Sunday, August 26, 2012

A prince and a princess ..

Hello ..

Wah meriahnya Raya .. (^^) Panjang bercuti naik kerja mesti ada rasa malas kan. Bagi suri rumah tangga sepenuh masa macam mom pulak , budak budak besok sudah start sekolah rumah pun pasti akan sepi. Tidak pun terasa cuti sebab rutin harian tetap sama malah bertambah kalau budak budak cuti sekolah.

Sepanjang cuti raya ni biarpun bukan mom yang beraya tapi terasa juga seronok dan meriah. Apalagi cuti raya ni dua orang kawan mom bersalin. 16.08.2012 dan 22.08.2012. Yang 16.08.12 tu mami Asun dapat baby girl selepas 7 years penantian . Tahniah!!! Selepas kelahiran anak sulung (boy) 7 tahun yang lepas mami Asun ni ada alami ketidaktentuan haid.Ada tu dalam setahun 2 kali saja haidnya datang.Bermacam cara di cuba tapi tak ada hasil. Tahun lepas mereka suami isteri buat keputusan ambil anak angkat. Anak saudara mereka jugalah. Mungkin rezeki anak angkat , masa umur anak angkat tu 6 bulan mami Asun di sahkan hamil pulak. Gembiranya kan.Dapat baby girl pulak tu.Meriah rumah mami Asun.

Mami Vic pulak selamat lahirkan baby boy nya yang ke-2 22.08.12 yang lalu.Mami Vic pulak tunggu 6 tahun untuk dapatkan cahaya mata ke duanya ni. Beliau bertarung dengan penyakit SLE sebelum ni.Memandangkan terlalu banyak ubat ubatan yang di ambil doktor cakap maybe sudah tak boleh mengandung. Mom pun tak berapa tau apa SLE sebenarnya. Mom tau time mami Vic sakit tisu peha tu bernanah.Banyak kali juga operate untuk buang nanah. Masa mami Vic pregnant doktor takut juga ada kesan pada baby memandangkan mami vic masih ambil ubat ubatan untuk sakitnya tapi syukurlah lepas 3 hari pemeriksaan rapi di buat ke atas baby, ternyata si baby sihat . (^^)

Mom teruja betul time melawat baby baby baru ni. Macam tidak sabar pulak rasanya tunggu turn mom. Hehehe ..

Masa melawat mami Asun , mertua mami Asun cakap dengan mom baby dalam perut ni boy. Dia cakap sebab bentuk perut mom yang bulat dan menonjol ke hadapan. Emm .. Betulka ?? Biasa orang tua tua ni pandai tengok jantina baby melalui bentuk perut. Alaa.. Tidak apa la kan. Mana mana saja boy or girl... (^^)

pic frm google



Ps- Bestnya baca baca cerita Raya kawan kawan blogger. .

2 comments:

Just said...

Mmg begitu kan besa nya.. after sdh ambil anak angkat baru ada rezeki pregnant.. lupa sdh mcmana tgk perut org pregnant ni. kalau nda silap kalau muncung ke dpn, girl.. kalau bulat, boy.. :)

Anne said...

hah iyaka just..aku punya muncung ke depan juga ..hahaha ada harapan laitu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails