Monday, July 30, 2012

Apa yang berlaku selepas bersalin??#2

Hello semua..

Jom sambung cerita lepas bersalin..hehe. Masa dalam wad selepas bersalin memang macam macam karenah ibu yang kita nampak. Mom tengok ada yang peluk cium baby tak lepas lepas ada juga yang tertidur keletihan sampai nurse siap bangunkan supaya susukan anak. Hehe.. Ada 1 pengalaman ni mom tak boleh lupa,kisah ni masa mom bersalin anak ke2 . Masa tu mom dah nak keluar wad.kalau baby dah poo poo dan kencing maksudnya kita dah bole balik rumah.yeah.. Tapi ada 1 pemeriksaan lagi.. Periksa jahitan dan kebarangkalian ada darah beku ke masih tertinggal dekat dalam.
Masa tu nurse panggil 3 org,seorang akak,seorang indian girl dan mom. Giliran mom paling last. Mula mula akak tu masuk, tak ada apa pun yang berlaku,sunyi senyap kejap je akak tu dah keluar. Lepas tu turn indian girl tu pulak.mom rasa dia muda lagi.awal 20an dan mesti pengalaman pertama.yang dah ada pengalaman mesti korang tahu kan macam mana pemeriksaan tu. Doktor akan check jahitan dan seluk dalam untuk keluarkan sisa darah beku. Masa tu mom dengar la perempuan tu start meraung raung takut dan cakap " boleh tak kalau tak perlu buat,u tau i baru kena jahit tak kan nak seluk lagi".. Mom dengar la nurse tu pujuk tapi tak berjaya. Pastu nurse lagi seorang tu keluar panggil mom masuk. So mom nampak la dengan lagi jelas apa yang berlaku. Ada dua orang nurse tengah pegang perempuan tu.. Bila doktor tu hulur tangan nak pegang kaki dia, terus dia tendang kena muka doktor tu. Senget benget cermin mata doktor tu. Hehe... Pastu respek juga dekat doktor tu.. Masih tersenyum dan lembut cakap takpe la ,next turn la..u tengok ya mesti tak ada apa apa punya.. Pastu turn mom la pulak.. As the doctor said tak ada la sakit.sakit sikit saja la. Jangan takut. Tak sampai seminit pun pemeriksaan tu. Pastu mom blah la cepat cepat,masa tu ingat nak keluar wad dan balik rumah saja. Entah macam mana agaknya doktor and nurse tu handle dia...

Ps- Mom is 4 month pregnant now dan masih loya dan muntah macam 1st trimester lagi.haduhh...

Published with Blogger-droid v2.0.6

6 comments:

fathiah said...

siyes takot .... aish

Anne said...

Kadang kalau dengar orang meraung raung macam tu kita yang tak takut pun jadi takut dan berdebar debar kan ... hehehe ... hmm mom kena lalui lagi pengalaman ni semua nanti.Doa la semua berjalan dengan baik dan lancar.

Ardini Humaira said...

waaa kalo dni pun gerun. huk3... dni dah 8bulan.. tunggu masa nak bersalin je ni sobsss

Anne said...

hi dni.. eh jangan la takut pulak. hmmm ni la pengorbanan kita sebagai isteri dan ibu kan. (^^)

Just said...

Aduii.. Kesian tu doc. Tp sini kl kan teda pula kena cek kesan jahitan sblm blk.

Anne said...

eh! iyaka?? ndak tau la di sini Hospital ni..2 kali bersalin,2 kali juga kena itu check up. Mungkin lain sikit prosedur kalau lain hospital kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails