Sunday, April 29, 2012

The Avenger ..

 MOm memang bukan la kaki wayang tapi En.boss (husband) memang kaki wayang. Mom ialah jenis manusia yang suka terperuk di dalam rumah , walau pun bosan tapi lebih baik duduk di rumah dengan suasana aman daripada  di luar yang heboh di tambah dengan kehebohan anak-anak yang perlukan mom terkejar kejar anak yang memang tidak reti apa itu perkataan "duduk diam diam" . Atau pun mom terpaksa marah marah manja dengan suara yang paling perlahan sebab takut malu nanti orang sekeliling cakap garang macam singa. Padahal kalau dekat rumah boleh teriak sampai setaman pun dengar . Hahaha ...

Berbalik kepada cerita wayang The avenger. memang best. Dari start wayang tu sampai habis memang penuh dengan action so memang tak bosan. Di Selitkan pula dengan dialog lucu ..hehe memang tak bosan. Cerita ni kisah pasal beberapa american hero yang bergabung tenaga untuk selamatkan dunia daripada pendatang dari galaksi lain. Hero hero tu iron man (color merah) , Captain america ( eh ..ye ke ..yang color biru) ,Hulk dan emm Thor hero dengan tukul yang ada lightning .Alahai mom pun tak tau nama hero tu apa. Kalau anak anak lelaki mesti suka bila tengok cerita  ni. 5 star lah kalau bagi mom.Sebab berjaya buat mata mom tidak berganjak dari skrin kerana hakikatnya mom ni memang malas tengok movie movie ni.  last time tengok wayang Mirror Mirror macam mau tidur or maybe sebab en.bos ambil seat depan sekali yang bila mau tengok adui sakit leher . 2 jam tu macam penyeksaan pulak rasanya.haha ..

Time tunggu en.boss beli tiket mom ada la ternampak COMING SOON punya movie. Mula mula tengok poster macam kat bawah ni , mom nampak robot robot tu je. Eh! transformer movie lagik.Dalam hati mom.Tapi bila 2 kali tengok eh eh Tomok .. Rupa-rupanya industri perfileman tempatan yang buat.Wah!! Tahniah tahniah ..dah semakin maju nampaknya industri kita kan. Ni semua orang dah tau kah? Mom mungkin ketinggalan kereta api lagi . Tayangan bermula MAY 17 ni. Memang nak tengok juga hasil kerja tangan orang kita kan .Nampak dari poster tu macam WOW!! saja kan...


PS - all picture credit tu mR.Google



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails