Saturday, September 29, 2012

my little ezra milestone.

Hello..

Sudah lama tidak cerita pasal my little monster ni. Hehe.. Selalu cerita pasal si abang joel saja kan. Kalau lain hari si ezra baca ni blog ( kalau masih wujud ni blog time tu,sebab mom ada kebiasaan pelik. Hah! Apa tu? Lain hari di cerita) mesti si ezra fikir balik balik cerita abang,aku tiada kah?

Hari ni awal si ezra tidur,jam 8 tadi sudah tidur. Kepenatan la tu bermain tiada tidur satu hari. Mom pun pening kepala melayan karenah nya. Sudah masuk 3 tahun 1 bulan tapi belum lagi di faham bahasanya. Cousinnya yang lain yang muda setahun sudah tinggalkan si ezra ni kalau dalam percakapan. Bahasanya ni mom sama si abang saja yang faham. Risau juga mom. Apalagi bila mom tadi ada terbaca dalam majalah RAPI mengenai seorang anak yang tumbuh besarnya normal, cuma dia lambat bercakap.bila ibunya check di hospital rupanya anaknya ada menghidap autisme.

Apa tu autisme? Mom pun tidak pasti. Cuma yang mom faham dari bacaan majalah tu anak kurang tumpuan dan lambat bercakap. Lambat pick up dan harus  di latih berulang ulang dan ambil masa untuk buat sesuatu perkara. Tapi si ezra ni cepat tangkap juga.cuma itulah kalau bercakap masih tidak lancar.masih tidak boleh sambung perkataan.

Perkembangan lain si ezra.. (^^) sangat manja. Tidur mesti dipeluk. Masih hisap puting bohong.( pacifier).. Tapi time mau tidur sajala. Ok la tu daripada si abang yang hisap ibu jari tangan dengan tuala busuk yang sudah koyak. Lagi tabiat si ezra yang suka pegang pegang perut mom time mau tidur. Hahaha... Nanti sudah ada si baby macam mana la tu.
Sangat excited mau pergi sekolah dengan abangnya. Sebenarnya kalau ikut macam si abang next year boleh hantar sudah. Masih dalam planning lagi.
Ezra tidak seaktif Joel. Kalau abangnya tiada di rumah dia memang duduk diam depan  tv. Atau pun main permainan sendiri. Kadang mom pula yang setiap 5 minit intai dia sebab terlampau senyap takut apa hal pulak. Kalau ada si abang memang kedengaran saja dia teriak atau nangis sebab dia tidak suka terlalu di kacau. Hmm.. Senyum senyum sendiri bila ingat telatah dua budak ni.

Huaaaaa...nah menguap sudah! Haha.. Itu sajala catatan milestone si ezra masa ni.
Semoga membesar sihat dan jadi anak dan orang berguna.

Published with Blogger-droid v2.0.9

3 comments:

Just said...

my rayyan pun lmbt beckp ba anne. 3thn msh lg blm brp beckp. itu yg sia hntr dia masuk kindie this yr sbb this yr dia 4yo. skrg ok sdh dia becerita. at least jadi la jg ayat. heheheh... sia pula c rayyan yg jenis senyap. kalau dia saturang and mmg time dia kwai, mmg dia main sendiri, tgk tv sendiri. tp my girl active betul. lari2 sana sini. panjat sana sini. habis tu cabinet dia bongkar. my girl mau dkt 2yo ada sdh hjg2 perkataan yg dia buli sebut. skrg dia 2yo 3mths.

Anne said...

Oo..rayyan pun lambatka just. Risau juga saya sebab yang cousin nya semua 2 tahun lebih memang sudah pandai cakap. Tambah lagi ada jak yang cakap cakap suruh bawa dia jumpa specialistla. Tambah lagi risau saya.

Just said...

Anne, selagi dia ada respon time ko panggil atau bagi instruction, should be ok tu. cuma lambat. jgn ja dia teda respon. kalau mcm tu, ko kena bw specialist la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails