Thursday, October 18, 2012

Takdir itu milik aku.

Hi .. Hi..

Novel takdir itu milik aku written by siti rosmizah terbitan sr publication (1057 pages).. Habis juga mom baca dalam 3 hari. Hehehe.. Lambat juga kalau peminat novel mesti sehari habis ni. Pinjam dari my SIL. Whoa.. Hari tu pergi rumah dia tengok macam boleh buat mini library sudah. Penuh 2 tingkat buku novel daripada 3 tingkat almari 9 petak. Almari besar tu. Peminat novel la kan tidak hairan la.

Mom pinjam 1 saja tu pun bertanya juga dalam hati " habiska ni.. Novel cinta lagi" .. Kalau novel cerita seram  R.L Stine atau christopher pike bolehla. Hehe.. Tapikan rupanya tersentuh juga ni hati dengan ceritanya. Ada la juga 2 kali bergenang tu air mata. Hahaha.. Ceritanya mengenai seorang gadis yatim piatu dan miskin bernama dian zara. Sudah yatim piatu , miskin jadi mangsa pulak dengan lelaki bernama zarif. Kawin dengan dia semata mata mau zuriat saja. Zuriat tu biasala supaya harta kekayaan boleh  di wariskan nanti oleh  neneknya. Tapi mana tau zuriat yang di kandung pulak cacat. Sebab malu ada anak cacat si zarif dan maknya berusaha mau bunuh anak dalam kandungan. Dan bila mereka tu sudah berjaya , balasan pun datang. Accident la zarif dan maknya. Lepas tu barula mau insaf. Cerita lepas tu pasal macam mana zarif mau memenangi semula hati isterinya tu. Banyak la dugaan dorang.. Tapi yang buat mom bosan sikit babak babak kemesraan suami isteri tu macam di ulang ulang tulis.

Hmmm harga novel rm33.90.

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 comments:

Roz said...

hobi sy di zaman remaja tapi skrg ni dah xsempat nk baca novel...

Just said...

sy layan jg novel cinta cintun ni anne tp sy jarang membeli la. dulu ada cita2 mau ada mini library utk simpan semua novel + magazine tp last2 rak 9 petak kena taruh mainan anak2. hahahah..

Just said...
This comment has been removed by the author.
Anne said...

Roz- iya roz selalu tak ada masa. Tapi sekarang ni time pregnant ni susah sangat nak tidur. Tu yang baca buku.

Just- ohh ko pun peminat juga just.macam my SIL la tu. Banyaak oo collection dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails