Tuesday, July 3, 2012

3 Tips kurangkan rasa pening !!

Hello kawan kawan ..

Hari ni teringin pulak kong sikit tips yang mungkin boleh membantu ibu ibu yang sedang mengalami alahan dalam 1st trimester mengandung.Mungkin ada yang sudah cuba dan mungkin ada yang belum.Mom sekadar mau berkongsi. (^^) 3 tips yang akan mom kongsikan ni memang betul betul membantu mom.

1. Cahaya dan peredaran udara.

pic from google

First thing yang mom buat bila bangun pagi pagi. Ialah buka tingkap dan pintu, biarkan cahaya dan angin sejuk masuk.Emm.. tulis saja pun terbayang bayang angin yang fresh bertiup. (^^) Ini dapat membantu peredaran udara di dalam rumah sentiasa nyaman. Kalau rumah selalu bertutup saja boleh sesak nafas juga di buatnya.

2. Hijau .
 pic from google

Bagi yang macam mom ni yang tinggal di kawasan taman perumahan tengok kiri rumah orang, tengok kanan belakang dan depan semua rumah saja.Susah la nak tengok pokok dan pemandangan hijau kan. Untuk mom memandang kehijauan dapat berikan ketenangan. Jadi mom pun adala survey survey pokok pokok kecil yang boleh letak atas meja dan mana mana yang sesuai di dalam rumah.Minimum saja kuantitinya jangan la pulak dalam rumah jadi hutan.Hahaha. Sejuk mata memandang. Kalau udara sudah nyaman , dalam rumah pun sudah nampak segar tapi barang barang serabut pun tak kena juga. Jadi mom pun simpan semua benda yang tidak di gunakan, macam majalah dan suratkhabar lama di laci almari tv.Meja makan yang banyak benda yang tak sepatutnya ada diatasnya tu pun mom sudah kemas. Barang permainan budak budak ni pun mom keluarkan yang paling mereka gemari saja.Yang lain semua simpan dalam stor. Nampak macam banyak kerja kan.Tapi semua ni mom buat perlahan lahan dalam beberapa hari.Time mom rasa sihat sikit mom akan kemas sikit sikit. (^^)

3. Wangi.
pic from google

Wangi ... wangi bukan bermaksud wangi perfume dan bau yang kuat .Mom sendiri mesti loya kalau terhidu bau yang wangi time ni. Sedangkan perfume bau vanilla dan lavender yang mom sangat suka pun bila mengandung ni langsung mom tidak boleh hidu.Mesti rasa loya. (^^) Tapi bau lemon yang segar memang best. Lepas kemas barang barang dalam peti ais mom potong saja buah lemon ni letak di dalam. Hilang juga bau bau lain yang kurang menyenangkan tu. Untuk tempat tempat lain dalam bilik air dan bilik tidur mom spray saja psttt pstttt pakai pewangi  lemon.

Sudah siap semua ni mom rasa lebih segar setiap hari. Boleh la mom bermain main dengan anak anak. Tak ada la moody saja hari hari. (^^)


Ps- Thanks mom . My mom say " jangan la kau ikut betul perasaan mu tu, sakit lepas tu berbaring saja banyak memang la tambah sakit kepala lagi tu. Cuba kau bergerak sikit " .. (^^)






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails