Monday, March 28, 2011

Mak Dara 1st GiveAway


Jom join GA yang best ni.Nak join klik je banner cun kat atas ni ye.

mom nak tag kak yong, hada dan tunung untuk join GA ni.

Jawapan untuk soalan Nama 2 wanita yang nyanyi lagu Apa Kau Rasa
Rina dan Yanie.

Due contest 31/03/2011.

Thursday, March 24, 2011

Giveaway Pizza by Imaan09


Jom join GA by Imaan09.Syarat-syarat:-

1. Be Imaan09 FOLLOWER,
2. tempek2 banner..di entry+sidebar (with linkback to this entry..)
3. buat entry super ringkas bertajuk “Giveaway Pizza : By Imaan09”
4. komen link penyertaan di ruang komen
5. syarat tambahan : sila kunjungi imaan09 dan tinggalkan at least another 2 komen di entry2 baru blog Imaan09 sepanjang GA ini berlangsung.. buleeeeehhh??tq..


Ps- GA tamat esok.nak join sama klik je gambar baby comel kat atas tu. (^^O)

FM Giveaway's Bebeh!!


due 25/03/11
nak join klik banner kat atas tu.

Saturday, March 19, 2011

FA's GiveAway

Di petang Sabtu yang mendung-mendung ni mom nak join GA oleh FA. Top Referer GA. Syarat-syarat untuk menyertai GA FA : -

1. Copy & Paste banner bawah ni di sidebar anda dan link ke entri ini.

2.Buat entri tentang GA ini di blog anda dan jangan lupa letakkan linknya dlm comment di entri ni. Entri anda mestilah mengandungi:
Banner GA, details tentang GA dan daripada siapa anda tahu tentang GA ini.

3. Tagkan kepada minimum 4 rakan anda.

4.Hanya seorang pemenang akan dipilih.

5.Dan lastly, dan paling best ...terpulang samada anda mau follow blog FA atau tidak..tiada paksaan ok.

Hadiah:
Jam tangan @ handbag
[brand dirahsiakan untuk sementara k.]

Tarikh Tutup penyertaan:
31 Mei 2011
[Hadiah agak lumayan so FA buat lama sikit la.]


Mom nak tag kan atie , kak yong , Haszuraidah dan cute mom.
Takde referer la mom ni sebab mom jumpa sendirik GA ni time jalan-jalan cari makan dekat blog rakan-rakan.(blogwalking)




Jom la join ramai-ramai ye .. klik sini untuk join.



Kisah Benar: Rumah Kongsi

Akhir-akhir ini banyak cerita-cerita seram yang keluar kan.Tak kira la Filem atau drama. Balik-balik cerita hantu.Dan beberapa hari ni juga mom baca entry cerita hantu dekat blog Redmummy. Bila baca cerita hantu tu mom rasa nak kongsi pulak pengalaman mom sendiri.
Jeng ...jeng ..jeng ..
Hal ni berlaku masa mom Form 2 sessi persekolahan petang. Kira-kira 15 tahun yang lalu la tu.Dah lama tapi masih segar di ingatan.Hehe..mestilah ingat pengalaman yang menakutkan. 15 tahun lalu tempat mom tinggal dekat sabah memang betul kampung la.Bekalan elektrik tak ada lagi time tu.Bas sekolah pulak hanya boleh hantar kitaorang sampai dekat luar kampung saja.Sebab jalan untuk kereta masih tak ada.Untuk sampai ke rumah nak kena jalan kaki 20 minit melalui ladang kelapa sawit.
Gambar dekat atas tu mom google je tapi macam tu la keadaan jalan yang perlu dilalui. Kalau dah siang terik dah gelap-gelap macam tu bayangkan kalau malam. Ladang sawit ni ada 1 rumah kongsi.Rumah kongsi tu bentuknya macam rumah panjang.Rumah ni untuk tempatkan pekerja-pekerja ladang yang berasal dari indonesia.gambar google.macam ni la gambar rumah kongsi.

Rumah kongsi macam gambar kat atas tu la lebih kurang.Dipendekkan cerita 1 hari bila mom lalu tengok rumah kongsi tu dah kosong.dan dengar cerita daripada pekerja kat situ pekerja yang tinggal kat situ dah balik kampung sebab bayi yang baru dilahirkan meninggal.Yang tak enak di dengar tu bila pekerja tu bagitau bayi meninggal sebab darahnya di hisap balan-balan.( balan-balan kalau tak silap di kenali juga dengan hantu penanggal).

Start hari tu memang tiap kali lalu rumah kongsi tu tak pernah berani toleh.Yalah takut mana tau ternampak benda bertenggek dekat bumbung rumah macam mana kan. hish!! Lepas beberapa minggu mom pun dah mula lupa-lupa cerita tu sebab tiap kali lalu kat situ ok jek.

Then hari tu, mom dan Kia (kawan mom..dia ni lelaki ..) seperti biasa lalu la rumah tu dengan selamba badak tanpa ada takut.Then tum! tum! tum! kedengaran batu jatuh dekat atas zink rumah tu.Mom ni sempat toleh tengok lagi dekat rumah tu....ISHhhhh nasib baik tak ada benda. Tapi lepas tu mom dengar suara baby menangis... Mom rasa badan mom masa tu kaku je. Si Kia tu boleh tegur lagik.. Eh! Dengar tak?Ko dengar tak suara budak nangis!!! Mom tak jawap dah terus jalan je.Nak lari pun tak boleh sebab rasa kaki berat sangat.

Walaupun dah terkena macam tu hari-hari berikutnye kitaorang masih jugak jalan kat situ.Nak wat macam mana memang tu je jalan yang ada. Tapi tiap petang mom akan minta abang long jemput balik.

Sekian.

Ps - Next month mom balik kampung kalau rumah tu masih ada nanti tangkap gambar. (^^o)

Friday, March 18, 2011

Birthday GiveAway


Contest period: 7/3/11 - 6/4/11...
Nak join klik banner GA atas tu k.

Zuneta card craft 2nd giveaway


Jom join GA Zuneta Card Craft.
Due esok 19/03/11.
Hai bestnye kalau berbakat dalam kraf ni kan. Boleh buat sambilan untuk tambah pendapatan.
Macam Zuneta ni la.Bila godek-godek dekat blog ni hasil kerja tangan dia memang comel comel belaka.Paling mom suka yang bunga rose quilt tu. Bukan setakat card craft je ni , penanda buku dan hiasan muka hadapan buku pun ada. Cute la!!


Gambar kat atas tu beberapa hasil kraf Zuneta.Berminat nak tengok lagi banyak lagi dan nak join GA klik sini.







Saturday, March 12, 2011

Bukan Anak Saja,Mak Bapak pun Buang Jugak!!!

Muka Depan Newspaper hari ni rasanya semua memaparkan kisah gempa bumi sekuat 8.9 skala Richter tu kan. Simpati dan ada juga rasa takut bila tengok gambar-gambar yang di paparkan. Sekelip mata saja bangunan.rumah dan kereta ranap manakala lebih 300 orang di senaraikan maut. Bagaimana kalau tragedi ni berlaku di tempat kita ?? Takut nak bayangkan kan. Kita kat sini hanya mampu berdoa agar semua beransur baik.
sumber gambar:bbc.co.uk



Tapi cerita mom yang utama hari ni ialah mengenai kes buang mak bapak ni. Nampaknya masyarakat kita hari ni semakin kejam pulak.Bukan setakat buang anak,mak bapak yang dah uzur pun jadi mangsa buang jugak.Menurut harian Metro hari ini(page 54A) Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Johor Bahru sekarang menerima sekurang-kurangnya menerima 2 kes setiap bulan di mana mak bapak ni di tinggalkan di Hospital. Lepas tu sanggup pulak tu bagi alamat palsu.Bila pihak Hospital menghubungi alamat yang diberikan ternyata tak ada.

Lebih memilukan bila ada pulak waris yang dapat dicari dengan bantuan orang ramai tapi bagi jawapan warga emas berkenan membebankan. Time kecik macam mana susah pun mak bapak tatang bagai minyak yang penuh. Keperluan anak didahulukan. Anak sakit mak bapak susah hati. Terkejar ke klinik atau hospital.Sanggup bersengkang mata jaga semalaman.Kencing dan bila buang air besar mak bapak bersihkan. Lagi kalau yang ada anak 5 atau 6 orang. Tapi bila time mak bapak dah uzur anak-anak pulak cakap membebankan. Fikirlah sendiri baik-baik ..
sumber:harian metro 12/03/11


Ps: Tak rugi berbakti kepada ibu bapa. Mesti diberkati dan di mudah kan rezeki.

Thursday, March 10, 2011

Mata Cantik GiveAway


Alamak sempat lagi ke ni? due ialah hari ni. Syarat semua dah buat ni.
Dengan cepat jugak mom nak tag Just,Kak Yong & Tunung. Nak join sila klik banner
kat atas tu.

Saturday, March 5, 2011

Income Sampingan dari Blog dengan HeartBeat???



Hari ni 05/03/2011 dengan jayanya mom register Affiliate Program dengan HeartBeat. Hek eleh orang ada heartbeat makcik ni pun nak heartbeat. Hehehe ada ke yang cakap gitu? Kalau la ada mom akan jawap eh! Peluang untuk jana wang dengan HeartBeat tu hak memasing kan bukan untuk sorang je.Jadik mom pun join la jugak untuk jana sikit sikit wang boleh juga buat bayar bill internet ni kan.Minat? Klik link sebelah ni sebab mom tak pandai nak terangkan detail. Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Ada lagik ke yang tak tau apa tu heartbeat ?? Rasanye semua orang dah tau la.Mom je yang lambat. Well kalau ada lagi yang tak tau HeartBeat ni ialah sebuah company yang tawarkan perkhidmatan membuat hadiah ikut citarasa kita. T-shirt,Photo mug,Cushion,Puzzle,Crystal,Photo Card,Ceramic Tiles,Button Badge dan banyak lagi... EH! Semua tu kan ada kat kedai juga .. Hehe.. Tapi yang dekat HeartBeat ni korang boleh hantar design anda sendiri.Nak letak gambar korang ke, nama si dia yang tercinta ke .. nak tulis puisi ke. Pasti si dia tersentuh hati .. Auw! Romantiknye ... Hehehe. Korang nak tau lebih lanjut lagik senarai gift yang ada klik link kat sebelah ni. Make Your Own Gifts Here

Best kan!! Jadik kalau berminat sama jom la join. Klik je mana-mana banner yang ada dalam entry ni. (^^o)


Friday, March 4, 2011

Risau ni .. risau..

Risau risau
Siapa yang tak ada masalah angkat tangan.
Semua orang ada kerisauan
Yang single risau mencari pasangan
Yang couple risau pasangan cari lain
Yang kahwin risau pulak ngan duit dan anak
Yang kaya risau pulak nak uruskan income tax , bisnes ..
Yang kurang pendapatan pulak risau kat mana nak cari duit
korang pulak risau apa?
Risau blog tak berupdate? Risau tak ada orang visit blog .. Risau iklan nuff tarak ..

Mom memang banyak kerisauan tapi sekarang yang betul buat mom risau dekat tempat mom iaitu Taman Daya JB hujan sangat lebat wooo... Angin pun agak kencang jugak ni. Harap-harap reda la sebelum time balik kerja nanti. Mom yang rabun ni ada sikit fobia la drive dalam hujan lebat.


Ps - Ntah apa yang mom merepek hari ni.Yang sudi layan tu thanks .. (^^o)






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails