Saturday, March 19, 2011

Kisah Benar: Rumah Kongsi

Akhir-akhir ini banyak cerita-cerita seram yang keluar kan.Tak kira la Filem atau drama. Balik-balik cerita hantu.Dan beberapa hari ni juga mom baca entry cerita hantu dekat blog Redmummy. Bila baca cerita hantu tu mom rasa nak kongsi pulak pengalaman mom sendiri.
Jeng ...jeng ..jeng ..
Hal ni berlaku masa mom Form 2 sessi persekolahan petang. Kira-kira 15 tahun yang lalu la tu.Dah lama tapi masih segar di ingatan.Hehe..mestilah ingat pengalaman yang menakutkan. 15 tahun lalu tempat mom tinggal dekat sabah memang betul kampung la.Bekalan elektrik tak ada lagi time tu.Bas sekolah pulak hanya boleh hantar kitaorang sampai dekat luar kampung saja.Sebab jalan untuk kereta masih tak ada.Untuk sampai ke rumah nak kena jalan kaki 20 minit melalui ladang kelapa sawit.
Gambar dekat atas tu mom google je tapi macam tu la keadaan jalan yang perlu dilalui. Kalau dah siang terik dah gelap-gelap macam tu bayangkan kalau malam. Ladang sawit ni ada 1 rumah kongsi.Rumah kongsi tu bentuknya macam rumah panjang.Rumah ni untuk tempatkan pekerja-pekerja ladang yang berasal dari indonesia.gambar google.macam ni la gambar rumah kongsi.

Rumah kongsi macam gambar kat atas tu la lebih kurang.Dipendekkan cerita 1 hari bila mom lalu tengok rumah kongsi tu dah kosong.dan dengar cerita daripada pekerja kat situ pekerja yang tinggal kat situ dah balik kampung sebab bayi yang baru dilahirkan meninggal.Yang tak enak di dengar tu bila pekerja tu bagitau bayi meninggal sebab darahnya di hisap balan-balan.( balan-balan kalau tak silap di kenali juga dengan hantu penanggal).

Start hari tu memang tiap kali lalu rumah kongsi tu tak pernah berani toleh.Yalah takut mana tau ternampak benda bertenggek dekat bumbung rumah macam mana kan. hish!! Lepas beberapa minggu mom pun dah mula lupa-lupa cerita tu sebab tiap kali lalu kat situ ok jek.

Then hari tu, mom dan Kia (kawan mom..dia ni lelaki ..) seperti biasa lalu la rumah tu dengan selamba badak tanpa ada takut.Then tum! tum! tum! kedengaran batu jatuh dekat atas zink rumah tu.Mom ni sempat toleh tengok lagi dekat rumah tu....ISHhhhh nasib baik tak ada benda. Tapi lepas tu mom dengar suara baby menangis... Mom rasa badan mom masa tu kaku je. Si Kia tu boleh tegur lagik.. Eh! Dengar tak?Ko dengar tak suara budak nangis!!! Mom tak jawap dah terus jalan je.Nak lari pun tak boleh sebab rasa kaki berat sangat.

Walaupun dah terkena macam tu hari-hari berikutnye kitaorang masih jugak jalan kat situ.Nak wat macam mana memang tu je jalan yang ada. Tapi tiap petang mom akan minta abang long jemput balik.

Sekian.

Ps - Next month mom balik kampung kalau rumah tu masih ada nanti tangkap gambar. (^^o)

2 comments:

abad said...

Rumah mmg kongsi...tapi buka rumah kongsi...Rumah panjang iBan di sarawak la tu.....Rumah Kongsi Lain....

Anne said...

gambar tu gambar google je.macam yang mom cakap lebih kurang macam tu la rumahnye.. (^^O)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails