Monday, February 28, 2011

Ngrrrr .. kenapa sudah nak buat passport????



Kalau nampak benda color merah dekat sebelah rasa macam ada hangin pulak.
Mom heran juga kawan - kawan mom yang lain takde pun problem nak buat passport. Berjalan lancar je urusan tu. Tapi mom pulak sob sob sob ...

20/02/2011 (Sunday) Sekarang kaunter imegresen hari ahad pun bukak.So mom fikir tak yah la ambil cuti.dapat save cuti tu untuk makan angin ke hehe.. jadik mom & En.Hubby pun pakat la 20/02 tu pergi Pekan Rabu JB untuk buat passport mom and 2 anak mom . Menurut seorang kawan yang anaknya kerja dekat imegresen kalau hari ahad dia akan buat 400 passport je.Kena datang awal sikit ambil nombor. Jadik mom yang memang tak pernah buat passport ni pun menurut habis je la. Jam 7.20am dah terpacak dekat Pekan Rabu. Time kitaorg sampai ... barisan orang yang beratur dah paaanjaaang .. Dalam 200 orang la kiranya. Tapi kawan tu cakap kan 400 passport jadik kita pun tunggu la. Sejam beratur tau.Pada jam 8.20am dengan bangga nye pakcik guard kat situ pun buat pengumuman hari tu buat 150 passport je.Jadi yang selebihnya tu blah la.. (termasuk mom la tu). Letih tau kaki.

27/02/2011 ( Sunday) Dan pada hari semalam kita pergi Setia Tropika JB - tujuan buat passport jugala.Sebab minggu lepas tanya pakcik guard tu cakap kat Setia Tropika pun ado. Setia Tropika ni dekat je dengan rumah mom ,jadik dengan semangatnya kita pergila. Mula-mula memang happy sebab kita dapat nombor. Nombor kami 149. Lama jugak kita tunggu giliran.Rasa dalam sejam setengah. Yang sangat memilukan lagi panas hati bila time giliran kami pegawai tu kata passport tak boleh buat kat situ. WHY ? Sebab kami ic Sabah. Mesti buat dekat Imegresen bandar JB atau Pekan Rabu. Aduhai ... Letih tau.Rasa macam nak nangis pun ada. Dahla letih dengan karenah anak-anak yang biasalah tempat membosankan lagi kena tunggu lama (ibu-ibu mesti faham) pastu tak boleh buat pulak. Masa bagi nombor tu tak ada pulak pegawai tu cakap tak boleh buat kan. Kita bersabar tunggu sejam setengah tau , tapi mereka ni buat kerja sambil lewa je.Ada rasa terkilan la jugak.

Wednesday, February 23, 2011

Comelnye Kimono untuk si kecil!!!!

Sekali lagi koleksi pakaian comel untuk puteri kecil anda.
Teringin pulak nak ada anak pompuan.Hikshiks ...




Comel kan. Harga RM48.00. Ibu-ibu ada yang berminat tak. Just beritahu dalam comment k. Ooo untuk size yang tinggal buat masa ni 80cm(1-2 years) dan 90cm (2-3years).

Ps -- Iklan jap... (^^o)

Saturday, February 19, 2011

FIRST GA FROM DIVA'S SHOPPE


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

  1. korang kene jadi follower blog ni : Diva's Shoppe
  2. korang kene jadi follower blog ni plak : Mr. & Mrs. Right's Diary
  3. buat 1 entri ringkas pasal GA ni kat blog korang...tajuk entri : "FIRST GA FROM DIVA'S SHOPPE" ...
  4. letak picture kat atas tu kat sidebar korang beserta LINK utk entri contest ni....
  5. tag 5 orang rakan korang utk join contest ni...(make sure diorang tau diorang di tag!!...)
  6. tinggalkan LINK korang kat kotak komen kat bawah ni....

TARIKH PENYERTAAN BERMULA : 16 FEB 2011

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 27 FEB 2011

HADIAH : SOMETHING YG KORANG AKAN SUKE...SURPRISE...!!!!!

PEMENANG : BERGANTUNG KEPADA YANG JOIN NANTI...

5 orang yang di tag .. Jieda, kak yong,Just,Tunung & fieza79
Psttt .. sapa yang nak join jugak klik pada banner gambar bunga kat atas tu k.


Monday, February 14, 2011

Mari Membaca GA

Hi Jieda.Thanks sebab invite join GA yang best ni.
Jom join GA ni.Klik sini.

Sutra Homespa GA


Jom join.Starting 24/01/11 until 24/02/2011
Klik sini kalau nak join.

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY



Period : 10/2/2011 - 28/2/2011
- 4 pemenang bertuah akan memenangi
:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

How to Enter
-------@------
- Letak gambar di atas di dalam entry anda (facebook/blog)
- Hendaklah link kan entry anda dengan Entry Giveaway ini
- berikan link anda untuk entry ini
Pemenang melalui Random Org

Psstt - Dah lama jugak tak join GA. Hari ni teringin pulak nak join bila tengok hadiah comel tu.Mana lah tau bertuah pulak kan. Nak join klik je pada gambar kat atas tu k.

Thursday, February 10, 2011

Singapore's Duck Tours!

Semalam En.Hubby sampai rumah saja Joel terus berlari-lari masuk bilik ambil buku "Message Book" dari beg sekolah. "Dadi dadi tengok teacher ada tulis dalam buku". Uik! Biasanya mom yang dapat berita ni dulu. Akhir-akhir ni Joel rapat pulak dengan En.Hubby. Yalah En.hubby selalu dapat cuti dan bila cuti je dua beranak tu akan berjalan sakan malam baru balik. . Kasihan adik. Mentang-mentang adik masih kecil asyik-asyik kena tinggal dekat rumah dengan bibik .

Berbalik pada cerita "Message Book". Wah! ada 2 aktiviti yang akan dijalankan. This 16/02/11 CNY celebration + Birthday celebration. Dress code untuk bulan ni ialah Chinese Traditional Cloth. Ada dress code lagik. Dan 25/03/11 aktiviti Berjalan sambil Belajar ke singapore. Wah! Mom pulak yang teruja.Walaupun hanya seberang tambak je tapi mom pun belum pernah pergi Singapore. Passport tarak!! Nampaknya Joel lagi dulu la pergi tengok negara orang ni. This Saturday En.Hubby cuti so boleh pergi buat Passport untuk Joel.

Gambar Duck Tours yang mom ambil dari website http://www.ducktours.com.sg .
Tour ni ambil masa 60 minit. Menurut notes yang teacher Joel bagi dekat message book tu tour ni merangkumi lawatan ke Fountain Of Wealth , Singapore Flyer dan Esplanade Theatres on the bay.
Nak terangkan lanjut mom pun belum pernah jugak ke singapore ni.Rasa -rasanye boleh ke kalau mom kirim kan Camera pada teacher dan minta dia tangkap-tangkap kan gambar Joel kat tour tu? Harap-harap la bolehkan. Boleh kongsi gambar dengan rakan blogger kan. Mana la tau berminat nak bawa anak-anak naik Duck Tour ni time cuti-cuti sekolah kan.
Syukur kerana sekarang Joel dah suka nak pergi sekolah.Tak macam first month yang lalu setiap pagi macam nak pergi medan perang pulak nak bersiap pergi sekolah. Air mata tu mengalir siap mom pun hampir-hampir give up nak hantar dia sekolah.

Wednesday, February 9, 2011

mom and CNY !!

This year cuti CNY memang best !! 6 days. cuti CNY paling banyak since 4 years kerja dekat company ni.Thanks boss. Boleh rehat-rehatkan badan dan jalan-jalan ngan family.Tak jalan ke mana pun kerana faktor-faktor ekonomi yang sedikit ketat la pulok. Jadi cuti cuti ni dipenuhi dengan memenuhi jemputan ber gong xi fa chai dekat rumah kawan-kawan .

1/02/2011 malam dah start ada pergi makan-makan, boss hubby buat dinner sebelum balik kampung dekat Melaka.Kita orang orang paling last sampai dekat restaurant tu sebab hari tu mom last day kerja. Mom malu la time tu ,last day tu kena bersihkan kedai sebelum balik surela berpeluhkan.mom cakap dekat hubby nak balik mandi dulu tapi hubby cakap tak payahlah dah lambat orang semua dah tunggu.Dengan baju-baju kerja mom pergi.Orang semua pakai la jugak baju yang sesuai ngan dinner.Alahai!!Mom saja pakai baju t shirt kerja.
Malam tu restaurant tu memang penuh la. Orang -orang dekat Sebelah-sebelah meja kitaorang tu dah start Cheers!Cheers! sambil gaul-gaul "Yee sang". Eh! baru 1hb ..bukan CNY eve ke baru ada yee sang? Maybe lepas ni mereka semua nak balik kampung masing-masing thats why la buat awal kot.

hidangan yee sang
gambar google je ni

2/02/2011 pulak en.hubby ajak pergi JUSCO Tebrau city,nak tengok wayang. Hahaha!! Kenapa la mom rasa nak gelak ,dah kawin dan beranak ni rasa macam pelik pulak bila hubby ajak tengok wayang berdua. Sebenarnya aktiviti tengok wayang berdua ni baik untu mengeratkan hubungan suami isteri. Refresh!Refresh! kan hubungan kan. Kita tengok wayang Shaolin. Cerita nya sedih. Cerita mengenai seorang Panglima yang kejam yang dilakonkan oleh Andy Lau. Gila harta dan kuasa.Akhirnya di khianati oleh orang yang paling dipercayainya. Cerita memang sedih tapi mom takde la sampai keluar air mata tapi orang tu boleh keluar air mata. Hahaha...

3/02/2011 - Dekat rumah.Bersihkan rumah.Cuci sana cuci sini.Kemas kan lemari yang dah penuh dengan barang-barang yang dah patut di buang.
4/02/2011 - Pergi rumah SIL dekat Kulai. Malam tu ada pertunjukkan bunga api. Dengar kata 1 kotak bunga api ni harga dalam 600.oo. Malam tu rasa-rasa ada 10 kotak. Then 600x 10 = 6000.00 .. Hanya untuk bunga api saja.menurut mereka semua ni mendatangkan " ONG!" untuk New year ni.

6/02/11- Petang ajak hubby pergi Danga Bay Park. Bawa anak-anak main gajah terbang. Ada ambil gambar kat sini nanti la mom upload. Mom yang memang gayat ni rasa nak cakap dekat penjaga tu stop stop je. Demi kegembiraan anak mom tahan je la pening tu. hubby awal-awal dah surrender . Hahaha ..

Tu la dia antara aktiviti-aktiviti mom time cuti CNY. Rasa tak puas la cuti... ada 1 weeks lagi musim CNY ni. Sepanjang CNY office pun tutup awal juga.Yeahh!!! Seronok je kalau dapat balik awal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails