Wednesday, February 9, 2011

mom and CNY !!

This year cuti CNY memang best !! 6 days. cuti CNY paling banyak since 4 years kerja dekat company ni.Thanks boss. Boleh rehat-rehatkan badan dan jalan-jalan ngan family.Tak jalan ke mana pun kerana faktor-faktor ekonomi yang sedikit ketat la pulok. Jadi cuti cuti ni dipenuhi dengan memenuhi jemputan ber gong xi fa chai dekat rumah kawan-kawan .

1/02/2011 malam dah start ada pergi makan-makan, boss hubby buat dinner sebelum balik kampung dekat Melaka.Kita orang orang paling last sampai dekat restaurant tu sebab hari tu mom last day kerja. Mom malu la time tu ,last day tu kena bersihkan kedai sebelum balik surela berpeluhkan.mom cakap dekat hubby nak balik mandi dulu tapi hubby cakap tak payahlah dah lambat orang semua dah tunggu.Dengan baju-baju kerja mom pergi.Orang semua pakai la jugak baju yang sesuai ngan dinner.Alahai!!Mom saja pakai baju t shirt kerja.
Malam tu restaurant tu memang penuh la. Orang -orang dekat Sebelah-sebelah meja kitaorang tu dah start Cheers!Cheers! sambil gaul-gaul "Yee sang". Eh! baru 1hb ..bukan CNY eve ke baru ada yee sang? Maybe lepas ni mereka semua nak balik kampung masing-masing thats why la buat awal kot.

hidangan yee sang
gambar google je ni

2/02/2011 pulak en.hubby ajak pergi JUSCO Tebrau city,nak tengok wayang. Hahaha!! Kenapa la mom rasa nak gelak ,dah kawin dan beranak ni rasa macam pelik pulak bila hubby ajak tengok wayang berdua. Sebenarnya aktiviti tengok wayang berdua ni baik untu mengeratkan hubungan suami isteri. Refresh!Refresh! kan hubungan kan. Kita tengok wayang Shaolin. Cerita nya sedih. Cerita mengenai seorang Panglima yang kejam yang dilakonkan oleh Andy Lau. Gila harta dan kuasa.Akhirnya di khianati oleh orang yang paling dipercayainya. Cerita memang sedih tapi mom takde la sampai keluar air mata tapi orang tu boleh keluar air mata. Hahaha...

3/02/2011 - Dekat rumah.Bersihkan rumah.Cuci sana cuci sini.Kemas kan lemari yang dah penuh dengan barang-barang yang dah patut di buang.
4/02/2011 - Pergi rumah SIL dekat Kulai. Malam tu ada pertunjukkan bunga api. Dengar kata 1 kotak bunga api ni harga dalam 600.oo. Malam tu rasa-rasa ada 10 kotak. Then 600x 10 = 6000.00 .. Hanya untuk bunga api saja.menurut mereka semua ni mendatangkan " ONG!" untuk New year ni.

6/02/11- Petang ajak hubby pergi Danga Bay Park. Bawa anak-anak main gajah terbang. Ada ambil gambar kat sini nanti la mom upload. Mom yang memang gayat ni rasa nak cakap dekat penjaga tu stop stop je. Demi kegembiraan anak mom tahan je la pening tu. hubby awal-awal dah surrender . Hahaha ..

Tu la dia antara aktiviti-aktiviti mom time cuti CNY. Rasa tak puas la cuti... ada 1 weeks lagi musim CNY ni. Sepanjang CNY office pun tutup awal juga.Yeahh!!! Seronok je kalau dapat balik awal.

2 comments:

Just said...

simple but enjoy! yg plg best g tgk wayang with hubby! hehehe..

Anne said...

iya .. kadang-kadang romantik pun best juga!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails