Monday, July 30, 2012

Apa yang berlaku selepas bersalin??#2

Hello semua..

Jom sambung cerita lepas bersalin..hehe. Masa dalam wad selepas bersalin memang macam macam karenah ibu yang kita nampak. Mom tengok ada yang peluk cium baby tak lepas lepas ada juga yang tertidur keletihan sampai nurse siap bangunkan supaya susukan anak. Hehe.. Ada 1 pengalaman ni mom tak boleh lupa,kisah ni masa mom bersalin anak ke2 . Masa tu mom dah nak keluar wad.kalau baby dah poo poo dan kencing maksudnya kita dah bole balik rumah.yeah.. Tapi ada 1 pemeriksaan lagi.. Periksa jahitan dan kebarangkalian ada darah beku ke masih tertinggal dekat dalam.
Masa tu nurse panggil 3 org,seorang akak,seorang indian girl dan mom. Giliran mom paling last. Mula mula akak tu masuk, tak ada apa pun yang berlaku,sunyi senyap kejap je akak tu dah keluar. Lepas tu turn indian girl tu pulak.mom rasa dia muda lagi.awal 20an dan mesti pengalaman pertama.yang dah ada pengalaman mesti korang tahu kan macam mana pemeriksaan tu. Doktor akan check jahitan dan seluk dalam untuk keluarkan sisa darah beku. Masa tu mom dengar la perempuan tu start meraung raung takut dan cakap " boleh tak kalau tak perlu buat,u tau i baru kena jahit tak kan nak seluk lagi".. Mom dengar la nurse tu pujuk tapi tak berjaya. Pastu nurse lagi seorang tu keluar panggil mom masuk. So mom nampak la dengan lagi jelas apa yang berlaku. Ada dua orang nurse tengah pegang perempuan tu.. Bila doktor tu hulur tangan nak pegang kaki dia, terus dia tendang kena muka doktor tu. Senget benget cermin mata doktor tu. Hehe... Pastu respek juga dekat doktor tu.. Masih tersenyum dan lembut cakap takpe la ,next turn la..u tengok ya mesti tak ada apa apa punya.. Pastu turn mom la pulak.. As the doctor said tak ada la sakit.sakit sikit saja la. Jangan takut. Tak sampai seminit pun pemeriksaan tu. Pastu mom blah la cepat cepat,masa tu ingat nak keluar wad dan balik rumah saja. Entah macam mana agaknya doktor and nurse tu handle dia...

Ps- Mom is 4 month pregnant now dan masih loya dan muntah macam 1st trimester lagi.haduhh...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 28, 2012

Tuhan lebih menyanyangi..

Hello semua ..

Semalam di kejutkan dengan berita dari kampung. Tentang pemergian baby yang masih belum sempat untuk melihat dunia. Cuma ucapan takziah dan kata kata penguat semangat yang dapat mom ucapkan untuk anak saudara yang kehilangan baby yang sebenarnya tinggal tunggu hari saja lagi untuk di lahirkan. Minta kawan kawan blogger doakan anak saudara yang khabarnya masih tidak dapat menerima kenyataan.Mom faham perasaan itu.Bayangkan persiapan sudah lengkap , bilik berhias , baju baju ... Tapi Tuhan lebih menyanyangi dia.





Wednesday, July 25, 2012

Apa yang berlaku selepas bersalin??

Hello semua..

Hari ni mom mau kongsi pengalaman mom lepas keluar dari labour room. Selalu kita baca pasal pengalaman bersalin saja, so mom mau kongsila sikit pengalaman lepas bersalin.mungkin berguna untuk yang 1st time bersalinkan.

Pengalaman mom 2 kali bersalin di gov hospital sultan ismail jb. Jadi mungkin tak sama la dengan bersalin di swasta. Lepas saja baby di bawa keluar dari labour room mom kena jalani proses seterusnya iaitu jahit menjahit. Mom pun tak tau apakah memang masa menjahit tu kita di jahit hidup hidup tanpa ubat pelali.bila mom tanya pada bidan tu,dia cakap memang sakit biarpun ada ubat pelali. Iyakah?? Memang bersalin kali  ke 3 ni mom mau ready tanya di klinik ibu mengandung dulu. Sebab macam trauma rasa bersalin tidakla teruk sangat tapi part jahit tu yang teruk.

Seterusnya para mom to be jangan lupa bawa pad maternity sendiri dan underwear yang ketat. Why?? Sebab hospital hanya bekalkan pad bertali dan tak tebal sangat.  Bila sudah sampai wad, kalau boleh tukarla dulu pad dan pakai underwear. ( time lepas proses jahit nurse akan pakaikan pad without underwear). Sebab kan macam 1st pengalaman mom tak tau.lepas sampai wad nurse suruh susu kan anak.lepas tu mom baring. Bila hubby dan SIL datang melawat mom bangun dari katil mau turun terus wushhh.. Lantai penuh dengan darah. My SlL la yang bersihkan darah dan lantai. Thanks.. Sob sob.. Untuk labour kali kedua mom sudah bersiap la dengan apa yang patut jadi tak ada la kali kedua terjadi kan.

Next cerita seterusnya mom sambung nanti ya... (^^)

Ps- menyusukan baby bole cepatkan pengecutan rahim dan proses penyembuhan. (^^).

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 24, 2012

Anak Peneroka.

Hello semua ..

Firstly Selamat berpuasa kepada kawan kawan yang beragama islam.
Entah kenapa ya kalau sebut atau dengar saja perkataan peneroka mesti teringat subjek Geografi. ???
Hehehe .Alkisah cerita anak peneroka, 3 days ago masa apply krim siang Safi Rania Gold mom terhidu la bau krim ni. Ish!! macam familiar saja bau krim ni .. di mana ya ?? Oooo bau getah kayu kayu hutan yang di potong. Lepas tu mom pun segera terbang ke tahun 80 dan 90an. Zaman kanak kanak dan remaja mom. Cepat juga fikiran ni melayang memikirkan penat bercampur seronok menjadi anak peneroka. Mungkin kalau anak peneroka sekarang ni duduk di rumah belajar , belajar dan belajar. Betulka ? Istilah anak peneroka ialah anak anak pekebun kelapa sawit atau getah.

Tapi bagi mom istilah anak peneroka tu ialah tidur bawah pokok, pegang parang,kena gigit semut dan nyamuk, berpanas di bawah matahari ..



pic-google image

Sebelum satu kawasan tu di tanam dengan tanaman seperti kelapa sawit,koko dan getah kena bersihkan dulu kawasan. Kawasan tu pulak bukan la cuma ada lalang atau pokok pokok kecil. Semua pokok besar besar yang ditebang bukan dengan parang atau gergaji tapi mesti guna chainsaw. Kayu kayu yang sudah dipotong tu pulak biasanya di jadikan papan untuk buat rumah.
pic chainsaw -google image
pic - google image


Bagi kami anak anak pulak pokok pokok dan rumput rumput macam pic dekat atas tu la yang di tebas menggunakan parang.Kalau anak anak sekarang pegang pisau atau gunting saja pun kita sebagai ibu bapa sudah mau pitam ketakutakan anak terluka kan.Hairan juga zaman dulu siap kena marah lagi kalau malas tidak mau tolong di kebun. Bukan pisau lagi tapi parang panjang yang sudah siap di asah tajam. Pengalaman di gigit penyengat ,semut dan nyamuk perkara biasa.Tiada la di sapu ubat mopiko atau apa hanya minyak cap kucing atau minyak kilat . ( minyak ni kalau di sapu bukan main pedih lagi,tapi cepat sembuh kalah mopiko). Waktu makan pulak biasanya bawa bekal kalau tempat tu jauh dari rumah. Bakar api untuk halau nyamuk lepas tu berkumpul untuk makan.Kalau ada terjumpa pokok ubi boleh juga buat ubi bakar. Kami budak budak ni kalau rasa rasa mengantuk , potong daun daun untuk buat alas tidur di atas tanah. Tidak lupa juga bertanya sama ada daun tu gatal atau tidak.

Penat.Tangan pun lenguh potong kayu kayu tu. Tapi seronok.Pengalaman yang berharga dan bukan semua orang yang merasa. Hehehe ingat pulak masa mom pergi urut dan sauna dulu,tukang urut tu cakap badan mom keras. Memang la kan sebab mom anak peneroka. (^^)
Tahniah kalau anda dapat baca sampai di sini sebab anda memang minat geografi. HAHAHA...


Ps - Demam selesema batuk .. (- - )



Thursday, July 19, 2012

1st pregnancy check up.

Hello semua,

Yesterday pergi check up pregnancy di klinik kesihatan ibu dan anak. 1st check up. Ini lah 1st juga mom start check up begini awal.Yalah usia kandungan baru 14 weeks ni.Terus terang mom cakap masa preggy Joel & Ezra tu usia kandungan 20 weeks baru mom pergi start check up klinik. Nurse pun sudah bebel bebel masa tu sebab lambat datang kan. Tapi sebab preggy yang ke-3 mom keguguran masa 3 bulan mom takut perkara tu berulang jadi tak mau la lambat lambat kan perkara ni lagi.

 pic dari google image

Biasa la setiap kali preggy mesti akan dapat buku pink yang comel ni. Hehehe.. (^^) macam yang dalam gambar kat atas tu la. Kalau masa tahun 2007 dan 2009 buku adalah seperti yang sebelah kiri tu.Semalam dapat buku eh..dah lain panjang sikit lepas tu kandungan di dalam pun lagi padat.Kalau dulu dulu borang untuk kira gerak anak di bekalkan berasingan. Main klip saja ,kadang siap tercabut lagi dan buku pun jadi serabut dengan kertas yang di  klip klip. Sekarang mom tengok kertas untuk ujian darah pun sudah siap ada dalam tu. 

Semalam mom sampai di klinik berapa minit lebih saja selepas klinik buka ( 8am) tengok di dalam kerusi sudah penuh ada lagi yang berdiri.Jadi bayangkan la  macam mana penuhnya tu. Habisla jadi ikan kering menunggu. nasib mom memang baik la semalam mungkin sebab beberapa orang nurse praktikal datang. tengok mom ni kes baru salah satu nurse tu terus ambil kes mom. Syukur ... Tidak payah tunggu lama sangat sebab nurse tu siapkan semua check up dari buat buku baru , timbang berat badan ,cek tekanan darah , cek perut ,breast , nasihat pemakanan dan bagi vitamin.Cuma untuk ambil sampel darah saja nurse senior yang buat. Kebas jugala rasa tangan bila ambil sampel darah . Tidak la banyak ..Penuh  1 picagari saiz medium saja. 1 jam setengah semua urusan sudah siap. Yeaaa... boleh balik. Kalau nurse praktikal tu tidak ada confirm sampai 2 atau 3 jam. (^^)

Ps- Berat mom ada turun sikit.Mesti sebab masalah susah makan dan muntah muntah tu. Sebelum preggy berat 64.9 semalam timbang 63. Beratnya makcik. Tinggi sudah la 155 saja. (- - )

Wednesday, July 18, 2012

Monday, July 16, 2012

Bonuslink reward.

Hello semua.. Siapa ada kad bonuslink? Rasa rasanya semua orang ada la kan.Mom rasa mom sudah ada kad ini sejak 5 tahun yang lalu.Baru lagi tu kan.Pernah kah buat point redemption? Mom sudah buat 3 kali.Memang tidak rugi kalau jadi ahli bonuslink sebab produk produk yang boleh di redeem dengan point yang kita ada memang best. Ada peralatan dapur, minyakwangi,jam tangan, macam macam bedsheets,beg dan permainan untuk anak anak pun ada. Kalau mau tengok gift gift tu boleh lawat website bonuslink di www.bonuslink.com.my.

Bagi yang belum ada kad tu boleh la sign up di website tu juga. (^^)
Cara untuk redeem gift pun memang mudah . Just login di website tu lepas tu pilih barang yang nak di tukar dengan point yang kita ada.Lepas tu pastikan alamat dan no.tel di isi dengan betul. Then tunggu la dalam seminggu then tadaaaa ..the gift is here!!!

 



Untuk  2nd gift , Hehehe mom pilih Slow Cooker sebab dalam family kami semua suka minum sup kecuali mom.Hari hari mom masak sup.Dengan adanya slow cooker ni dapat la jimatkan gas kan.Yalah kalau reneh sup ni mau sampai 2 jam begitu, cepat saja habis gas mom. (^^) .. Berbaloi juga kan.Kalau di beli ni mungkin ada juga rm100 kan. Sambil isi minyak kereta di SHELL boleh dapat point , 1 point untuk setiap rm1. Jadi berbaloi la tu. (^^) So yang belum ada kad bonuslink tu cepat cepatla sign up.

Ps- Waiting for my 3rd gift .. a product from Luminarc.





Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday

pic from google





Its been almost a week ..
We miss u .. ( ~ ~)
 

Thursday, July 5, 2012

Tong Sampah Percuma

                                                                source from SWM website

Hello friends ..
Ni keratan newspaper BH mom ambil dari website SWM (Southern Waste Management S/B) yang kendalikan sampah dekatan southern area of Malaysia. Paper ni bulan lepas punya bermaksud Melaka bulan yang lepas lagi dah dapat tong sampah free macam yang dekat atas tu.

Mom baru ambil semalam.Keadaan semalam pun sama la macam gambar tu.Malas la mom nak ambil gambar dengan mom yang tarik tarik 2 orang anak tengah tengah banyak orang kan.Hilang pulak nanti.Sudah la 2 orang tu memang aktif lari sana sini kan.Sambil beratur mata mom tu tengok saja budak budak ni lari sana sini.Sampai tiba giliran mom pun tak perasaan.Petugas tu siap panggil beberapa kali. Hmmm..biasa la tu kan mak mak. Thanks to SWM kan sekarang ni kalau keluar rumah nampak berderet saja tong sampah yang sama.Nampak lebih teratur  dan bersih la kan.Sebelum ni kalau keluar rumah kadang ada sisa sisa contoh pampers baby lagi berselerak dekat luar rumah,sebab ada juga penduduk tu yang letak saja plastik sampah dekat luar.Apalagi kan segala anjing dan kucing liar mestila ambil kesempatan. Kalau pampers baby ok lagik kalau ternampak tuala wanita bersepah dekat luar lagi la malu kan.

Tong sampah ni tinggi dan besar , terfikir pulak mom tukang angkat sampah tu kan. Kalau penuh tong ni berat juga rasanya. Sudahla busuk kan berat lagik. Teringat mom ada satu episod dalam kartun UPIN IPIN tu kalau tak salah tajuknya cita-cita. Watak kartun yang nama Fizi tu cakap cita cita dia mahu jadi tukang kutip sampah.Dia kata kerja tu baik sebab kalau tak ada tukang kutip sampah kotor la persekitaran kita.

Ps- Minggu ni JB hujan ..sejuk sikit kan. (^^)

Tuesday, July 3, 2012

3 Tips kurangkan rasa pening !!

Hello kawan kawan ..

Hari ni teringin pulak kong sikit tips yang mungkin boleh membantu ibu ibu yang sedang mengalami alahan dalam 1st trimester mengandung.Mungkin ada yang sudah cuba dan mungkin ada yang belum.Mom sekadar mau berkongsi. (^^) 3 tips yang akan mom kongsikan ni memang betul betul membantu mom.

1. Cahaya dan peredaran udara.

pic from google

First thing yang mom buat bila bangun pagi pagi. Ialah buka tingkap dan pintu, biarkan cahaya dan angin sejuk masuk.Emm.. tulis saja pun terbayang bayang angin yang fresh bertiup. (^^) Ini dapat membantu peredaran udara di dalam rumah sentiasa nyaman. Kalau rumah selalu bertutup saja boleh sesak nafas juga di buatnya.

2. Hijau .
 pic from google

Bagi yang macam mom ni yang tinggal di kawasan taman perumahan tengok kiri rumah orang, tengok kanan belakang dan depan semua rumah saja.Susah la nak tengok pokok dan pemandangan hijau kan. Untuk mom memandang kehijauan dapat berikan ketenangan. Jadi mom pun adala survey survey pokok pokok kecil yang boleh letak atas meja dan mana mana yang sesuai di dalam rumah.Minimum saja kuantitinya jangan la pulak dalam rumah jadi hutan.Hahaha. Sejuk mata memandang. Kalau udara sudah nyaman , dalam rumah pun sudah nampak segar tapi barang barang serabut pun tak kena juga. Jadi mom pun simpan semua benda yang tidak di gunakan, macam majalah dan suratkhabar lama di laci almari tv.Meja makan yang banyak benda yang tak sepatutnya ada diatasnya tu pun mom sudah kemas. Barang permainan budak budak ni pun mom keluarkan yang paling mereka gemari saja.Yang lain semua simpan dalam stor. Nampak macam banyak kerja kan.Tapi semua ni mom buat perlahan lahan dalam beberapa hari.Time mom rasa sihat sikit mom akan kemas sikit sikit. (^^)

3. Wangi.
pic from google

Wangi ... wangi bukan bermaksud wangi perfume dan bau yang kuat .Mom sendiri mesti loya kalau terhidu bau yang wangi time ni. Sedangkan perfume bau vanilla dan lavender yang mom sangat suka pun bila mengandung ni langsung mom tidak boleh hidu.Mesti rasa loya. (^^) Tapi bau lemon yang segar memang best. Lepas kemas barang barang dalam peti ais mom potong saja buah lemon ni letak di dalam. Hilang juga bau bau lain yang kurang menyenangkan tu. Untuk tempat tempat lain dalam bilik air dan bilik tidur mom spray saja psttt pstttt pakai pewangi  lemon.

Sudah siap semua ni mom rasa lebih segar setiap hari. Boleh la mom bermain main dengan anak anak. Tak ada la moody saja hari hari. (^^)


Ps- Thanks mom . My mom say " jangan la kau ikut betul perasaan mu tu, sakit lepas tu berbaring saja banyak memang la tambah sakit kepala lagi tu. Cuba kau bergerak sikit " .. (^^)






Sunday, July 1, 2012

My 5 years old son sleeping prob!

Hello freinds..

Daripada pembacaan yang mom buat biasanya kanak kanak 4 to 6 years memerlukan tidur 12 jam sehari agar proses tumbuh besar dan penumpuan mereka baik.
Sejak kebelakangan ini my 5 years old joel macam susah betul tidur. Biasanya siang hari dia mesti akan tidur paling kurang 2 jam antara jam 2 sampai 5pm. Tapi sekarang ni susah pula tidur.even during school day pun sama. Kalau school day tu 7am sudah bangun 11.30 balik dan bila ada hari yang ada tuition tu sebelah petang sambung lagi. Sudah macam tu malam pun 11 pm tu baru tidur. Di kira kira 8 jam saja tu tidurnya. Kalau untuk dewasa memang sudah ok kan.
Bila di tengok pemakanan pun ..emm mom tak ada bagi banyak junk food atau coklat dan gula gula yang manis. Semua makanan ni boleh buat kanak kanak terlebih aktif. My SIL pula cakap semua tu because of my pregnancy. Pembawaan. Hmmm betulka tu, anak anak pun boleh terikut juga ka? Mom ingat cuma husband saja yang terkena simptom.

Ps - its already july. Happy sunday everyone.

Published with Blogger-droid v2.0.6

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails