Tuesday, July 5, 2011

Perempuan ..

Bahagia sepanjang hayat .. ungkapan yang menjadi impian setiap wanita.
Derita perpisahan .. ungkapan yang menjadi mimpi ngeri setiap wanita.
Puas aku mencuba untuk mengelak daripada terkena derita perpisahan tapi mengapa semakin ia mendekatiku.Mengapa aku harus melalui saat ini lagi.Tidak cukup kah dugaan yang sudah aku terima selama ini.Aku masih kecil sewaktu aku melihat ibu hampir hilang kewarasan apabila ayah meninggalkan kami.Sepanjang usia remajaku aku habiskan sendirian di asrama bertemankan buku-buku.Tidak ada perayaan untuk di rai kan bersama , tidak ada hadiah bila aku cemerlang dalam pelajaranku. berbekal kan azam untuk berjaya dan harapan untuk menyatukan kembali keluarga yang sudah hancur aku teruskan perjuangan sendirian. Walaupun memang mustahil untuk ayah kembali tapi aku tak pernah putus asa,aku tetap yakin hari itu akan tiba. Bodohka aku?

Hari-hari berganti hari namun hari yang di nanti tak menjelma juga , namun kehadiran mu memberikan sinar dalam kehidupan. "semoga bahagia sepanjang hayat" .. terngiang-ngiang ungkapan itu.Besar sungguh harapan ku agar perkahwinan ini akan bahagia.Tapi kini semua seakan semakin pudar .. semua disebabkan seorang wanita ... wahai anak-anak ku apakah yang harus ibu lakukan ??

Bahagia ke sebuah kebahagiaan yang di bina dengan penderitaan orang lain ?


coretan hati seorang suri..

2 comments:

Just said...

i like your entry anne... mcm lbh krg ja tu luahan rasa.. my dad left us too.. n dendam itu msh ada sampai hari ini..

Anne said...

iya just.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails