Tuesday, January 18, 2011

1 perkara wajib bila CNY tiba ..

Mom ada 1 perkara yang saban tahun mom mesti buat bila menjelang Chinese New Year. Mom bukan la orang cina pun , apa yang di sibukkan tu ?? Tunggu open house kawan-kawan dah le ..
Eh! Tak boleh lah bila dengar pasal benda ni MESTI MESTI MESTI mom nak juga ..

Ni la benda yang mom sibukkan sangat tiap tahun bila CNY menjelang tiba. Yalah benda ni time Hari Raya atau Deepavali atau Christmas mana ada benda ni. Setahun sekali ni .. memang mom suuuukaaa sangat. Prosperity Burger!! Daging yang lembut .. Sos blackpepper yang melimpah. Plus roti bijan yang memang best. Mesti nak makan tiap kali CNY. Hehehe .. Korang dah cuba ke ni? Ada juga orang yang tak suka blackpepper kan .. Kalau yang suka tu berkunjung la ke McD ye.. Lepas CNY habis kena tunggu next year lagi la baru dapat merasa ...

Monday, January 17, 2011

Ashraf Muslim rawat pesakit sampai 3 pagi ..

Ashraf Muslim pelakon drama bersiri Puaka Niyang Rapik.Korang mesti kenal dia ni kan. Khabarnya sekarang Ashraf dah jadi pengamal perubatan Islam. Macam dalam drama Niyang Rapik tu. Menurut sumber berita dalam ruangan Jurnal Kosmo semalam Ashraf kini bertugas di Pusat Perubatan Syifa' Al- Hidayah di Gombak Selangor yang memulakan rawatan selepas Isyak sehingga pukul 3 pagi.

" Ia satu Penghijrahan diri,semua orang kena lalui.proses itulah yang memjadikan saya lebih kuat dan lebih memikirkan apa yang salah dan betul.Sebelum ini memang saya ada duit , kerja , kereta , rumah dan kawan-kawan.Walaubagaimanapun hati saya terasa kosong " Demikian kata Ashraf.

Akhbar kosmo juga mengatakan kini Ashraf fokus dengan pilihannya ini biarpun terpaksa melupakan bidang lakonan untuk sementara waktu. Patutlah dah lama juga tak nampak dia ni berlakon drama baru. All the best la untuk dia ni.Keep up the good work. Eh! dah macam wartawan selebriti pulak dah. Kehkehkeh ..

Ps - Dah lama tak tengok wayang ..


Sunday, January 16, 2011

3 bulan lagi ...

Apa benda la yang 3 bulan tu? 3 bulan lagi mom akan balik kampung dekat sabah. Yeahh!!! Tak sabar rasanya menghirup udara nyaman kampung dan makan makanan kampung . Setelah 4 tahun tak balik akhirnya .. Hello! Tawau!! Im coming home. Eh! apa la mom ni 3 bulan lagi dah bising. Kerinduan kampung tiba-tiba bertambah disebabkan gambar-gambar yang di upload oleh ayah di FB. Hahaha .. Jangan main-main sekarang orang tua pun up to date k.Siap ada FB lagi.


Bagi yang dah pernah berkunjung ke Sabah mesti dah tau sumber laut dekat sana memang fresh.Seafood tu dah la fresh lagi harga pun jauh lebih murah dari kat West Malaysia ni.
Tengok la gambar dekat atas tu .. Belum masak tu mom dah terliur . Hahahaha ...

Kalau dekat kampung ikan bilis tu akan di goreng garing , letak sedikit gula dan sebiji telur pastu makan dengan nasi panas. Ikan masin belah tu pulak , goreng kemudian perah dengan air limau atau pun cicah ngan sambal . Ikan masin gelama tu pun sama. Makan dengan sayur terung yang di bakar. Hohohoho ...




Yang kat atas tu ikan masin tapang .. isi tak tebal. Udang kering ni pulak mak selalu blender je dengan cili api .. huh! Hot .. Ikan masin ni favorite food bagi mom,En.Hubby selalu juga bising sebab selalu makan makanan yang masin-masin.Memang betul la tak baik. Haha.

Ps - kalau ada ikan masin boleh makan 2 pinggan..



Wednesday, January 12, 2011

Churp Churp News Feed



Korang dah baca berita terbaru dari Churp Churp . Akaun churp churp mom dah berbulan-bulan di buka tapi tak pernah pun jenguk. Mula-mula tu ada jenguk juga tapi tunggu-tunggu takde assignment pun untuk mom.Yalah macam mana nak ada kan , blog tak teratur.FB pun mom dah malas nak buka. Bila jenguk jenguk tadi oo rupanye dah banyak aktiviti yang mereka buat and mom dah ketinggalan. Antara aktiviti yang tengah giat berjalan sekarang ni ialah macam banner banner kat atas tu la. Astro win a trip to KK , OM Nom Nom win a trip to Hong Kong , Catch Korean Pop Star in Malaysia, 2 aktiviti from Celcom,Digi Berry,
Maxis Ipad dan Jipaban
( what is Jipaban actually???) . Kalau korang nak tau selanjutnye click je pada banner kat atas tu k.


Ps - Kepada yang selalu bertuah dan suka Contest boleh terjah .Hadiah memang best!!






Tuesday, January 11, 2011

Buku Baik untuk anak Anda! (Part 1)

"Ala tak payah la beli buku untuk budak-budak kecik ni.Bukan mereka tu tau pun menghargai buku,paling pun buku tu di koyak-koyak kan je. " Mom berfikiran macam ni dulu. Yalah sebab dulu time mom masih single mingle tengok anak-anak aunty siap conteng-centeng buku, koyak-koyak lagi .. but masa tu ialah tahun 90an. Tapi dulu lain sekarang budak-budak semakin cerdik. Mom pulak teringat-ingat sampai sekarang perkara tu dan mom memang malas beli buku-buku untuk anak. Then pada suatu hari tu ,SIL ada bagi mom buku-buku lama anak-anak dia. Dalam hati mom aduhai kejap je la hayat buku ni sambil jeling-jeling si abang yang bukan main suka belek-belek buku tu.Tapi sangkaan mom memang jauh meleset la , bila mom bacakan buku pada si abang memang berkesan. Benda yang kita berbuih-buih mulut bagitau tapi tak faham-faham , dengan buku tu mudah saja si abang terima.

Jadi menyahut cabaran Years Raising Readers mom nak kongsi-kongsi Jualan Buku ni dengan rakan blogger sekalian. Read Every Day;lead a Better Life.
Untuk maklumat lanjut mengenai scholastic boleh melayari laman web mereka di http://www.scholastic.com.

Perhatian untuk yang berminat -
*Harga yang tertera tidak termasuk kos penghantaran.
*Order-order ni sampai 25/01/11 sahaja.
*Tinggalkan order atau pertanyaan dalam comment box ye. Nanti mom follow up ASAP.



Barney:Color My World(12 pages)
Develop child skills such as sharing,caring and
learning with their fav friends,Barney.
Rm17.00 now only Rm4.00



The Itsy Bitsy Spider(24 pages)
What comes after the rain washes the spider out of the waterspout?
You'll be surprised at the answer in this book!
Rm13.50 now only Rm5.00

Kitty Cat Are You Waking Up(24 pages)
Kitty Cat must get ready for school,but with so much to do and see
first will she be on time?
Hardcover Rm57.00 now available in Paperback Special Rm8.00


Over in the rainforest(32 pages)
Count the amazing and exotic animals of the
rain forest as they play and cavort in their lush green home.
Rm16.00 now only Rm8.00

Our Earth(24 pages)
Explore the earth a place of many wonders,rich in life
full of colors,sights and sounds.
Rm31.00 now only Rm7.00


An Orange in January (32 pages)
From seeds to a plump luscious fruit,from a farm to a childs palm
follow this juicy account of a plant growth cycle.
Hardcover Rm59.00 now available in Paperback Special Rm10.00

Hooray For Teeth! (32 pages)
Learn all about teeth,from the different types to their
uses to the reason why baby teeth fall out.
Rm13.00 now only Rm9.00

The Magic School Bus Comes To its Senses(32 Pages)
Explore the five human senses.Find out how
you can smell,taste,see,hear and touch.
Rm13.00 now only Rm10.00

One frog Sang(32 pages)
Count the frogs from 1 to 10 and back again.
Rm31.00 now only Rm12.00

You and Me:We're Opposites(32 pages)
Animals are used to comically illustrate various opposites
pairs,from the common tall and short to the more unusual
nice and grouchy.
Hardcover Rm55.00 now available in Paperback Special Rm13.00

Magnetic First Sums:taking Away(10Pages)
This hardback magnetic book is suitable for interactive
learning activities for kids to learn and master subtraction.
Comes with magnetic pictures and number pieces.
Only Rm20.00

The Mixed-Up Alphabet(32 pages)
when the letter Z demands to know why A
is always first he starts the other letters at play school
thinking about changing their places in the alphabet.
Will this mean the end of the alphabet song?
Rm13.00 now only Rm11.00

Build Your Own:Dinosaurs(32 pages)
Dino fans will love this book!With scissors and some glue
make your own dinos and create a world for them to live in.
Only Rm10.00

Preschool Day Hooray(24 pages)
Introduce preschool routines and practices to your
little ones with the bright colors and happy rhymes in this book
Hardcover Rm31.00 now available in Paperback Special Rm12.00


Llama Llama Misses Mama(40 pages)
Llama Llama misses his Mama on his first day of play school,but
soon his new friends show him how much fun school can be.
Hardcover Rm51.00 now available in Paperback Special Rm10.00
Teddy Bear Counting(18 pages)
Learn how to count when twelve adorable
teddies tumble into the scene.How fun is that!
Rm27.00 now only Rm12.00




Ps - Banyak lagi buku-buku ni.. Thats why ada Part 1 ni.

Monday, January 10, 2011

Miakididdles Year End GiveAway


Miakididdles Year End GiveAway

Kategori A

Jawapan - 23



Kategori B

Aktiviti paling best ialah kunjungan ke Rabbit Park.



Closing date untuk GA ni ialah esok iaitu 11/1/11 pada jam 11.11pm.Jadi sesiapa yang berminat nak join klik sini.





Saturday, January 8, 2011

My End Year of 2010 GA


GA by Shaz Closet
due date : 15/01/11
want to join just click banner.

Saya nak Bunga Comel


GA by HanieLoveCraft.
1/01/11 - 11/01/11

Tuesday, January 4, 2011

Living cabin GA by Suziey.com


closing date: 11.1.11 @ 11.11pm
nak join klik gambar kat atas. :)

Cerita Hari Pertama Sekolah!

Hari pertama sekolah abang Joel , mom yang gelabah pulak.Orang yang nak sekolah tu buat macam hari-hari biasa je. Haha.. Bayangkan malam mom tak tidur lena malam tu asyik terjaga je pastu tengok jam dah pukul berapa. Pastu pukul 7 am tu nak kejutkan abang Joel bukan main liat lagi.Siap cakap tak nak pergi sekolah. Anita (pengasuh) pulak klung klang klung dekat dapur sediakan breakfast. Bila mom tayang-tayangkan baju dan beg sekolah barulah "semangat nak sekolah" si abang datang balik.Cepat-cepat minta mandi dan di pakai kan baju sekolah.

Lagi 1 hal yang rasa sedih , En.Hubby hari ni siap nak bertolak lewat sikit hari ni sebab kita nak hantar si abang ke sekolah. Tugas menghantar anak ni mom yang ambil , pastu tugas mengambil anak balik pulak SIL ( sister in law) sekali harung la memandangkan anak SIL mom pun sekolah tempat yang sama . Pastu kelam kabut dan mungkin komunikasi error punya pasal SIL pukul 8am pick up si abang. " Kakak abang sudah naik kereta dengan memey(memey bukan pelakon tu k..memey ialah anak SIL mom) .. sudah langsung tak mau turun" .. Aduhai! Tengah mom dekat toilet ni la pulak Anita ni. Bila mom dah siap dan keluar jenguk si abang dan pun pergi ngan SIL. Mula-mula tu kecewa.Sebab yalah 1st day anak sekolah ni.Hari bersejarah untuk mom tau.Bila mom kol SIL memang ada salah komunikasi.Takpelah nak buat macam mana. Tapi mom terkilan juga. Next cerita dekat sekolah pulak ..

Memang dah kebiasaan semenjak baby semua orang memanggil abang dengan "Joel" dan semenjak dah ada adik kami biasakan pulak dia dengan panggilan "abang" . But nama penuh abang ialah Richard Joel. Al kisahnya bila kat sekolah cikgu memanggil abang dengan nama Richard. Cikgu ni dah nak putus urat leher memanggil Richard Richard tapi si abang tak menyahut.Macam mana nak menyahut nya memang dia tak tahu. Adei .. memang salah mom sebab tak bagitau cikgu dan si abang mengenai hal "nama" ni. Geli hati mom time SIL cerita kan hal ni. Maaf kan la mom ni.

Tu lah cerita hari persekolahan pertama si abang .. Hari ni ntah apa pulak cerita. Rasa tak sabar pulak mom nak balik rumah dan tahu cerita abang hari ni.
gambar pagi tadi time hantar abang ke tadika


baik-baik sekolah.mom loves u ..

Ps- jadi seorang ibu memang setiap hari ada je benda baru kena belajar..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails