Monday, February 28, 2011

Ngrrrr .. kenapa sudah nak buat passport????



Kalau nampak benda color merah dekat sebelah rasa macam ada hangin pulak.
Mom heran juga kawan - kawan mom yang lain takde pun problem nak buat passport. Berjalan lancar je urusan tu. Tapi mom pulak sob sob sob ...

20/02/2011 (Sunday) Sekarang kaunter imegresen hari ahad pun bukak.So mom fikir tak yah la ambil cuti.dapat save cuti tu untuk makan angin ke hehe.. jadik mom & En.Hubby pun pakat la 20/02 tu pergi Pekan Rabu JB untuk buat passport mom and 2 anak mom . Menurut seorang kawan yang anaknya kerja dekat imegresen kalau hari ahad dia akan buat 400 passport je.Kena datang awal sikit ambil nombor. Jadik mom yang memang tak pernah buat passport ni pun menurut habis je la. Jam 7.20am dah terpacak dekat Pekan Rabu. Time kitaorg sampai ... barisan orang yang beratur dah paaanjaaang .. Dalam 200 orang la kiranya. Tapi kawan tu cakap kan 400 passport jadik kita pun tunggu la. Sejam beratur tau.Pada jam 8.20am dengan bangga nye pakcik guard kat situ pun buat pengumuman hari tu buat 150 passport je.Jadi yang selebihnya tu blah la.. (termasuk mom la tu). Letih tau kaki.

27/02/2011 ( Sunday) Dan pada hari semalam kita pergi Setia Tropika JB - tujuan buat passport jugala.Sebab minggu lepas tanya pakcik guard tu cakap kat Setia Tropika pun ado. Setia Tropika ni dekat je dengan rumah mom ,jadik dengan semangatnya kita pergila. Mula-mula memang happy sebab kita dapat nombor. Nombor kami 149. Lama jugak kita tunggu giliran.Rasa dalam sejam setengah. Yang sangat memilukan lagi panas hati bila time giliran kami pegawai tu kata passport tak boleh buat kat situ. WHY ? Sebab kami ic Sabah. Mesti buat dekat Imegresen bandar JB atau Pekan Rabu. Aduhai ... Letih tau.Rasa macam nak nangis pun ada. Dahla letih dengan karenah anak-anak yang biasalah tempat membosankan lagi kena tunggu lama (ibu-ibu mesti faham) pastu tak boleh buat pulak. Masa bagi nombor tu tak ada pulak pegawai tu cakap tak boleh buat kan. Kita bersabar tunggu sejam setengah tau , tapi mereka ni buat kerja sambil lewa je.Ada rasa terkilan la jugak.

1 comment:

r|nA @ ja|j|na said...

Uwaaaaa, letihnye klu keje mcm ni..mcm2 hal lah kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails