Saturday, June 30, 2012

Transfer dilemma.

Sudah beberapa hari mom berfikir pasal perkara ni. Dengar khabar hubby akan transfer ke kelantan. Area mana mom pun tak pasti . Hubby tanya mom macam mana nak ikut sama ka atau mom tinggal di JB dan hubby akan balik 2 minggu sekali. Hmm.. Dengan mom yang tengah preggy sekarang rasa takut pula tinggal JB dengan anak anak ..tapi sekurang kurangnya ada SIL dan BIL juga. Tapi mereka tu pun selalu busy.macam mana kalau time emergency mereka tak dapat di hubungi?? Kalau mom ikut pindah ke sana, kena uruskan semula perpindahan sekolah. Dan kena survey lagi sekolah dekat sana. Hubby cakap di sana kontrak 3 tahun. Then after that mau punggah balik sini lagi semua??.. Atau pun balik sabah tempat my mom dulu??

???

Ps- dilemma( betulka ejaan nya ni?)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 28, 2012

Pregnancy & the boys.

Hello semua ..

Mentang mentang preggy lagi cerita pun pasal preggy saja kan. Hehehe .. Untuk kongsi kongsi dengan kawan kawan blogger yang lain.Mom ni pun biarpun preggy kali yang ke-4 tapi mom masih juga tercari cari info info dan pengalaman ibu ibu yang lain dalam majalah dan semestinya di blog blog. Yalah setiap kandungan berbeza pengalamannya. Bagi mom sendiri pun pengalaman mengandung memang berbeza beza.. yang pertama songsang , yang ke-2 memang best boleh buat aktiviti seperti biasa sampai la time bersalin malah syukur sangat bersalin pun senang. Yang ke-3 mom alami keguguran time usia kandungan 3 bulan dan yang ke-4 ni pulak mom teruk juga dengan penangan pening muntah dan alahan bau masakan. ini still menghitung hari supaya 1st trimester ni cepat cepat berakhir. Dugaaaannnn....

 pic from google


Cerita mengenai the boys(dadi,Joel&Ezra) di rumah ni terus terang mereka ni mengharap harap la si baby di dalam ni ialah girl. Hahaha.. Joel selalu tanya mom , "mami baby di dalam perut tu gegirl ka? Abang mau adik gegirl tak mau macam adik ezra lagi sebab adik selalu pukul pukul abang.Nanti kepala mami pun tambah pening lagi". Hahaha .. 

Hubby pun sama juga adalah juga berbisik bisik harap harap kali ni girl. Emm .. Anak ni rezeki Tuhan yang bagi.Bersyukurla apa yang di beri.Kalau dapat boy lagi bolehla jadi 1 team main sepak takraw(begini ka ejaannya ??) kan. (^^)


Ps - Happy Thursday everyone ..

Tuesday, June 26, 2012

Spa milk salt from thai.




Hello fren.Hari ni nak kongsi sikit pasal YOKO produk.Produk ni made in thailand.Beli masa mom balik kampung hari tu. Eh! Kampung mom bukan di Thailand ya.Hehe .. Balik sabah hari tu la.Hairan juga la macam mana boleh sampai jauh ke sabah kan sebab cari cari dekat JB ni macam tak ada pulak. Nasib baik la borong banyak juga la hari tu bawa balik sini. 

Yoko Spa Salt ni berkesan untuk memutih kawasan berlipat macam ketiak dan celah peha. Ada 4 jenis lavender,cucumber,milk dan vanilla.Bila lepas pakai kulit jadi licin dan lembut.Dan yang terpentingnya tu lama lama pakai yang hitam tu jadi cerah sikit. Ini sebenarnya untuk bahagian tertentu saja tapi kalau mom pakai saja la seluruh badan. Ni sudah dekat 2 bulan la mom guna memang nampak kesannya.Kalau rajin lagi pakai harap semua kesan gelap tu boleh hilangkan. Menurut my mom ( my mom yang syorkan ni) mesti rajin guna kalau nak dapatkan kesannya.Tiap kali mandi sebelum pakai sabun gosok dulu spa salt ni. Memang ada rasa pedih pedih sikit.Apalagi kalau ada luka di badan tu. 

Jadi kalau ada yang mempunyai masalah celah lengan dan peha yang hitam (mom rasa rata rata perempuan ada ni problem..betulka?) boleh la cari cari ni di kedai. 


ps - last week of my 1st trimester.. (^^)

Thursday, June 21, 2012

Pregnancy.

Hello friends.Its been more than a month. Since coming back from sabah last month sampai sekarang.Banyak cerita balik kampung hari tu but since sudah basi macam tak ada mood sudah mau di story. (Haha..alasan )

Di pendek kan cerita sejak balik dari sabah pertengahan bulan lepas kesihatan terus jatuh. Pening kepala malah muntah muntah. the first week lepas kembali di JB mom ingat maybe keletihan sebab perjalanan kami time balik kampung hari tu memang kelam kabut.Apalagi kalau bukan sebab tiket Airasia yang problem (thats was my fault) menyebabkan flight tiket dari Tawau ke Kota kinabalu burn dan kami terpaksa naik bas 8 jam dari tawau pergi kk. kalau mau beli tiket baru kena bayar lebih kurang rm800 lagi huh.. so better naik bas la.
Mau melencong sudah dari tajuk,ok kembali cerita tajuk tu.Sudah habis seminggu eh! masih juga pening kepala.Tengok calender pun sudah lewat 2 weeks la pergi la beli tester and suprise!! Yes the result is 2 red line.

Sekarang ni mom memang tengah melalui kesan kesan pregnancy yang wow!! teruk ... sob sob. Bukan setakat morning sickness tapi every minute sickness. Badan rasa letih,makan tak lalu. Makan sikit tak lama muntah lagi. Tak boleh hidu bau masakan yang kuat. Kesian my boys di rumah ni. Temper pun asyik naik saja. Tengok tv, mau baca buku pun kepala jadi pening . Macam mana la ni!!! Sabar Sabar.Dugaan mengandung. Biar pun ini yang ke 4 kali mengandung tapi this time memang teruk. Jadi banyak juga la yang cakap ooo maybe yang ni girl sebab lain dari yang lain. Tak apa la girl or boy asal sihat. (^^)

Hari selasa yang lalu pergi klinik , dah di sahkan pregnant 10 weeks dan duenya 14.1.13. Bila scan syukurla baby sihat. Sudah ada degupan jantung , kepala ,kaki dan tangan dan terbentuk.
Ok la thats all my story untuk today. Pening dah start mari . (^^)..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails