Tuesday, January 4, 2011

Cerita Hari Pertama Sekolah!

Hari pertama sekolah abang Joel , mom yang gelabah pulak.Orang yang nak sekolah tu buat macam hari-hari biasa je. Haha.. Bayangkan malam mom tak tidur lena malam tu asyik terjaga je pastu tengok jam dah pukul berapa. Pastu pukul 7 am tu nak kejutkan abang Joel bukan main liat lagi.Siap cakap tak nak pergi sekolah. Anita (pengasuh) pulak klung klang klung dekat dapur sediakan breakfast. Bila mom tayang-tayangkan baju dan beg sekolah barulah "semangat nak sekolah" si abang datang balik.Cepat-cepat minta mandi dan di pakai kan baju sekolah.

Lagi 1 hal yang rasa sedih , En.Hubby hari ni siap nak bertolak lewat sikit hari ni sebab kita nak hantar si abang ke sekolah. Tugas menghantar anak ni mom yang ambil , pastu tugas mengambil anak balik pulak SIL ( sister in law) sekali harung la memandangkan anak SIL mom pun sekolah tempat yang sama . Pastu kelam kabut dan mungkin komunikasi error punya pasal SIL pukul 8am pick up si abang. " Kakak abang sudah naik kereta dengan memey(memey bukan pelakon tu k..memey ialah anak SIL mom) .. sudah langsung tak mau turun" .. Aduhai! Tengah mom dekat toilet ni la pulak Anita ni. Bila mom dah siap dan keluar jenguk si abang dan pun pergi ngan SIL. Mula-mula tu kecewa.Sebab yalah 1st day anak sekolah ni.Hari bersejarah untuk mom tau.Bila mom kol SIL memang ada salah komunikasi.Takpelah nak buat macam mana. Tapi mom terkilan juga. Next cerita dekat sekolah pulak ..

Memang dah kebiasaan semenjak baby semua orang memanggil abang dengan "Joel" dan semenjak dah ada adik kami biasakan pulak dia dengan panggilan "abang" . But nama penuh abang ialah Richard Joel. Al kisahnya bila kat sekolah cikgu memanggil abang dengan nama Richard. Cikgu ni dah nak putus urat leher memanggil Richard Richard tapi si abang tak menyahut.Macam mana nak menyahut nya memang dia tak tahu. Adei .. memang salah mom sebab tak bagitau cikgu dan si abang mengenai hal "nama" ni. Geli hati mom time SIL cerita kan hal ni. Maaf kan la mom ni.

Tu lah cerita hari persekolahan pertama si abang .. Hari ni ntah apa pulak cerita. Rasa tak sabar pulak mom nak balik rumah dan tahu cerita abang hari ni.
gambar pagi tadi time hantar abang ke tadika


baik-baik sekolah.mom loves u ..

Ps- jadi seorang ibu memang setiap hari ada je benda baru kena belajar..

2 comments:

mamasue said...

hihihi...masalah gak tu klu teacher panggil nama lain...kalau daughter mamasue pulak,mmg dah biasa mcm2 nama pggl kat dia...orang ni pggl lain,org tu pggl lain...

kakyong said...

fikri pun mcm tu..
masa cikgu panguil dia buat dek jer... ;)

selamat tahun baru Anne

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails