Wednesday, October 17, 2012

Selepas kes " BABYFACE"

Morning all happy wednesday!

Entry ni sambungan cerita dalam entry skinnn confession. (* *_)

Kesan daripada pemakaian produk babyface tu memang menyedihkan. Ada dalam 2 minggu lebih sikit saja la kulit jadi halus lepas tu jadi gelap sudah. Di ikuti dengan jerawat batu yang banyak terutama di bahagian pipi. Start dari kejadian tu mom tiada lagi obses pasal jaga muka. Just do the basic saja la. Cuci muka dan pakai total effect. Lepas kawin lagi la tinggal pakai pencuci muka saja.. Sampai satu masa my hubby ada la tegur juga " macam teruk ba sudah tu jerawat di muka mami bah".. Ngrrrr macam ketidak puasaan yang lama di simpan saja tu. Hahaha.. Tapi ya jugala kan. Macam dalam gambar di atas tu la. Ada jeragat lagi jerawat lagi yang merah itu bukan blusher ya.. My skin memang begitu la mungkin sensitif dan sebab tiada pakai apa apa sunscreen kan. Ini pandangan kiri kalau pipi kanan lagi.. Huhh.. Gambar ni mom ambil bulan ogos yang lalu. Sengaja ambil dan simpan sebab mau tengok kesan bila pakai produk.
Mom cuba pakai safi rania gold. Ramuannya ada amino peptida dan nano 24k gold yang boleh bantu penghasilan kolagen. Masa mom beli tu ada promosi di guardian, cleanser,serum dan day cream SPF20 tidak sampai rm40 pun. Jadi cuba cubala  mana tau dapat jadi kulit cantik macam rozita che wan. Kahkahkah...
Gambar yang ke 2 tu mom baru ambil beberapa hari lepas. Means 2 month after la. Macam mana kamu rasa ada perubahan ka sikit itu parut parut jerawat? Mom rasa ada la improvement sikit kan. Yang jeragat tu masih ada la, tapi yang parut jerawat macam makin nipis dan kemerahan tu memang tiada sudah la. Mom ada beli krim malam safi rania gold ni pula beberapa hari lepas.. Harap semakin banyak improvement nanti.
Hubby will be back next week ada cuti hari raya haji kan. Sudah hampir sebulan tidak balik. Jadi boleh la tanya ada perubahan kah. (^^)..

Ok la..itu saja. Thanks for reading ya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

3 comments:

Lizzie Yasmin said...

Ada lagi ke orang pakai baby face? Tak bagus baby face tue. Rosak kulit jer.

Just said...

ada la perubahan positif dia anne. means ngam laitu produk sama ko. ba terus kan pakai.. misti makin ok tu.. :)

Anne said...

Lizzie- sekarang dah tak ada baby face tu. Dah hampir 10 tahun pun mom pakai tu. Produk tu pun tak lama di pasaran. Ada hidrokuinon .dah di haramkan.

Just- iya just. Nampak perubahan sikit kan. Produk yang biasa biasa saja kalau ngam di kulit pun ok juga.cuma mau sabar la,lambat sikit kesannya kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails