Monday, April 30, 2012

Duiii ..ndak sabar sudah aku.

Yes.. seperti title untuk hari ini .. duii ndak sabar sudah aku.. yang membawa maksud akan balik ke kampung halaman di Tawau sabah seminggu lagi.Yeaa.. Rindunya pada mom,dad dan semua family. rindu juga pada sungai dan buah buahan di sana.Biarpun bukan musim buah tapi nampak pokok pun ok la tu. Kecuali pokok kelapa la yang memang ada la buahnya tu sepanjang tahun.Hehehe.

Dalam kepala ni memang sudah set sudah aktiviti yang akan di buat nanti.
1. Memancing ikan.
2.Cari sayur-sayur kampung untuk di makan ,roun tundok( daun ubi),lembiding -emm yang ni bahasa melayu mom pun tak tau apa.. :) dan cari tuhau di tamu. bestnya.
3.Pergi kebun. Heh! Tanak kampung ba ini mesti la rindu pergi kebun.

Itu 3 perkara penting Harus buat bila balik kampung. Tujuan balik kampung kali ni sebab my one and only sister kawen.Walaupun jauh beribu batu,walaupun tak banyak wang tapi kakak tetap pulang ni untuk saksikan .
:)

Ps- Besok cuti. Selamat Hari Pekerja semua!

Sunday, April 29, 2012

The Avenger ..

 MOm memang bukan la kaki wayang tapi En.boss (husband) memang kaki wayang. Mom ialah jenis manusia yang suka terperuk di dalam rumah , walau pun bosan tapi lebih baik duduk di rumah dengan suasana aman daripada  di luar yang heboh di tambah dengan kehebohan anak-anak yang perlukan mom terkejar kejar anak yang memang tidak reti apa itu perkataan "duduk diam diam" . Atau pun mom terpaksa marah marah manja dengan suara yang paling perlahan sebab takut malu nanti orang sekeliling cakap garang macam singa. Padahal kalau dekat rumah boleh teriak sampai setaman pun dengar . Hahaha ...

Berbalik kepada cerita wayang The avenger. memang best. Dari start wayang tu sampai habis memang penuh dengan action so memang tak bosan. Di Selitkan pula dengan dialog lucu ..hehe memang tak bosan. Cerita ni kisah pasal beberapa american hero yang bergabung tenaga untuk selamatkan dunia daripada pendatang dari galaksi lain. Hero hero tu iron man (color merah) , Captain america ( eh ..ye ke ..yang color biru) ,Hulk dan emm Thor hero dengan tukul yang ada lightning .Alahai mom pun tak tau nama hero tu apa. Kalau anak anak lelaki mesti suka bila tengok cerita  ni. 5 star lah kalau bagi mom.Sebab berjaya buat mata mom tidak berganjak dari skrin kerana hakikatnya mom ni memang malas tengok movie movie ni.  last time tengok wayang Mirror Mirror macam mau tidur or maybe sebab en.bos ambil seat depan sekali yang bila mau tengok adui sakit leher . 2 jam tu macam penyeksaan pulak rasanya.haha ..

Time tunggu en.boss beli tiket mom ada la ternampak COMING SOON punya movie. Mula mula tengok poster macam kat bawah ni , mom nampak robot robot tu je. Eh! transformer movie lagik.Dalam hati mom.Tapi bila 2 kali tengok eh eh Tomok .. Rupa-rupanya industri perfileman tempatan yang buat.Wah!! Tahniah tahniah ..dah semakin maju nampaknya industri kita kan. Ni semua orang dah tau kah? Mom mungkin ketinggalan kereta api lagi . Tayangan bermula MAY 17 ni. Memang nak tengok juga hasil kerja tangan orang kita kan .Nampak dari poster tu macam WOW!! saja kan...


PS - all picture credit tu mR.Google



Friday, April 27, 2012

Hadiah untuk diri.

Sepanjang bernafas , semalam first time mom berkunjung ke beauty salon. Full Body Massage + Sauna. Ketinggalan zaman betul la kan. Mom ni sebenarnya tak suka massage. Orang kata best la apa la tapi bagi mom alahai sakit. Mom juga akui mom lahirkan 2 orang anak pun tak ada langsung berpantang dan berurut. Family dan kawan-kawan memang banyak la yang bunyi-bunyi " sekarang ko tak la rasa masih muda ko rasala penangan sakit sana sini bila usia semakin meningkat". Mom ni pula memang keras kepala.. Tapi sekarang ni dalam usia 30an mom dah ada rasa penangan sakit tu. So bagi yang muda-muda tu kalau orang tua tua cakap sila la ambil perhatian supaya tak menyesal macam mom ni di kemudian hari k.

Jadi semalam dengan perasaan insaf (boleh ke lagi di rawat ni ... ka dah terlambat)mom pun ikut SIL ke beauty salon tu.Full Body massage.Bagi mom yang first timer ni, rasa nak keluar air mata pun ada. Mom massage tu lepas masuk sauna 15 minit. lepas tu massage pakai minyak campuran serai..memang rasa panas .
Lepas 1 jam rawatan tu rasa ringan badan, macam nak tertidur dekat situ pun ada.Malam tadi memang tidur lena. Bangun pagi ni bahu dan leher tu rasa sakit la pulak..tapi staff dekat Bella salon tu memang dah bagi warning untuk first time urut memang macam tu.

Sempena opening salon ni sekarang tengah promosi Rm69 only untuk 5 jenis rawatan percubaan. Full Body Massage ,Body scrub , Foot Sauna , Sauna(bertungku) dan Hot Blanket. Hehehe.. Bestkan. Jadi yang tinggal area area JB tu boleh la ambil peluang ni untuk rehatkan diri seketika. Anggapla hadiah untuk diri sendiri selepas berpenat lelah mengurus keluarga.

Ps- Love Yourself ..macam iklan Loreal tu cakap because you worth it.

Saturday, April 21, 2012

Dashboard Blogger berwajah baru.

Rasanya mom ni yang ketinggalan kereta api agaknya sebab jarang-jarang buka blog ni kan. Tapi hari ni bila mom buka blogger akaun ni oit! dashboard blogger ni dah berwajah baru. Dan bagi mom yang baru bertatih dalam tulis menulis dalam hal hal komputer ni mula la .. aik! macam mana nak masuk panel design? macam mana nak tulis entry baru ni. Hahaha .. Baru nak master sket hal tulis tulis blog ni kan tiba tiba dah dashboard baru pulak. .. tapi bila dah start buka sana sini rasanya dashboard yang baru ni lagi best. lebih teratur dan kemas.


Thursday, April 5, 2012

Sudah berubah..

Mom sudah lama tak blogwalking dekat blog blog yang ada dalam list mom. Hmmm rasanya blog blog dah banyak yang tak aktif. Dan ada juga yang dah di privatekan. Macam mom juga agaknya yang sudah suam suam kuku dalam berblogging ni.

Masa mula-mula mom kenal dunia blog ni semua blogger rata rata bercerita pasal nuffnang dan giveaway pun banyak masa tu. Sekarang ni dah tak ada.Rasa rindu pula dengan keadaan masa tu. Walaupun tak menang bila menyertai giveaway tapi time tu memang dapat menambah ramai kenalan baru terutamanya ibu ibu.

Hmm.. Terasa sunyi pulak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails