Friday, August 31, 2012

proud to be malaysian.

Heart shape jalur gemilang made by joel showing his love to his country. :-D ..

Ps- cuti 3 hari ni tapi di rumah saja. Hubby( tukang drive) tiada kan.. Hemmm...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 30, 2012

55 tahun merdeka.

Selamat Menyambut Hari kemerdekaan yang ke-55 .

Esok 31Ogos , hari peringatan kemerdekaan negara kita yang tercinta.
Bila tengok Buletin Utama Tv3 tiap malam macam macam bencana dan peperangan.
Semenjak mom pandai tengok tv sampai la sekarang tidak habis habis dengan perang.
Mom bersyukur sebab kita di Malaysia dapat hidup dengan aman tiada perang .
Biarpun sekarang ni macam ada sikit sikit panas juga politik kan .. mom berdoa dan
harap pemimpin kita dapat selesaikan semua dengan baik .

Bila ingat pasal perang memang mom takut malah tidak sanggup mom mau memikir pun.
Bila tengok berita pasal mangsa mangsa perang tu , kembang bulu roma. Hei .. syukur la
negara kita aman kan. Biarpun berbilang bangsa tapi aman juga. Harap la berkekalankan.

google image

Proud to be Malaysian.


google image.


Marah.

Morning all ..

Hari ni pagi pagi lagi sudah hilang mood. Why ? Its my 5 years old son Joel. Nampaknya macam makin menjadi jadi pulak perangainya sekarang. Sebab mau dapat adik baru ka? Biasa la kalau budak budak nakal kan.Dia pun baru 5 tahun saja. Tapi mom perhatikan dia ni sekarang bukan setakat nakal lagi tapi macam memberontak. Kemahuan dia semua mesti di ikut.Kalau tidak dia akan terus merajuk dan cakap "mami tidak sayang abang sudah, adik(Ezra) saja mami sayang." ataupun "bagus lagi abang ni pergi rumah orang lain yang sayang abang" .. dan kalau kita tidak layan kan perangainya yang jadi mangsa ialah adiknya.

Sometime mom memang hilang sabar dengan sikapnya. Tercari cari di mana salahnya mom. Adakah mom terlampau manjakan dia. Atau pun mom terlalu lebihkan si adik. Rasanya mom tidak pernah lebihkan salah satu pun.Kalau mom beli mainan pun mesti akan beli 2.
Cerita hilang mood pagi tadi. Semuanya bermula sejak semalam. 1 hari tu dia memang buat perangai. Balik saja dari sekolah dia sudah start pukul si adik. Adiknya langsung tak boleh sentuh apa apa kalau boleh , mainan tak boleh,tengok tv tak boleh,makan tak boleh .. Sampai la ke malam waktu tidur tu dia membebel bebel cakap dia tidak suka di rumah la .Mom memang hilang sabar la time tu , dan bila sudah hilang sabar memang dapat rotan.Macam macam la mom bagi dia tau pasal sikap dia yang tidak baik tu. Dan .. bukan for the 1st time la.Sudah berkali kali.

Bila mom sudah naik angin memang tidak berani sudah bersuara , but pagi tadi rupanya tidak habis lagi. Di sambung lagi. Lepas tu sampai dekat tadika teacher lagi tanya mom , macam mana Joel kalau dekat rumah sebab dekat sekolah dia langsung tidak mau belajar, tidak dengar cakap. Dan dengan airmata yang macam mau keluar time tu mom pun cakap la.. teacher sebenarnya i dont know what to do sudah. i dont know whats wrong with him . Hati mom tadi pagi macam kecewa ,macam putus asa.  Dan teacher yang sememangnya di geruni budak budak di situ cakap dengan mom , " oo.. so same at homela.i want to punish him ,i told you first ya".. Mom tengok Joel kena punish berdiri. Tengok mukanya yang sedih hati mom pulak tambah sakit.

Apa perlu mom buat ?  ....







Wednesday, August 29, 2012

lapar!lapar!lapar!

Selamat berhari Rabu..

Lapar lapar lapar.ya itulah keadaan mom sekarang. Sekarang ni mom sediakan banyak stock milo di rumah.sebenarnya milo bukanla minuman yang mom suka, biarpun mom suka coklat tapi kalau minum milo macam tidak la . Mom lebih kepada white coffee atau kalau itu tak ada mom suka teh kurang gula.

Tapi pregnant ni mom minum milo sebab bila  minum kopi mom jadi sakit kepala dan kalau teh pulak badan masuk angin. Huhhh!! Macam macam kan. Tambah pulak sekarang ni kan sekejap saja sudah lapar. Bila makan pulak bukan boleh banyak.rasa macam fit betul pulak ni perut. . Kalau minum milo + gardenia butterscotch sekeping bolehla kenyang rasa kan.

Pregnant pun bukan alasan untuk kita makan banyak banyak kan. Yang paling penting cukup nutrisi. Nanti terlebih lebih bawa masalah kesihatan pulak. Nanti tiba tiba terlebih gula pulak atau highblood..

Ps- B-)  cuaca panas hari ni. Yea.. Clearkan kain kain.. Musim hujan ni.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 26, 2012

A prince and a princess ..

Hello ..

Wah meriahnya Raya .. (^^) Panjang bercuti naik kerja mesti ada rasa malas kan. Bagi suri rumah tangga sepenuh masa macam mom pulak , budak budak besok sudah start sekolah rumah pun pasti akan sepi. Tidak pun terasa cuti sebab rutin harian tetap sama malah bertambah kalau budak budak cuti sekolah.

Sepanjang cuti raya ni biarpun bukan mom yang beraya tapi terasa juga seronok dan meriah. Apalagi cuti raya ni dua orang kawan mom bersalin. 16.08.2012 dan 22.08.2012. Yang 16.08.12 tu mami Asun dapat baby girl selepas 7 years penantian . Tahniah!!! Selepas kelahiran anak sulung (boy) 7 tahun yang lepas mami Asun ni ada alami ketidaktentuan haid.Ada tu dalam setahun 2 kali saja haidnya datang.Bermacam cara di cuba tapi tak ada hasil. Tahun lepas mereka suami isteri buat keputusan ambil anak angkat. Anak saudara mereka jugalah. Mungkin rezeki anak angkat , masa umur anak angkat tu 6 bulan mami Asun di sahkan hamil pulak. Gembiranya kan.Dapat baby girl pulak tu.Meriah rumah mami Asun.

Mami Vic pulak selamat lahirkan baby boy nya yang ke-2 22.08.12 yang lalu.Mami Vic pulak tunggu 6 tahun untuk dapatkan cahaya mata ke duanya ni. Beliau bertarung dengan penyakit SLE sebelum ni.Memandangkan terlalu banyak ubat ubatan yang di ambil doktor cakap maybe sudah tak boleh mengandung. Mom pun tak berapa tau apa SLE sebenarnya. Mom tau time mami Vic sakit tisu peha tu bernanah.Banyak kali juga operate untuk buang nanah. Masa mami Vic pregnant doktor takut juga ada kesan pada baby memandangkan mami vic masih ambil ubat ubatan untuk sakitnya tapi syukurlah lepas 3 hari pemeriksaan rapi di buat ke atas baby, ternyata si baby sihat . (^^)

Mom teruja betul time melawat baby baby baru ni. Macam tidak sabar pulak rasanya tunggu turn mom. Hehehe ..

Masa melawat mami Asun , mertua mami Asun cakap dengan mom baby dalam perut ni boy. Dia cakap sebab bentuk perut mom yang bulat dan menonjol ke hadapan. Emm .. Betulka ?? Biasa orang tua tua ni pandai tengok jantina baby melalui bentuk perut. Alaa.. Tidak apa la kan. Mana mana saja boy or girl... (^^)

pic frm google



Ps- Bestnya baca baca cerita Raya kawan kawan blogger. .

Tuesday, August 21, 2012

2nd pregnancy checkup.

Selamat hari raya & bercuti..

Sebelum mom terlupa pasal pregnancy progress dalam checkup yang kedua baik mom cepat cepat catit semua di sini.. Apalagi sekarang makin cepat pelupa. Adui tua sudah kan..

Syukur la checkup kali ni pun resultnya semua baik. Tekanan darah normal,hemoglobin pun ok tiada kurang darah,air kencing bersih,berat badan naik 0.5kg.. Jadi sekarang berat sudah 65.5kg pada usia kandungan 19 weeks. Checkup ni mom buat last wednesday 15.08.12. Hari ni baru terbuat entry. Hehe.. Wahh.. Ni kali pregnant bukan main berat lagi. Yalah memandangkan mom ni tinggi cuma 154cm saja. Boleh kah maintain lagi after birth ni?

Sekarang ni perut sudah besar. Regangan di perut tu pun sudah start keluar. Tiba masa sudah mau keluarkan sikit budget untuk beli minyak bio oil .. (^^)..

Ps- missing everybody pulak.. (^^)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 18, 2012

Saat saat akhir shopping raya!!

Hello semua..

Eh! Masih ada ka lagi yang online di blog time raya ni. Mungkin yang balik kampung sekarang ni tengah cerita cerita kisah masing masing pada sanak saudara.. Apa lagi yang balik setahun sekali,tidak pandai habis itu cerita tu. Hehehe..

Tadi bawa anak jalan jalan di Aeon Jusco Tebrau City,ingat kan mesti sudah lengang la ni sebab banyak sudah balik kampung.. Hoho sangkaan mom meleset ya,penuh la tu Jusco . Terutama yang bahagian pakaian dan kedai kasut. Bukan malay saja yang menyoping ni chinese,indian pun macam raya juga.. Banyak sales la katakan,50% , 70%... Mom pun ada jugala sempat beli sepasang sandal rata di Summit. Mom sebenarnya lagi suka pakai kasut yang ballerina(betul ka ni ejaan) dan bertutup tapi pregnant ni kan ni kaki membengkak sikit jadi tidak selesa pakai kasut begitu sudah..

Tadi time cuci mata di sana, ramai bapa bapa mom nampak duduk di kerusi sepanjang jusco tu. Ada yang layan anak dan ada juga yang tertidur ba.haha.. Ada juga tu yang geleng geleng kepala sambil tengok jam. Hehe.. Relak ya brother. Kalau kami perempuan biasa la tu, teliti ba tu memilih barang. (^^)

Ps- selamat hari raya..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya .

pic-google

Hello Semua
Jiran jiran mom yang sambut Raya dah balik kampung semalam ..
Bunyi bunyi mercun pop pop pun sudah kurang ,yalah banyak sudah balik kampung kan.
 Mungkin yang tidak balik tu kampungnya area JB saja la tu.

Entry ni mom ambil kesempatan untuk ucapkan kepada
kawan kawan mom yang sambut hari raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (^^)



Tuesday, August 14, 2012

Berbagi kasih..

Hai hai.. (^^)

Siapa mau berbagi kasih,angkat tangan! Emm kalau maksudnya berbagi kasih suami siapala yang mau kan.hehe.. Jadi macam mana kalau berbagi kasih ibu pulak? Iyalah ibu ada 1 tapi anak ada ramai mestilah harus ber share tu kasih ibu kan.

Tadi time tidurkan anak anak sempat lagi bertekak dengan si abang. Pasal apa? Mom semalam mungkin tersalah tidur akibatnya leher mom sakit.langsung tidak boleh pusing ke kanan.sudah juga diletak yoko yoko dan koyok tapi masih sakit. Jadi tadi bila mau tidurkan budak budak mom suruh la dua dua tidur sebelah kanan mom. Si adik dekat mom la. Mana tau si abang marah pulak.dia pun mau tidur dekat mom. Sudah 5 years tapi masih tidur dekat mom. Ada juga katil dia sendiri but bikin perhiasan sajala.memang tiap kali suruh tidur katil sendiri mesti meraung.

Then kerana malas bising bising di tengah malam begini( malu ba dengan jiran sebelah ,menangis macam kena dera) mom  pun dengan sakit leher ni terpaksa juga la bagi tidur macam  biasa. Hmm.. 4 bulan lebih saja lagi akan tambah 1 baby lagi,macam mana la ni?? Kalau tidur di mana mau di letak sudah? Must act cepat sudah ni. Mesti mau latih si abang untuk tidur di katilnya sendiri sudah. Macam mana ya? Ada idea ka?

Ps- besok 2nd pregnancy check up..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 11, 2012

Cantik di mata budak 5 tahun.


Hello semua ..

Semalam time mom baca baca majalah my 5 year old ada la dekat tepi juga. Dia memang selalu begini kalau mom membaca dia akan ada juga dekat tepi. Lagi lagi kalau baca newspaper.Nampak saja gambar accident atau gambar polis mesti tanya kenapa? dimana? Dan segala question tu tidak akan habis sampai malam kalau di layan. Yes.Memang bagus kalau banyak tanya kan tapi mom kadang naik angin juga sebab bila kita layan soalannya tu nanti sampai satu tahap bila soalan soalan tu sudah habis dia akan start lagi dari yang first question dia sudah tanya. Ngrrrrr ... 

Then semalam mula mula dia diam saja.Tengok saja gambar gambar yang ada tu.Mom baca majalah inTrend.Biasa la kalau majalah majalah begini banyak la gambar gambar girls yang cantik cantik kan. Iklan kurus,iklan baju,iklan muka dan macam macam .. Lepas tu tiba tiba ...

Joel : Mami bagus mami pakai ni .. (tunjuk produk muka dengan model yang putih mulus)
 Mami : Kenapa pulak mau pakai ni?
Joel: Cantik la kalau begini,mami pakai la supaya mami punya muka pun putih begini.
Mami: Cantik ka kalau putih?
Joel: Cantik.Lepas tu mami pakai la ini lipstik sama yang kasi color color di mata .
Mami: Cantik ka kalau begitu?
Joel: Iya ba cantik.Nanti kalau abang sudah besar abang kasi beli baju bunga bunga lagi yang cantik.
Mami:Jadi sekarang mami ndak cantik ka?
Joel: cantik la juga tapi kalau putih putih lagi cantik...

Ada perkataan JUGA  jadi tidak cantik la tu. Hahahaha ... Budak budak sekarang kan.Ada ada saja.
 


Joel & Ezra

Ps - i want to be beautiful and healthy .. (^^)


Friday, August 10, 2012

If only by miracle i have 100k in my acc.

Hello semua ..

Hahaha..Title entry di malam hari yang panas ni memang macam lawak karoot komedia saja..
Johor Bahru hari ni panas.Biarpun sudah malam tapi masih panas.Buka kipas no.5 angin tu kuat tapi angin panas.Kena minum air putih banyak banyak ni,kalau tidak mesti sakit tekak nanti. Baru sekarang ni time pregnant sekejap sekejap masuk toilet ,lagi la kalau kena minum air banyak. Sometime dalam hati merungut juga " susahnya jadi seorang perempuan,banyak perkara mau dilalui .. jadi seorang perempuan,ibu dan isteri bukan senang.   " 

Hahaha .. Bila mom baca balik perenggan di atas macam ayat seorang manusia yang tengah keciwa pulak.
Tapi malam malam yang sunyi ni mom mau berangan la sekejap. Kalau la besok mom bangun dan check account bank mom lepas tu tiba tiba ada 100k di dalamnya.Perkara yang mom mau buat :

1. Bayar habis pinjaman pendidikan mom yang ada baki 7k lagi.
2.Bayar habis hutang kereta ,supaya tidak perlu lagi tiap bulan kena bayar installment . mungkin ada dalam 20k lagik balancenya tu. Lagik hutang lain lain ..di tambah tambah maybe dalam 30k.
3. Mau buat satu rumah untuk my mom di kampung.


Simple saja la..thats the thing i really need to do. ..

Ps- Apa la yang mengarut ni. (^^)

Saturday, August 4, 2012

Pernah ambil suplemen tambahan tak?

Hello semua ..

Pernah tak ambil suplemen kesihatan? Vitamin , jus , fiber  dan lain lain .. Dengan kebanjiran bermacam macam produk kesihatan dan kesedaran untuk menjaga kesihatan rasanya hampir semua orang ada produk yang di ambil kan.

Lain pulak dengan mom ni , terus terang mom cakap mom kurang keyakinan dengan produk produk kesihatan ni.Yalah semua produk ni muncul macam cendawan lepas hujan.Betulkah ada khasiatnya?Mana tau mereka ni cuma ambil air masak campur sikit dengan perisa jus lepas tu dekat description letak macam macam kebaikan padahal tak ada pun.Semua untuk kaut keuntungan saja. Sudah lah harga mahal kan lepas tu tak ada pun kesannya. Kalau tak ada kesan baik lagi macam mana kalau bahan yang di campur tu ada bahan memudaratkan..lagi yang tidak sakit berpenyakit dan yang sudah berpenyakit tu ..emmm ... ( kecewa sebenarnya sebab banyak kali juga terkena ..kihkihkih)

But semua tanggapan tu terpaksa la mom buang jauh jauh sebab di antara banyak banyak produk ada juga bah yang berkesan rupanya.hehehe .. Anak anak mom ni rasanya kurang sikit daya tahan penyakitnya. Terutamanya demam dan selesema. Sentiasa kena sediakan air panas untuk mandi,biarpun mandi petang tu jam 5. Air tu tak ada lah sejuk tapi kalau mandi air sejuk tu startla malamnya badan start panas panas. Kalau sehari kurang tidur pun besoknya start la selera makan pun kurang.Mom pun hairan juga apa problem 2 orang anak mom ni. Masa tahun lepas (time mom masih berkerja) lagi teruk...Every 2 weeks selesema. Bila pergi klinik pun doktor cakap cuaca tidak baik saja.. Emmm..Masa tu wang gaji macam budget untuk klinik dan ubat saja . Mulut mulut orang yang comel comel tu pun start ada sudah yang bunyik bunyik " ishhh tidak pandai jaga anak ".. Itulah yang mom paling kecil hati dan sedih. sob sob ..



Then my own dad syorkan M-PLAN Miki Prune. Daddy memang sangat berpengalaman pasal produk produk direct selling ni. Seingat mom semenjak kami kecil kecil dulu dad sudah buat direct selling secara sambilan. Dan masa tu produk paling famous AMWAY..
Berbalik pada tajuk tu dengan hati yang terguris pasal cakap cakap orang tu mom pun cubalah produk tu. Mula mula bagi.. anak anak memang "wekkk ..mummy asam la". Kawan kawan ekstrak prune ni memang asam. Ekstrak ni 100% originally buah prune sahaja tanpa bahan tambahan. Mom ambil produk ni since 4 bulan yang lepas. Syukurlah budak budak ni seingat mom semenjak itu ada kena selesema sekali saja. Miki Prune dari M-PLAN ni banyak khasiatnya yang lain . Antaranya manfaat dari produk ni : -
 source: M-PLAN facebook


M-PLAN Miki Prune Dapat mencegah :-
1. Leukimia
2.cancer usus
3.Cancer Payudara
4.Tekanan darah tinggi dan rendah.
5.Strok
6.Kencing manis
7.Penyakit jantung
8.Sembelit
9.Buasir
10.Kegemukan
11.Migrain
12. Demam selesema
13.Senggugut

Mom pun ambil produk ni juga sekarang ni. Produk ni boleh di ambil oleh ibu yang hamil untuk elak kan masalah buang air besar itu. Ada yang berminat untuk ketahui lebih lanjut?? boleh contact mom terus di email : rich_joel@yahoo.com ok..( Well sebab mom sudah falling in love dengan produk ni mom sudah jadi distributor )


Ps- Cant wait to try M-Plan Collagen. After childbirth la kan ... sabar .. (Mom sudah tua la..bawa mata ada wrinkle sudah ni) ..

Friday, August 3, 2012

Apa Yang Berlaku Selepas Bersalin??#3

Hello semua .. August is here .(^^)

Tinggal 4 bulan lagi kita melangkah tahun baru 2013 kan.Wah!! Cepatnya masa berlalu..sob sob .. Checklist untuk tahun 2012 ni macam belum ada pun yang tercapai. (- - )

Bosan pulak dengan tajuk post ni.Tapi mom  belum habis tuliskan semua journey bersalin . Mesti juga di catatkan sebagai peringatan sendiri dan mungkin kawan-kawan yang lain.
Siapa ada pengalaman  dengan baby yang dijangkiti sakit kuning masa lahir?? Anak mom dua dua kena sakit kuning masa lahir. Beberapa hari lepas balik rumah masuk balik wad.Anak 1st kena 3 hari 2 malam dan anak ke-2 pulak kena 2 hari 1 malam di wad. Tanda tanda sakit kuning ni , badan baby dan mata tu nampak kuning.Kalau mom tak salah fakta sakit kuning ni berkaitan dengan fungsi hati baby..Emm mau tau lagi lanjut sila google google atau tanya pegawai kesihatan time check up ya. Sebab sakit kuning ni pun boleh sebabkan kematian juga kalau lambat dapatkan rawatan.

Mom rasa ini la permulaan cabaran sebagai ibu lepas bersalin.Sudah lah badan sana sini sakit,keletihan belum lagi habis kena bermalam lagi di wad menjaga baby yang sakit kan. Lagi lagi sakit hati nampak baby yang tiap hari kena ambil darah dekat tumit , lepas tu baby pulak kena bogelkan letak bawa lampu biru untuk rawatkan sakit kuning tu.Nasib baik la anak anak mom tidak terlalu tinggi sakit kuning jadi masih di benarkan pakai diaper kan. Kalau tidak hmm.. ada yang baby tu tidur bersama dengan poo poo dan kencing. Ada yang mengiggil kesejukan. Sebut pasal sejuk ni mom ada 1 pengalaman, masa jaga baby no.2 di wad. Lepas susukan ezra dan letakkan dia kembali di bawah lampu biru,mom round roundla tengok tengok baby dekat wad tu. Ada 1 baby tu mom nampak gerak gerak mom pergi la tengok kan.. Rupanya baby tu nangis tapi tak ada suara,bayangkan la tu menangis sampai tak ada suara kesian sangat kan.. Lepas tu mom tengok la kaki dia,sudah biru kesejukan ,tengok baby macam tu siapala yang tidak kesian kan.Mom tengok ibu baby tu pun tidak ada dekat situ jadi mom gosok gosokla kaki dan tangan baby tu kan ..lepas tu tiba tiba ada la satu nurse datang terus marah " eh ini anak awak ke , anak awak dekat sana kan buat apa dekat sini , tak payah peduli anak orang lain,biar mak dia yang uruskan" . "Tapi nurse baby ni sejuk la".. " Tak payah nak pandai pandai suhu dekat sini suhu bilik saja tak ada sejuk pun".  Adei .. Boleh pulak begini kan. Lepas tu tidak lama mom nampak ibu baby tu datang. Mom tengok dia pun tengok saja baby dia nangis, mesti dia pun tidak tau mau buat apa kan. Lepas tu mom yang memang tidak puas hati sebab kesian tengok baby, biarla orang cakap mom penyibuk.Mom bagitau la dia baby dia sejuk , boleh gosok gosok kaki dan tangan dia supaya hangat sikit. Nurse tu tengok tengok saja. Pedulik la dia kan.Bukan la kita pandai sangat tapi Salah ka kalau mau membantu kan.Eh! Emo pulak.. Hehehe

Biarpun mom sudah ada anak 2 tapi untuk sakit kuning ni mom masih lagi tidak tau cara untuk mencegahnya. Mom ada juga tanya doktor , doktor pun cakap sakit kuning ni normal la ada pada baby yang baru lahir. Emm .. kalau mesti ada pun mom mau juga tau mungkin ada cara tertentu untuk kurangkan sakit kuning tu. Kurang la sampai tidak perlu masuk wad tengok baby kena cucuk dan tidur bawa lampu biru tu kan.
Kongsi kongsi la petua yang ada ya..

Ps- Sharing is Caring .. (^^)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails