Thursday, April 5, 2012

Sudah berubah..

Mom sudah lama tak blogwalking dekat blog blog yang ada dalam list mom. Hmmm rasanya blog blog dah banyak yang tak aktif. Dan ada juga yang dah di privatekan. Macam mom juga agaknya yang sudah suam suam kuku dalam berblogging ni.

Masa mula-mula mom kenal dunia blog ni semua blogger rata rata bercerita pasal nuffnang dan giveaway pun banyak masa tu. Sekarang ni dah tak ada.Rasa rindu pula dengan keadaan masa tu. Walaupun tak menang bila menyertai giveaway tapi time tu memang dapat menambah ramai kenalan baru terutamanya ibu ibu.

Hmm.. Terasa sunyi pulak..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails