Saturday, March 12, 2011

Bukan Anak Saja,Mak Bapak pun Buang Jugak!!!

Muka Depan Newspaper hari ni rasanya semua memaparkan kisah gempa bumi sekuat 8.9 skala Richter tu kan. Simpati dan ada juga rasa takut bila tengok gambar-gambar yang di paparkan. Sekelip mata saja bangunan.rumah dan kereta ranap manakala lebih 300 orang di senaraikan maut. Bagaimana kalau tragedi ni berlaku di tempat kita ?? Takut nak bayangkan kan. Kita kat sini hanya mampu berdoa agar semua beransur baik.
sumber gambar:bbc.co.uk



Tapi cerita mom yang utama hari ni ialah mengenai kes buang mak bapak ni. Nampaknya masyarakat kita hari ni semakin kejam pulak.Bukan setakat buang anak,mak bapak yang dah uzur pun jadi mangsa buang jugak.Menurut harian Metro hari ini(page 54A) Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Johor Bahru sekarang menerima sekurang-kurangnya menerima 2 kes setiap bulan di mana mak bapak ni di tinggalkan di Hospital. Lepas tu sanggup pulak tu bagi alamat palsu.Bila pihak Hospital menghubungi alamat yang diberikan ternyata tak ada.

Lebih memilukan bila ada pulak waris yang dapat dicari dengan bantuan orang ramai tapi bagi jawapan warga emas berkenan membebankan. Time kecik macam mana susah pun mak bapak tatang bagai minyak yang penuh. Keperluan anak didahulukan. Anak sakit mak bapak susah hati. Terkejar ke klinik atau hospital.Sanggup bersengkang mata jaga semalaman.Kencing dan bila buang air besar mak bapak bersihkan. Lagi kalau yang ada anak 5 atau 6 orang. Tapi bila time mak bapak dah uzur anak-anak pulak cakap membebankan. Fikirlah sendiri baik-baik ..
sumber:harian metro 12/03/11


Ps: Tak rugi berbakti kepada ibu bapa. Mesti diberkati dan di mudah kan rezeki.

2 comments:

Addam Juhari said...

patutnye mak bapak ye buang ye ddulu..haram punye anak,..*marah dengan mata memerah*

Yati said...

Tu la Anne, tengok gempa dan tsunami tu macam dalam movie je. Lori, rumah, macam citer Ultraman kan, macam kotak, hanyut dek air. Nasib baik juga tsunami tu sampai ke Indon, tak sampai kat kita kan.
Anak yang buang mak bapak tu pentingkan diri sendiri, sampai hati buat orang tua sendiri macam tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails