Tuesday, July 24, 2012

Anak Peneroka.

Hello semua ..

Firstly Selamat berpuasa kepada kawan kawan yang beragama islam.
Entah kenapa ya kalau sebut atau dengar saja perkataan peneroka mesti teringat subjek Geografi. ???
Hehehe .Alkisah cerita anak peneroka, 3 days ago masa apply krim siang Safi Rania Gold mom terhidu la bau krim ni. Ish!! macam familiar saja bau krim ni .. di mana ya ?? Oooo bau getah kayu kayu hutan yang di potong. Lepas tu mom pun segera terbang ke tahun 80 dan 90an. Zaman kanak kanak dan remaja mom. Cepat juga fikiran ni melayang memikirkan penat bercampur seronok menjadi anak peneroka. Mungkin kalau anak peneroka sekarang ni duduk di rumah belajar , belajar dan belajar. Betulka ? Istilah anak peneroka ialah anak anak pekebun kelapa sawit atau getah.

Tapi bagi mom istilah anak peneroka tu ialah tidur bawah pokok, pegang parang,kena gigit semut dan nyamuk, berpanas di bawah matahari ..



pic-google image

Sebelum satu kawasan tu di tanam dengan tanaman seperti kelapa sawit,koko dan getah kena bersihkan dulu kawasan. Kawasan tu pulak bukan la cuma ada lalang atau pokok pokok kecil. Semua pokok besar besar yang ditebang bukan dengan parang atau gergaji tapi mesti guna chainsaw. Kayu kayu yang sudah dipotong tu pulak biasanya di jadikan papan untuk buat rumah.
pic chainsaw -google image
pic - google image


Bagi kami anak anak pulak pokok pokok dan rumput rumput macam pic dekat atas tu la yang di tebas menggunakan parang.Kalau anak anak sekarang pegang pisau atau gunting saja pun kita sebagai ibu bapa sudah mau pitam ketakutakan anak terluka kan.Hairan juga zaman dulu siap kena marah lagi kalau malas tidak mau tolong di kebun. Bukan pisau lagi tapi parang panjang yang sudah siap di asah tajam. Pengalaman di gigit penyengat ,semut dan nyamuk perkara biasa.Tiada la di sapu ubat mopiko atau apa hanya minyak cap kucing atau minyak kilat . ( minyak ni kalau di sapu bukan main pedih lagi,tapi cepat sembuh kalah mopiko). Waktu makan pulak biasanya bawa bekal kalau tempat tu jauh dari rumah. Bakar api untuk halau nyamuk lepas tu berkumpul untuk makan.Kalau ada terjumpa pokok ubi boleh juga buat ubi bakar. Kami budak budak ni kalau rasa rasa mengantuk , potong daun daun untuk buat alas tidur di atas tanah. Tidak lupa juga bertanya sama ada daun tu gatal atau tidak.

Penat.Tangan pun lenguh potong kayu kayu tu. Tapi seronok.Pengalaman yang berharga dan bukan semua orang yang merasa. Hehehe ingat pulak masa mom pergi urut dan sauna dulu,tukang urut tu cakap badan mom keras. Memang la kan sebab mom anak peneroka. (^^)
Tahniah kalau anda dapat baca sampai di sini sebab anda memang minat geografi. HAHAHA...


Ps - Demam selesema batuk .. (- - )



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails