Friday, August 3, 2012

Apa Yang Berlaku Selepas Bersalin??#3

Hello semua .. August is here .(^^)

Tinggal 4 bulan lagi kita melangkah tahun baru 2013 kan.Wah!! Cepatnya masa berlalu..sob sob .. Checklist untuk tahun 2012 ni macam belum ada pun yang tercapai. (- - )

Bosan pulak dengan tajuk post ni.Tapi mom  belum habis tuliskan semua journey bersalin . Mesti juga di catatkan sebagai peringatan sendiri dan mungkin kawan-kawan yang lain.
Siapa ada pengalaman  dengan baby yang dijangkiti sakit kuning masa lahir?? Anak mom dua dua kena sakit kuning masa lahir. Beberapa hari lepas balik rumah masuk balik wad.Anak 1st kena 3 hari 2 malam dan anak ke-2 pulak kena 2 hari 1 malam di wad. Tanda tanda sakit kuning ni , badan baby dan mata tu nampak kuning.Kalau mom tak salah fakta sakit kuning ni berkaitan dengan fungsi hati baby..Emm mau tau lagi lanjut sila google google atau tanya pegawai kesihatan time check up ya. Sebab sakit kuning ni pun boleh sebabkan kematian juga kalau lambat dapatkan rawatan.

Mom rasa ini la permulaan cabaran sebagai ibu lepas bersalin.Sudah lah badan sana sini sakit,keletihan belum lagi habis kena bermalam lagi di wad menjaga baby yang sakit kan. Lagi lagi sakit hati nampak baby yang tiap hari kena ambil darah dekat tumit , lepas tu baby pulak kena bogelkan letak bawa lampu biru untuk rawatkan sakit kuning tu.Nasib baik la anak anak mom tidak terlalu tinggi sakit kuning jadi masih di benarkan pakai diaper kan. Kalau tidak hmm.. ada yang baby tu tidur bersama dengan poo poo dan kencing. Ada yang mengiggil kesejukan. Sebut pasal sejuk ni mom ada 1 pengalaman, masa jaga baby no.2 di wad. Lepas susukan ezra dan letakkan dia kembali di bawah lampu biru,mom round roundla tengok tengok baby dekat wad tu. Ada 1 baby tu mom nampak gerak gerak mom pergi la tengok kan.. Rupanya baby tu nangis tapi tak ada suara,bayangkan la tu menangis sampai tak ada suara kesian sangat kan.. Lepas tu mom tengok la kaki dia,sudah biru kesejukan ,tengok baby macam tu siapala yang tidak kesian kan.Mom tengok ibu baby tu pun tidak ada dekat situ jadi mom gosok gosokla kaki dan tangan baby tu kan ..lepas tu tiba tiba ada la satu nurse datang terus marah " eh ini anak awak ke , anak awak dekat sana kan buat apa dekat sini , tak payah peduli anak orang lain,biar mak dia yang uruskan" . "Tapi nurse baby ni sejuk la".. " Tak payah nak pandai pandai suhu dekat sini suhu bilik saja tak ada sejuk pun".  Adei .. Boleh pulak begini kan. Lepas tu tidak lama mom nampak ibu baby tu datang. Mom tengok dia pun tengok saja baby dia nangis, mesti dia pun tidak tau mau buat apa kan. Lepas tu mom yang memang tidak puas hati sebab kesian tengok baby, biarla orang cakap mom penyibuk.Mom bagitau la dia baby dia sejuk , boleh gosok gosok kaki dan tangan dia supaya hangat sikit. Nurse tu tengok tengok saja. Pedulik la dia kan.Bukan la kita pandai sangat tapi Salah ka kalau mau membantu kan.Eh! Emo pulak.. Hehehe

Biarpun mom sudah ada anak 2 tapi untuk sakit kuning ni mom masih lagi tidak tau cara untuk mencegahnya. Mom ada juga tanya doktor , doktor pun cakap sakit kuning ni normal la ada pada baby yang baru lahir. Emm .. kalau mesti ada pun mom mau juga tau mungkin ada cara tertentu untuk kurangkan sakit kuning tu. Kurang la sampai tidak perlu masuk wad tengok baby kena cucuk dan tidur bawa lampu biru tu kan.
Kongsi kongsi la petua yang ada ya..

Ps- Sharing is Caring .. (^^)




3 comments:

Just said...

both anak2 sia ada kuning tp nda tinggi. c rayyan smpt kena kasi lampu biru tu tp diaper msh pakai. C ryanna pun kuning sikit ja. Ada kena ambil darah 1x. tp both teda kena tahan. stiap pagi, my mom kasi kena cahaya matahari sama dorang dlm 10-15 minit mcm tu.

MaszLaVista said...

anak saya kena demam kuning paling tinggi di hospital Ampang dulu. 485/500 tahap bacaan dia. Saya guna petua mutiara yang kecik2 macam biji sagu tu (beli kt kedai ubat cina) hancurkan dan campur dengan susu baby. Try laa!

Anne said...

Just- iya Just saya pun ada juga kasi matahari tapi tu doktor bilang sekarang punya cuaca tidak bagus macam zaman kita dulu..

Maszlavista - thanks ya.nanti kita try.Tapi kita try tanya dekat kedai ubat cina.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails