Tuesday, January 31, 2012

Makanan seorang isteri.

1.Bila anak nampak tak sihat/kurus.

Eh! Tengok tu kurusnya anak ,lepas tu selalu sakit.memang isteri dia tak pandai jaga anak la.ntah apala dia buat dekat rumah. Kalau yang bekerja pulak akan ada tambahan kata kata seperti pentingkan duit saja sampai anak terabai.


2. Bila isteri gemuk.

Ishh..tengokla tu mesti tidur saja dekat rumah,lepas tu bantai makan.


3. Bila isteri slim/cantik.

Dah beranak pun masih teringin bergaya macam anak dara.sedarla diri tu ada suami dan anak.


4. Bila suami gemuk/serabai.

Tengok la suami dia gemuk jagala sikit makan minum dia tu.kurangkan lemak..


5. Bila anak masih tak pandai ABC pada usia 5 tahun atau masih pakai pampers pada usia 2 tahun.

Mak dia ni tak ajar ke?...


6. Bila tak ada duit.

Wife dia tu tak pandai urus duit. Boros.


Huh! Penat bila memikirkan semua tu kan. Tapi semua umpatan begitu macam dah jadi makanan untuk para isteri.ada sesiapa yang tak pernah melaluinya ke ?(^^)


Published with Blogger-droid v2.0.4

cara dapat duit dengan mudah!!

Agak agak dalam dunia ni betul tak ada cara mudah untuk dapat duit? Macam orang MLM selalu cakap labur rm10 atau rm20 boleh dapat untung ribu ribu tanpa jual barang,tanpa perlu bercakap dengan orang.. Best kalau senang macam tu kan.semua orang tak perlu susah nak berkerja berhempas pulas dari pagi sampai ke malam. Dulu time sekolah pernah mom terbaca 1 cerita daripada buku Chicken soup. Buku ni buku koleksi cerita cerita benar yang di alami oleh orang. Ada 1 cerita tu mengenai seorang ibu yang mempunyai seorang anak yang sedang sakit.kos rawatan perlu duit 20 ribu dan seorang lagi anak pulak perlu duit untuk lanjutkan pelajaran. Si ibu ni tak tau lagi nak buat macam mana,dia cuma mampu berdoa. Di pendekkan cerita beberapa hari kemudian ada seorang rakan memberikan si ibu sampul surat berisi wang malah bila melihat akaun banknya pun ada wang .. Kalau ada miracle sebegini dalam hidup ni..


Ps- sometime life is so difficult..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, January 30, 2012

5 tahun berlalu..

Happy monday everyone.. Bagi yang berkerja monday selalu di labelkan hari malas,masih terbawa bawa kenikmatan cuti hujung minggula kan.bagi kami si suri rumah tak ada beza pun,semua hari pun macam rasa  sama saja. Hari ni 30hb january 2012. Genap usia 5 tahun untuk anak sulung mom. Memang masa cepat berlalu kan.tup tup dah 2012.. Dah besar anak anak dan eh! Semakin meningkat juga usia si penulis ini. (^^).. Mom harap supaya joel membesar dengan sihat,cergas dan hormat pada orang tua.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, January 18, 2012

Hello!hello! ada orang tak?

Lama betul tak menulis apa apa dekat sini. Ada juga login ke sini untuk baca update kawan kawan. Cerita dari blog kawan kawan la yang jadi peneman dan sumber inspirasi buat daku yang kini bergelar full time housewife ni. Cewahhh... Sememangnya jadik housewife ni bukan senang.rasanya lebih memenatkan daripada mom berkerja. Bukan "rasanya" tapi memang satu kenyataan la. Biarpun penat melayan karenah anak anak dan kadang naik angin dengan kerja rumah yang tak bole habis..( bila mom kemas kat ruang tamu,anak sepah dekat bilik..,makanan sepah dekat lantai) tapi mom rasa bebanan kepala mom ni ringan.tak ada lagi fikir macam mana anak di jaga pengasuh,balik kerja tak ada kelam kabut nak tengok homework .. Hmmm semuanya untuk anak anak. Panjang pulak ceritanya.sebenarnya entry ni tadi hanya nak testing application blogger-droid saja. Hehe orang dah sampai bulan mom baru belajar guna ni sekarang.


Published with Blogger-droid v2.0.3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails