Tuesday, May 31, 2011

Dah nak masuk 1/2 tahun!!

Pejam celik pejam celik eh! dah nak masuk bulan 6.Maksudnya tu 1/2 tahun 2011 dah pun habis. Baru semalam rasanya berada di awal tahun.Ish!! Usia akan meningkat tak lama lagi.

anak-anak bujang mom.Hahaha

Pada yang ada pasang azam tu dah berapa banyak azam yang dah tercapai? Mom ni dah semput berlari mengejar azam-azam untuk tahun ni.Antaranya nak langsaikan hutang MARA,macam tak larat pulak nak membayar dah.haha ..macam mana ni?? lagi bila ramai pulak kawan dan sedara yang bersalin dan dapat anak perempuan.Mom bersyukur di kurniakan anak lelaki tapi jauh di sudut hati teringin juga ada seorang puteri kan.
Lagi tahun ni adalah last mom menyandang angka 2 dihadapan umur.Next year dah masuk 30. maksudnya dah tak panjang masa untuk menambah ahli baru dalam family.
Lagi mengikut perancangan , June ialah the last month mom nak kerja but but sampai sekarang surat resign tak hantar hantar lagi. Yalah bak kata pepatah kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. apalah yang mom merepek hari ni.sebelum lebih teruk merapu baik mom tamatkan dulu.

ps: - Jelous nya yang di sabah cuti Kaamatan .. (- - )

Friday, May 27, 2011

Asleenda simple mimple GA


Jom join GA oleh asleenda.klik banner diatas untuk join.
mom nak tag jieda. (^^o)

Friday, May 20, 2011

Mom jelous dengan orang damansara..

Deal ni macam tak adil je ..area johor bahru ni macam takde je deal yang best best. Ye ke takde..ataupun mom yang terlepas. Haha

Mom jelous ni dengan orang damansara sebab Mad Deal ada buat tawaran best pasal therapy badan ni.MOm baca je tawaran tu pun dah tertarik tapi alahai jauhnye. Heavenly Touch di Kota Damansara.

RM48 instead of RM415 for Meridian Face Guasha Treatment + Bust Detox & Firming Therapy + Meridian Point Body Therapy + Uterus Lifting Massage + Scalp Guasha Massage

Yang paling menarik minat mom tu ialah Uterus Lifting Massage dan Scalp Guasha Massage. Menilai dari nama rawatan tu tentu rawatan tu untuk wanita macam mom yang dah beranak pi nak ni kan.Haha.

Uterus Lifting Massage

Scalp Guasha Masagge


Jadi kepada mereka yang tinggal dekat kota damansara atau yang berdekatan jangan lepaskan peluang untuk mencuba rawatan ini. Untuk info lanjut klik kat sini.

ADT -Always There


ADT - Always There antara kempen churp-churp yang sedang berjalan sekarang.Mula-mula tengok tertanya-tanya juga ADT? Apa tu? tak pernah dengar pun.. Bila mom cari-cari dekat google baru mom tau rupanya ADT merupakan syarikat yang menawarkan servis keselamatan rumah.

Sekarang ADT ni tengah promotion ni.Untuk sign up baru ada peluang menang hadiah sampai RM35k. wahhh.. mana tau lucky kan. Jadi pada mereka yang ada rumah sendiri tapi belum ada sistem keselamatan rumah boleh la try kan.Mana la tau lucky pulak dapat bawa pulang hadiah sampai RM35k tu.

Berminat ke ?? Info lanjut klik je dekat banner atas tu or sini pun boleh. Selamat mencuba dan berjaya. (^^o)

Thursday, May 19, 2011

Exam for 4 years old ..

Mom dulu memang tak merasa zaman tadika.Walaupun zaman mom tu dah ada sekolah tadika tapi mom tak di hantar tadika.Masa tu tak wajip pun.Siapa yang ada tadika tu kira kelebihan la sebab dah ada pendedahan untuk naik sekolah darjah nanti.

Tapi time sekarang ni rasanya wajib kan ada tadika ni untuk masuk darjah 1. Start 5 tahun dah hantar anak-anak ke tadika. Dan ramai juga yang anak umur 3 atau 4 tahun dah hantar. (macam mom la tu..)

Kadang-kadang mom rasa sian tengok Joel kecik-kecik lagi dah kena gi sekolah.Ada juga time dia akan nangis-nangis tak nak pergi sekolah,susah nak bangun pagi.Tapi semua tu untuk masa depan dia jugak.Setiap ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak-anak kan. Minggu lepas teacher dah tampal jadual exam dekat message book .Wah..kecik-kecik lagi dah kena menghadapi exam.Exam macam serius sangat pulak kan.Terbayang pulak suasana tension tiap kali musim exam menjelang masa sekolah dulu.hehehe .. Tak ada lah sampai macam tu untuk budak-budak kecik ni. Mom tengok Joel happy and excited je buat latihan yang cikgu dia bagi.Syukurla..Harap-harap minat untuk belajar tu ada sampai la dia berjaya kelak. Mom berdebar-debar juga , macam mana agaknya prestasi joel nanti ya???


Good Luck my boy !!

Thursday, May 12, 2011

Giveaway from GincooMerah


**GincooMerah My Fashion Mengadakan PROMOSI besar-besaran!


Sesiapa yang membeli LENS (apa-apa jenis brand) dari tarikh 15 April 2011 – 15 June 2011, akan mendapat Voucher Lens bernilai RM30 – RM50!!!


Juga perfume original dari pelbagai jenis brands hanya berharga RM180.00 utk 100/125ml! (jika nak perfume yang berkotak, don’t hesitate to ask me to qistinaedura@yahoo.com)


Sila isi ORDER FORM ya! http://ordergincoo.blogspot.com/ (sila linkkan di word ORDER FORM)**


Ps - nak join sila klik sini

Tuesday, May 10, 2011

Hsue Craft 2nd GA






Comel tak alphabet yang melompat-lompat tu ?? ni kira seni jugak ni.Haha ... 2nd entry untuk GA hari ni mom nak join GA oleh Hsue Craft. Mom pun suka craft juga.Time lapang-lapang ada la juga buat craft craft ni.Tapi macam tak cantik je .Haha .. Buat happy diri sendiri je la tu. Tak la se 'best' Hsue ni. Memang kreatif dan cute cute hasil tangan Hsue. Tak percaya sila la lawat blog hsue sendiri dan tengok hasil kerja beliau.Dan antara banyak-banyak hasil kerja beliau yang paling mom minat ialah hiasan frame gambar.

Cantik kan. Antara frame gambar ni pulak paling mom minat yang kat bawah ni.ceria kan. Kalau letak gambar anak-anak mesti best kan.
Jom la join GA yang best ni. klik je banner GA kat atas tu.





1st lucky draw by yuyue



Jom join GA yuyue ni.Due pada 12/05/11.ada 2 hari je lagi. mom nak tag semua yang baca entry ni. Nak join klik je banner yang comel kat atas tu ye.

Monday, May 9, 2011

Siapa punya lembu dekat luar office???

sumber :yahoo

Cuba korang bayangkan time korang buka pintu nak keluar dari office tiba-tiba ada terpacak seekor lembu dekat luar. Sapa tak terkejut korang mungkin ada masalah saraf ni.Hehe .. Itu lah yang terjadi hari ni dekat tempat mom ni. Dari mana pulak datang nya lembu ni. Tak kan ada orang dekat sini dapat hadiah lembu pulak kan.Melampau sangat tu suprisenye.. Biasa bunga-bunga je kan , kali ni lembu pulak ke? Hahaha..

Segala persoalan kitaorang terjawap bila seorang budak india terkejar-kejar nak tangkap lembu tu.La rupanya dekat sini ada orang bela lembu. Bela lembu dekat padang bola katanya.Macam mana la boleh lari sampai ke sini,jauh jugak padang yang dimaksudkan.Nasib baik tak ada yang di tanduk lembu atau terlanggar lembu ni.

Ps - macam macam ada....

Saturday, May 7, 2011

Rumah mom di ceroboh, tapi pelik betul benda yang hilang itu!!!!


Kenapa harus mencuri ye? Sebab desakan hidup ke sampai nak curi hasil titik peluh orang lain? memang banyak kes kecurian sekarang kan,yang paling menyedihkan lagi bila sampai sanggup membunuh orang lagik. Tapi kes curi di rumah mom ni pelik sikit tau. Memang mom tak sedar pun ada orang menceroboh rumah sebab semua barang ada je sehingga la pada suatu pagi tengah mom bersiap nak pergi kerja. Bila laci pakaian mom buka.. eh! benda tu satu pun dah tak ada.Oh baru mom ingat malam semalam mom baru cuci semua dan sidai dekat luar. Mungkin bibik dah angkat kot. Mom pun tanya la dekat bibik mana semua pakaian . " Eh! kakak.. saya sidai pakaian semalam semua sudah tak ada.Ingatkan kakak sudah angkat.."

dekat En.Hubby pun tak tahu . Cari setiap inci rumah memang sah dah hilang. Siapa punya angkara la ni pakaian dalam pun nak curik ke.
Hish! memang fobia la.Lepas ni memang tak nak dah jemur pakaian dalam kat luar. Benda macam ni pun ada berlaku lagik ke??

Ps- apa la pencurik tu nak buat dengan benda tu ??





Friday, May 6, 2011

Ada ke yang rindu ???

Haha.. Title yang memualkan je kan.Ade ke yang rindu sepanjang mom tidak menulis entry??
Hampir sebulan tak ada entry dan tak ada juga jejak menjejak ke blog kawan-kawan. Sebenarnya sebab mom balik kampung. tu yang tak ada menulis dan menjejak.

Entry kali ni pun takde la isi,cerita ataupun gosip.Hehe. Masih demam kampung lagi ni.rindu pulak dengan family dan suasana kampung.

Hah!! point paling penting mom nak ucapkan Selamat Hari Ibu , Happy mother's Day untuk para wanita yang bergelar ibu. Sama-sama la kita berazam meningkatkan usaha ke arah menjadi ibu yang baik,bersemangat,berjaya,penyanyang. Pengorbanan ibu tak dapat di balas dengan apa pun jua. Hargai ibu anda k.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails