Thursday, February 10, 2011

Singapore's Duck Tours!

Semalam En.Hubby sampai rumah saja Joel terus berlari-lari masuk bilik ambil buku "Message Book" dari beg sekolah. "Dadi dadi tengok teacher ada tulis dalam buku". Uik! Biasanya mom yang dapat berita ni dulu. Akhir-akhir ni Joel rapat pulak dengan En.Hubby. Yalah En.hubby selalu dapat cuti dan bila cuti je dua beranak tu akan berjalan sakan malam baru balik. . Kasihan adik. Mentang-mentang adik masih kecil asyik-asyik kena tinggal dekat rumah dengan bibik .

Berbalik pada cerita "Message Book". Wah! ada 2 aktiviti yang akan dijalankan. This 16/02/11 CNY celebration + Birthday celebration. Dress code untuk bulan ni ialah Chinese Traditional Cloth. Ada dress code lagik. Dan 25/03/11 aktiviti Berjalan sambil Belajar ke singapore. Wah! Mom pulak yang teruja.Walaupun hanya seberang tambak je tapi mom pun belum pernah pergi Singapore. Passport tarak!! Nampaknya Joel lagi dulu la pergi tengok negara orang ni. This Saturday En.Hubby cuti so boleh pergi buat Passport untuk Joel.

Gambar Duck Tours yang mom ambil dari website http://www.ducktours.com.sg .
Tour ni ambil masa 60 minit. Menurut notes yang teacher Joel bagi dekat message book tu tour ni merangkumi lawatan ke Fountain Of Wealth , Singapore Flyer dan Esplanade Theatres on the bay.
Nak terangkan lanjut mom pun belum pernah jugak ke singapore ni.Rasa -rasanye boleh ke kalau mom kirim kan Camera pada teacher dan minta dia tangkap-tangkap kan gambar Joel kat tour tu? Harap-harap la bolehkan. Boleh kongsi gambar dengan rakan blogger kan. Mana la tau berminat nak bawa anak-anak naik Duck Tour ni time cuti-cuti sekolah kan.
Syukur kerana sekarang Joel dah suka nak pergi sekolah.Tak macam first month yang lalu setiap pagi macam nak pergi medan perang pulak nak bersiap pergi sekolah. Air mata tu mengalir siap mom pun hampir-hampir give up nak hantar dia sekolah.

6 comments:

Wen said...

ok tak antar anak ke smart Reader? ehehe

Anne said...

memang ok la setakat ni. (^^o) harap ok berterusan la..

Cute MuM said...

macam best jer.. teringin gak nak jalan2 kat singapore.. tunggu duit masyuk sikit baru puas jalan2 kat sana..

kirimlah kamera.. boleh simpan wat kenangan..

Anne said...

mom memang teringin sangat..kena pergi buat passport ni. Bila lagi nak pergi jalan-jalan tengok tempat orang kan. Yes! Mesti kirim camera. (^^o)

Wen said...

ehehe don't worry Smart Reader yang one of the best... harap bleh la apply masuk SR selepas Graduate...

Nia said...

uii..kalau tak silap kat australia ade jgk ni. (kat singapore yg dekat ade, sebok australia pulak ye..hehe)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails