Thursday, May 19, 2011

Exam for 4 years old ..

Mom dulu memang tak merasa zaman tadika.Walaupun zaman mom tu dah ada sekolah tadika tapi mom tak di hantar tadika.Masa tu tak wajip pun.Siapa yang ada tadika tu kira kelebihan la sebab dah ada pendedahan untuk naik sekolah darjah nanti.

Tapi time sekarang ni rasanya wajib kan ada tadika ni untuk masuk darjah 1. Start 5 tahun dah hantar anak-anak ke tadika. Dan ramai juga yang anak umur 3 atau 4 tahun dah hantar. (macam mom la tu..)

Kadang-kadang mom rasa sian tengok Joel kecik-kecik lagi dah kena gi sekolah.Ada juga time dia akan nangis-nangis tak nak pergi sekolah,susah nak bangun pagi.Tapi semua tu untuk masa depan dia jugak.Setiap ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak-anak kan. Minggu lepas teacher dah tampal jadual exam dekat message book .Wah..kecik-kecik lagi dah kena menghadapi exam.Exam macam serius sangat pulak kan.Terbayang pulak suasana tension tiap kali musim exam menjelang masa sekolah dulu.hehehe .. Tak ada lah sampai macam tu untuk budak-budak kecik ni. Mom tengok Joel happy and excited je buat latihan yang cikgu dia bagi.Syukurla..Harap-harap minat untuk belajar tu ada sampai la dia berjaya kelak. Mom berdebar-debar juga , macam mana agaknya prestasi joel nanti ya???


Good Luck my boy !!

2 comments:

r|nA @ ja|j|na said...

hye anne..

kadang² budak² ni excited nak ke skolah pasal ramai kawan..if joel happy kire oklah kan..

Obat Sakit 2011 said...

masih kecil untuk dapat mengikuti exam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails