Tuesday, June 26, 2012

Spa milk salt from thai.




Hello fren.Hari ni nak kongsi sikit pasal YOKO produk.Produk ni made in thailand.Beli masa mom balik kampung hari tu. Eh! Kampung mom bukan di Thailand ya.Hehe .. Balik sabah hari tu la.Hairan juga la macam mana boleh sampai jauh ke sabah kan sebab cari cari dekat JB ni macam tak ada pulak. Nasib baik la borong banyak juga la hari tu bawa balik sini. 

Yoko Spa Salt ni berkesan untuk memutih kawasan berlipat macam ketiak dan celah peha. Ada 4 jenis lavender,cucumber,milk dan vanilla.Bila lepas pakai kulit jadi licin dan lembut.Dan yang terpentingnya tu lama lama pakai yang hitam tu jadi cerah sikit. Ini sebenarnya untuk bahagian tertentu saja tapi kalau mom pakai saja la seluruh badan. Ni sudah dekat 2 bulan la mom guna memang nampak kesannya.Kalau rajin lagi pakai harap semua kesan gelap tu boleh hilangkan. Menurut my mom ( my mom yang syorkan ni) mesti rajin guna kalau nak dapatkan kesannya.Tiap kali mandi sebelum pakai sabun gosok dulu spa salt ni. Memang ada rasa pedih pedih sikit.Apalagi kalau ada luka di badan tu. 

Jadi kalau ada yang mempunyai masalah celah lengan dan peha yang hitam (mom rasa rata rata perempuan ada ni problem..betulka?) boleh la cari cari ni di kedai. 


ps - last week of my 1st trimester.. (^^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails