Wednesday, July 13, 2011

Progress Report!

Hari ni bila tengok dashboard blog,mom tengok ramai kawan-kawan yang buat wordless wednesday. But mom tak boleh la nak buat sebab banyak yang mom nak tuliskan pasal gambar-gambar ni. (^^) . yesterday ialah Hari untuk ambil report card dekat sekolah Joel untuk mid year evaluation. Hohoho .. walaupun Joel cuma 4 tahun tapi hati mom dag dig dug juga.Mesti banyak komplen daripada teacher pasal keaktifan anak mom ni.Sebelum ni pun sudah banyak mom dengar cerita mengenai kenakalan Joel daripada cousin yang sekelas dengannya.

Seperti yang di jangka kan .. see the teacher remarks : Active in classroom but shown interest and improvement in his studies.Continue to practice and encourage him.

(^^") .. Menurut kata teacher Joel sangat aktif . Yang payahnya bila keaktifannya tu mempengaruhi pulak rakan-rakan sekelasnya. So dia kena duduk sebelah teacher dan diperhatikan selalu barulah ada reti duduk diam. Ada sesiapa boleh bantu bagi cadangan untuk anak yang aktif ni?
Selain daripada kenakalannya tu,yang lain-lain ok. Subjek sains,maths,BM dan BI pun semua dapat 90 ke atas. Cuma bahasa cina je yang kantoi.Haha.. Next year kena cari cikgu tuition cina la untuk bantu dia.Ada juga kawan-kawan mom cakap tak payah la bagi dia belajar bahasa cina kalau dia susah nak ikut.Tapi bagi mom bahasa cina ni penting untuk pasaran kerja mahupun bisnes pada masa hadapan.

Dan untuk mom pulak,rasanya banyak lagi yang mom perlu perbaiki.Dan perkara yang paling penting untuk mom ubah ialah masa yang diluangkan untuk anak-anak.Bila mom fikir dan selidik balik sepanjang 6 months yang lepas terlalu sedikit masa mom luangkan untuk didik anak-anak mom. ( - -) .

1 comment:

Just said...

tidak sabar mo tgk anak2 masuk skolah... btw my cousin (lelaki) samapi darjah 3 pun nda dpt angkat subjek bahasa cina so last2 tukar p SK. and pasal dia jg my mom tidak berani mau hantar my bro msk sekolah cina. hahah.. nasib baik sy ok.. buli lg ckp cina even tu grammar rusak sdh.. hahah.. gud luck to your son. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails