena duduk betul betul no cangkung cangkung macam biasa . (^^)
  4. Kadang kadang ada pakaian yang harus di berus kotorannya kan tapi sekarang semua masuk mesin basuh . ( macam alasan saja bunyinya .. tapi memang susah la mau membongkok memberus kalau perut besar )
  5. For me kan ,start wearing a bra without underwire sudah .. kalau tidak macam tidak selesa. ( eh! underwire kan namanya tu??)

 Banyak kan dugaan dugaan ibu mengandung. Sabar. Ada 3 bulan lagi ni. (^^)

Thursday, September 27, 2012

Sakit Perut.

Morning semua..

Sudah masuk 2 hari sakit sakit perut. Bukan sakit perut mau bersalin tapi sakit perut maybe salah makan atau makan sesuatu yang tidak ngam (sesuai) dengan perut ni. Bila mom selidik selidik pemakanan beberapa hari ni tiada yang baru sangat, cuma ada makan kueytiaw dan ada la susu hari tu doktor bagi time pergi scan. Tapi itu sudah start seminggu yang lalu pun. Kalau kueytiaw tu pulak hubby sama ezra tidak pulak sakit perut.

* hmm something yang tidak best bila guna ni blogger android kan , pic tu bila di upload mesti dekat atas. Boleh ka di adjust? Anyone know macam mana?

Berulang alik pergi toilet memang melemahkan.lutut pun rasa longgar.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 26, 2012

Joel's Play & Learn School Trip - Kg.Mohamad Ali

morning all ,

Straight to the point la ya.. School trip ni beberapa bulan yang lalu but baru dapat gambar gambar nya . Semua gambar gambar pun photographer yang ambil bukan parent.Parent pun tidak sertai pun just the kids and teacher. Teacher bagi 1 cd penuh dengan beratus gambar the kids time di Kg.Mohamad Ali. Tadi mom try google tu tempat tapi mengecewakan juga sebab tidak pula jumpa tempat tu di internet. From the picture mom rasa tempat ni memang bagus di lawati juga .Apalagi anak anak zaman sekarang ni kan macam tidak terdedah sangat sudah dengan benda benda yang tradisi.semua moden sudah kan.


Macam macam bentuk mask. Kalau mom tidak suka mask , kadang kadang kalau di tengok pandai berdiri bulu roma.hahaha..penakut!

Gong

Yang ini macam cara cara membuat barangan perhiasan perak.Emm mom sendiri pun kurang pasti. Tanya Joel dia pun cakap buat piring(pinggan) sama gelas.

Wayang kulit. Joel cakap tukang karut di belakang tabir tu para teacher juga.

Pengenalan alat muzik.

Bermain Congkak.

Gasing.Joel pakai topi biru tu.

Mencanting .. (eh! betul ka tu perkataan)

nah! cantik juga kan kerja budak budak .. (with help of the teacher juga tu..)

 Belajar Tarian Tradisional.Nama tarian mom pun tidak tau ni. hehe

 Yang ni apa namanya ya.Kalau dulu mom kecil kecil pernah juga main ni.Tapi bukan pakai tempurung kelapa la.Kami pakai tin susu cap junjung. Hahaha .. Nostalgia betul ni permainan ni.

Lari dalam guni.

The kids di dedahkan dengan cara cara tanam pokok.Bestnya dapat main tanah !! Taman mini pertanian la ni. Ada pokok koko, lada hitam dan macam macam pokok yang jadi sumber ekonomi di negara kita.

Ps- Bagus juga ada pendedahan awal begini kan. Bolehla belajar sambil belajar.Apalagi kalau dengan kawan kawan.Memang seronok bilang Joel. (^^)

Monday, September 24, 2012

Sudah scan dan baby gender .. ??


Hello semua

Hari Jumaat yang lepas pergi scan baby. Syukur la keadaan baby sihat di dalam sana. Sudah nampak semua anggota badannya.Aktif lagi gerak gerak kakinya. Masa tu mom rasa macam tidak sabar pulak mau bersalin. Hehehe.. Well di pendek kan ceritanya gendernya tu .. (^^)

kalau ada baby room mungkin begini gambarnya ..

 kalau mau letak wallpaper comel kalau begini ..



kalau mau sambut birthdaynya nanti ada balloon begini ..





boleh di agak sudah ni tanpa penerangan panjang. Hehehe .. Ya. 3 months lagi la ada lagi baby boy yang comel untuk tambah keceriaan family mom.

Dan lepas tau saja kami akan dapat baby boy lagi , hubby cepat cepat sudah mau bagi nama Rioneal Messi.
Macam pernah dengar ?? Yes.yes .. nama pemain Chelsea Lionel Messi tu. Tapi sebab kami mau nama anak anak start huruf R jadi di tukar sikit. Macam lucu lucu ada tu Messi. Ketara betul mau ikut tu nama pemain bola sepak . Huh!!! Mom sebenarnya have other name juga in mind. ( - -)

Ps - Thanks for reading ya ..





Monday, September 17, 2012

cuti panjang dan langsir yang usang.


Hello.. Selamat menyambut hari malaysia.
Aik! Apa pulak cuti panjang kalau sudah namanya suri rumah tangga sepenuh masa? Bukan memang hari hari holiday ka? Hehe.. Erti holiday bagi SRT macam mom ni ialah boleh duduk buat kerja rumah tanpa terkejar hantar dan ambil anak pergi sekolah atau tuition dan jadi cikgu ajar anak homework la. Berada di rumah hanya untuk buat kerja rumah dan bermain dengan anak anak.
Panjang juga intro mom, yang sebenarnya mom hanya mau cakap yang mom teringin untuk tukar langsir di rumah. Selepas habis kemas dan ubah ubah sikit susunan perabot mom rasa masih tidak puas hati. Ruang tamu ni nampak gelap la.dan baru mom perasan langsir coklat tu. Kalau orang maybe setiap tahun pada musim perayaan adalah juga tukar kan, mom kan sudah 3 tahun ba tu langsir tidak pernah la bertukar...hahaha.. Yes yes teruk kan.
Harapan mom this christmas dapat la mom tukar tu. Pastel color la semestinya. Apalagi time tu kami pun bersiap sedia sudah untuk sambut orang baru.. (^^)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 13, 2012

kepuasan!!


Wahh... Ini kan never failed to satisfied me. Makan sambil ber blog lepas tu secawan green tea  tanpa gula. (^^)..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 11, 2012

3rd Pregnancy Checkup and more ..




Hello semua.

Hari ni mom pergi check up untuk kali ke-3. 22 minggu dan 5 hari .149 days lagi to go. Macam banyak hari lagi kan tapi sekarang masa berlalu dengan cepat. Semua nya masih normal tapi Hb(Hemoglobin) semakin kurang nampaknya. Masa 1st checkup bacaan ialah 13.7 , 2nd -12.6 dan tadi menurun lagi 11.6 . Mom sudah makan pil zat besi yang di bekalkan klinik tu.Tiada miss pun.Kalau boleh tidak mau la berulang lagi macam 2nd pregnancy dulu. Time tu Hb cuma 8 gm% lebih saja. Banyak la test test kena lalui.Ambil sampel darah , ambil najis lagi .Dan paling tidak best tu pitam. Ada sekali mom pitam di tandas , terhantuk kepala di sinki. Bahaya kan! macam mana kalau pitam time tu di tangga?? Jauh jauh ..

Berat mom pulak naik 0.6kg saja. Sikit kan.. 64.1 kg sudah. Tadi ada check kandungan gula juga. Bacaan 4.3. Nurse tu cakap ok. Mom pun tidak tau ok ka tidak sebab mom pun tidak tau berapa paras gula normal.
Nasib baik mom tidak di suruh minum air gula tu. (^^) Susah mau telan tu. Hehe

Petang tadi juga mom terima 2 surat. 1 dari bonuslink.  Mom donatekan 150 point kepada "Kids Go Green"
Program. Info lanjut boleh layari www.bonuslink2u.com.my/gogreen  Dan tadaaa ... mom dapat limited edition green bonuslink card. Cantik kan . Love it! (^^)



Surat yang ke-2 tu dari SOHO. Emmm .. mom ingat juga ada 1 email mom dapat kalau tidak silap awal awal bulan lepas.Iyaka?? emm lupa lupa ingat sudah.Email tu minta mom isi borang kaji selidik. Mom isi isi saja la. Hehehe mana tahu ada juga dapat reward voucher RM20 Giant. hehe .. jumlah yang kecik kecik saja ba.. Ok la ba tu kan. Boleh sudah tu beli susu HL kegemaran kami anak beranak. Boleh dapat 4 kotak mungkin. ( kenapa la mom ingat mau beli tu susu HL pulak ..??)


Jadi itu sajala kisah untuk hari ni . (^^) Thanks pada yang membaca.



Monday, September 10, 2012

plizz la tidur..

Hello ..

Its 10.31pm. Dan mom masih terkial kial lagi cari posisi paling selesa supaya boleh tidur cepat. Eh! Malam masih muda ba.. Ya! Malam masih muda tapi bukan pregnant women macam mom ni perlu ada rehat yang cukup ka. Sudah hampir seminggu ni susahnya mom mau tidur.siang langsung tiada tidur dan malam pula 2 atau 3 pagi baru tidur. Esok pagi pulak mesti bangun awal untuk siapkan anak sekolah.

Dan tidak cukup tidur ni buat mom sakit kepala dan moody. Tadi siang pun macam macam kerja mom buat. House keeping sudah semestinya,lagi ada lagi cabut cabut rumput sampai kaki ni rasa lenguh pula. Anak anak jam 9pm tadi sudah tidur.penat la tu sebab hari ni tiada tidur siang. Suasana yang sunyi senyap begini patutnya senang la tidurkan.mana tau mata ni macam segar saja.

Masa 1st trimester hari tu asyik mau tidur,tidur dan tidur.. Adakah 2nd trimester ni time pembalasan bangun,bangun dan bangun pula.

Ps- cepatla kau mata...tidurla. Besok hari yang sibuk lagi ni.  Tidak tau berapa jam kita di klinik check up nanti.
Good night all.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Anak sihat Ibu pun sama.


Hello all ..

Emm beberapa hari ni tidak bercerita di sini. Weekend baru ni agak sibuk juga. Helping my SIL tengok tengok kan anak. Mungkin cuaca sekarang yang tidak menentu buatkan banyak anak anak kecil sakitkan. Macam anak anak SIL mom, mom rasa sudah lebih dari 2 bulan memang on off saja demam selesema. Muntah kahak. Sampai my SIL sendiri kurus dan tidak terurus sebab jaga anak siang malam. Lagi lagi kalau sakit demam selesema ni memang malam la yang paling susah kan sebab suhu sejuk jadi anak susah mau bernafas. ( anak baru 2 tahun) 

SIL pun sakit juga. Badan masuk angin.Terpaksa berulang alik pergi berurut. Syukurla la mom ada bantuan dari MIKI PRUNE tu. Syukur my 2 boys tu sihat.Kalau tidak susah la mom kan.Sudah la mom satu orang saja ni (husband kan jauh ..huhh....)  mom sendiri mau tidak mau harus juga jaga diri dari sakit sebab dalam ni kan ada 1 nyawa lagi (^^) , kalau anak anak lagi sakit tidak dapat la mom bayangkan.

Mom adalah juga perkenalkan Produk ni pada my SIL. Yalah share benda yang baik kan.Lagipun mom pun pernah juga melalui time anak anak sakit on off ni. Tapi tu lah lambakan produk produk seperti ni di pasaran sekarang, selalunya tindakbalas yang kita dapat kadang tidak baik. Silap silap haribulan di chop "jual barang" lagi. (^^)  Ba.. tidak apa la ba kan. Asalkan sudah kongsi ok la jangan pulak lain hari di chop "tidak bagitau dan bla bla bla".



Oh ya .. sebelum mom terlupa lagi , thanks for one of my blogger friend yang tanya pasal antioksidan yang terkandung dalam miki prune ni. Mom sudah tanya soalan ni pada Customer service di Miki dan dia katakan pengambilan Miki prune iaitu 1 sudu kecil sahaja sehari bertepatan dengan diet pemakanan kita. sini ialah link yang mom dapat mengenai kebaikan buah prune . Hmm banyak kan kebaikan nya.


Ps - Tomorrow 3rd pregnancy check up!!





Thursday, September 6, 2012

Apa krim malam yang anda pakai?

Hello semua (^^)

Tengah buat apa tu?
Mesti time begini sedang santai santai bersama family kan.
Emm terus pada topik hari ni (macam skema ba ni ayat) mom mau bertanya la pasal krim malam ni. Kalau ada la yang sudi menjawap persoalan ni. (^^). Well mom ada masalah muka sebenarnya.Banyak juga try produk produk tapi macam tidak puas hati la dengan hasilnya. Masalah mom ni ialah jeragat.

image from google

 Nah Macam tompok hitam dalam gambar di atas ni la.Tapi tak la banyak macam ini. Sikit la tapi merungsingkan juga. ( - -).
Selama ni mom guna produk olay total effect. Memang bagusla.Jerawat tidak naik tapi yang jeragat ni memang tidak hilang la.Tidak pudar pun. Huhu.Kulit mom ni berminyak.Memang susah la cari produk yang sesuai.Kalau salah mesti akan keluar jerawat.Dan jerawat mom yang keluar tu bukan jerawat pasir yang boleh la juga di tutup mungkin kan tapi jerawat batu yang besar besar yang semestinya meninggalkan kesan hitam bila sembuh. Produk olay total effect ni sajalah yang berjaya tapi tu la jeragat tu kan emm ..

Mom selalu dengar dan baca dalam buku buku malam ialah time paling sesuai untuk rawat wajah.Ialah time tu kan kita tidur,tak adala kena debu debu jalan atau minyak minyak hasil dari memasak kan .Jadi mom mau tanya la apa produk yang kawan kawan guna pada waktu malam ? Atau any suggestion ka produk apa yang boleh bantu untuk hilangkan atau at least bagi kurang sikit tompok hitam tu.


Ps- thanks for reading ya..


Baru berapa minit tanam sudah tumbuh??

Hello..

Apa tumbuhan yang baru di tanam berapa minit sudah tumbuh besar? Mana ada!! Kisahnya kemarin petang la mom tanam halia dan bawang di luar rumah. Sekarang tengah musim hujan tanah pun lembut tengok di atas tanah ada banyak tahi cacing.. Dulu dulu my mom cakap kalau ada tahi cacing tanah subur. Wahh.. Subur la ni daun bawang ni...

Si abang sangatla excited sebab dia ingat mom mau main main tanah. Malah time korek tanah tu ada pula seekor cacing,bertambah tambah la excited dua orang budak ni. ( next time mau beli cangkul kecik sudah, sangat mencabar kesabaran bila korek tanah pakai pisau..(- -) .)

Then kami masuk dalam rumah. Beberapa minit kemudian si abang yang sedang tengok spongebob squrepant tu cakap " mami mami tumbuh sudah tu yang mami tanam tu,marila kita tengok".. Hahaha. Ingat macam cerita jack and the bean ka ni abang. Mom pun jadila cikgu sains sekejap. Terangkan dari biji benih sampailah jadi pokok.

Lepas tu tambah excited lagi, tidak minat sudah tengok kartun duduk depan tanaman tu mau tengok keluar daun. Ok ok..  biarla.bagus juga kalau minat untuk tahu tu tinggi. As long benda tu suatu pelajaran yang baik. ( emm.. Abaikan tu pokok bunga kemboja yang sudah mau mati.)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, September 5, 2012

kedekut!!

Selamat petang.. (^^)

Seperti title entry , kedekut!!
Apa maksud kedekut bagi kamu?
Kalau pendapat mom la kan kedekut tu macam dalam wayang p.ramlee tu la si haji bahkil. Kita memang tau banyak hartanya tapi mau minta tolong rm100 saja pun tidak boleh.

Tapi kan sometime biarpun kita nampak orang tu lengkap segalanya ada rumah,kereta tapi tidak semestinya orang tu duit banyak. Aset banyak tapi duit kurang. Jadi mungkin bila kita minta pertolongan dan orang tu cakap sori i got problem too, tidak adil la kalau terus di cop kedekut apalagi kalau siap lagi kita mau canang dengan orang lain pulak yang orang tu kedekut. Lain la kalau 2,3 hari kemudian orang tu canang pulak emas 1 kg baru .. Hehehe.

Ps - kita tidak mungkin dapat memuaskan/ menyenangkan hati semua orang.. (- - )

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wordless Wednesday..

Happy Wednesday all ,



semua pic dari Google image

Isn't it so adorable ??
 

Monday, September 3, 2012

Rupa perut 5 month ..

Hello..

September sudah mari..
Gambar di atas tu rupa perut mom sekarang. Ada yang cakap  besar ada yang cakap kecil. Tapi bagi tuan punya badan ni rasa besar la berbanding pregnant sebelum ni.

Emm abaikan la gambar yang blur blur tu sebab photographer nya baru umur 5 tahun. Ini la gambar yang paling sempurna sudah. Haha.. Yang lain semua kalau tidak kaki kepala saja yang dapat.

Psttt... Yang pandai tengok perut boy ka girl itu.. B-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails