Friday, April 27, 2012

Hadiah untuk diri.

Sepanjang bernafas , semalam first time mom berkunjung ke beauty salon. Full Body Massage + Sauna. Ketinggalan zaman betul la kan. Mom ni sebenarnya tak suka massage. Orang kata best la apa la tapi bagi mom alahai sakit. Mom juga akui mom lahirkan 2 orang anak pun tak ada langsung berpantang dan berurut. Family dan kawan-kawan memang banyak la yang bunyi-bunyi " sekarang ko tak la rasa masih muda ko rasala penangan sakit sana sini bila usia semakin meningkat". Mom ni pula memang keras kepala.. Tapi sekarang ni dalam usia 30an mom dah ada rasa penangan sakit tu. So bagi yang muda-muda tu kalau orang tua tua cakap sila la ambil perhatian supaya tak menyesal macam mom ni di kemudian hari k.

Jadi semalam dengan perasaan insaf (boleh ke lagi di rawat ni ... ka dah terlambat)mom pun ikut SIL ke beauty salon tu.Full Body massage.Bagi mom yang first timer ni, rasa nak keluar air mata pun ada. Mom massage tu lepas masuk sauna 15 minit. lepas tu massage pakai minyak campuran serai..memang rasa panas .
Lepas 1 jam rawatan tu rasa ringan badan, macam nak tertidur dekat situ pun ada.Malam tadi memang tidur lena. Bangun pagi ni bahu dan leher tu rasa sakit la pulak..tapi staff dekat Bella salon tu memang dah bagi warning untuk first time urut memang macam tu.

Sempena opening salon ni sekarang tengah promosi Rm69 only untuk 5 jenis rawatan percubaan. Full Body Massage ,Body scrub , Foot Sauna , Sauna(bertungku) dan Hot Blanket. Hehehe.. Bestkan. Jadi yang tinggal area area JB tu boleh la ambil peluang ni untuk rehatkan diri seketika. Anggapla hadiah untuk diri sendiri selepas berpenat lelah mengurus keluarga.

Ps- Love Yourself ..macam iklan Loreal tu cakap because you worth it.

2 comments:

Just said...

Sy pun 1st time msk spa last year sbb promo jg. Enjoy jg kan.. :)

Anne said...

iya..best juga.sekali sekala ba kan just.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails