Friday, November 26, 2010

GA Teka dan menang ibu3A

Di petang yang indah ini .. mom nak join GA teka dan menang oleh kak yong.
Boleh teka 2 kali kan kak yong .. Jadi tekaan mom ialah ...

1.Rm 82.00
2. Rm 82.20


Gigih ni tadi kira syiling tu.siap zoomm in and out lagi tau. Thanks la kepada Puan penganjur kerana buat GA ni. Gudluck to my self and semua yang menyertai. Yang belum join boleh klik banner kat bawah ni k.

Thursday, November 25, 2010

Award+Soalan Tag Panas!!

Aduhai cik Chenta .. Panas ni award + soalan tag. Malu juga nak ambil award ni. Nanti tiba-tiba ada yang komen " EH!ko superstar ke, visitor boleh di bilang dengan jari" .. Mom masa blogwalking tadi ada la terbaca cerita-cerita mengenai komen-komen anonymous yang menyakitkan hati orang. Hmm .. Apa la niat mereka ye? Anyway mom nak juga buat tag dari cik chenta ni.Thanks ye cik chenta. Kreatif sungguh la orang-orang sekarang ni.Tak terfikir pulak boleh buat stars macam dalam gambar tu.

Tag panass untuk award ni :

Sila jelaskan kenapa anda suka berblogging?
Penuhkan masa lapang.Boleh tambahkan kenalan.Boleh baca dan kongsi pengalaman dengan orang lain.Well yang baik jadikan teladan yang tak baik jadikan sempadan la.

Apa motif anda tarik follower? Anda superstar ka?
Adei soalan ni sikit punya pedih nak jawap. Memangla mom ni bukan superstar.Motif tarik follower ?? Emm.. Banyak permasalahan dalam hidup,kadang mom buat entry supaya kawan-kawan boleh komen dan mom pulak boleh baca komen-komen tu sambil fikirkan penyelesaian masalah.

Cerita sikit perangai anda..
Di dunia nyata mom seorang yang pendiam.Lebih suka menjadi pendengar dan pemerhati.Puas juga mom kikis sifat ni tapi .. takleh.

Pernah terfikir nak masuk magazine a.k.a mewar-warkan blog anda? mengapa?
Gelak sebelum jawap soalan ini. Sebenarnya memang ada la terfikir.Kalau diberikan peluang mestilah nak kan. Mana la tau boleh dapat income blogging macam Redmummy.com.

Sila tag blogger lain.. Kak Yong , PG ..



Kes Hassan Skodeng..

Akhbar Harian Metro Hari ini(page14). Mula-mula tengok tajuk tu ingatkan Hassan tukang skodeng orang mandi ke apa, rupanya kisah seorang Blogger yang akan dibicarakan pada 26.01.2011 kerana didakwa memulakan penghantaran komen palsu berhubung artikel "TNB to sue WWF over Earth Hour" di laman blog miliknya iaitu Nose4News 2 bulan lalu.

Menurut sumber (Harian Metro) pada 2.09.2010 lalu Hassan Skodeng atau nama sebenarnya Irwan Abdul Rahman,36 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat dan memulakan komen palsu di laman blog Nose4News dengan niat hendak menyakitkan hati orang lain.Artikel ini di tulis dalam bentuk berita berdasarkan satu sidang akhbar palsu oleh Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh yang kononnya menyatakan bahawa syarikat itu akan menyaman WWF berhubung kempen Earth Hour. Hassan Skodeng ni juga adalah editor ruangan Lifestyle&Entertainment akhbar The Malay Mail.Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta588)


Hmmm .. Blog ni memang la kita punya tapi tak semestinya kita boleh conteng sesuka hati sebab silap haribulan dapat surat peguam. Bagaimana la pulak nasib UNCLE SEEKERS tu?



Wednesday, November 24, 2010

Hadiah Baby&Me GA oleh Nia dah sampai.

3 hari tak dapat jengah blog mom ni.Rindu nak baca update dari kawan-kawan blogger.
Ni mom nak story ..biarpun dekat Johor Bahru ni hujan sekaligus mood orang pun mendung dan sikit punya ngantuk .. namun Thanks pada encik Posmen yang gigih juga menghantar surat walaupun hujan.Alahai .. basah jugak surat mom ni. Tengok sampul surat besar je hohoho mom dah tau mesti hadiah GA.



Ni la dia GiveAway dari blog Nia ~Baby & Me . Key Chain Penyu Pulau Perhentian dan Buku Resepi Creative Recipes with Bread. Buku tu sebagai tanda minta maaf sebab lambat pos. Laa.. tak kisah pun la Nia.Faham juga la masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga.Mom hari tu buat GA pun lambat pos hadiah.Memang gelabah juga risau nanti ada yang kecik hati.


Ps- Nia ni Cikgu dekat SMK Seksyen 24 ye .. (^^o) .. thanks ya dear.


Saturday, November 20, 2010

Jom Join Lucky Draw di Suffah Beauty Shop

Hari ni mom nak join Lucky Draw Suffah Beauty.

Syarat penyertaan:
  • mestilah menjadi follower di SUFFAH BEAUTY SHOP dan FIGUREUP2U
  • buat satu special post mengenai giveway ini di blog/web peribadi anda dan tinggalkan link penyertaan anda di kotak komen entry ini
  • jika anda memenangi cabutan bertuah ini, barang akan di kurier terus direct pada anda. Hanya 3 pemenang dipilih
  • warganegara Malaysia dan beralamat di Malaysia (duk OC tak jadi masalah)
  • tarikh tutup penyertaan adalah pada 26/11/2010 - my birthday la hehe .. jam 11 malam.
  • Pemenang bertuah akan diumumkan di sini pada 28/11/2010

Ps- Nak join klik sini.

Akhirnya ... Berjalan juga. Congrat adik!!



Hip..hip.. hooraayy.. !! Congrat untuk adik Ezra sebab telah berjaya mengatur langkah dengan jayanya dengan 2 kaki kecil itu. Goodbye crawling crawling dekat lantai .. Mom dah start risau bila adik yang dah nak 1 tahun 2 bulan belum pandai berjalan. Berdiri pun adik malas.Asyik dan duduk dan dukung je. Aduhai mana la mom dan kak Nita (pengasuh) larat nak dukung adik yang berat dekat 10kg tu. Kalau kita boo layan kan dia melalak meraung , malu pulak dekat jiran sebelah.

Mom lagi bertambah risau bila tengok anak kawan 10 bulan dah pandai jalan, anak sorang kawan mom yang baya adik pula dah berlari main dekat luar. Pastu pada 10/11/2010 jam 8:02:58 malam adik tiba-tiba jalan ke arah mom sambil gelak-gelak. Dan mom betul-betul dapat capture moment tu. Well ...biasa la hati para ibu-ibu ni ,mudah je terharu ..apa lagi jatuh juga air mata mom happy tengok adik dah start jalan. Sejak hari tu sampai sekarang adik dah start la jalan sana sini, ke dapur ke bilik ..

this is the moment ..
10/11/2010
8:02:58 pm


Ps - syukur ..

Friday, November 19, 2010

Surat Panggilan Temuduga SPA

gambar dari yahoo search

Semalam masa balik rumah mom terpandang surat berlambang 2 harimau macam kat atas tu. Hati ini berbunga-bunga riang. Sebab mom tahu surat tu pasti SPA punye. Maklumlah dah 4 kali dapat surat tu. Ini kali yang ke-5.
Entahla napa mom ni tak juga dapat dapat kerja dekat kerajaan tu.. Huahuahua .. Mom tak pandai jawap soalan interbiu la agaknye.
4 kali mom dapat surat interbiu tu 2 daripadanya mom tak dapat datang. 1 sebab mom salah isi borang permohonan tu , mom letak interbiu dekat kampung halaman Sabah sedangkan empunya diri sedang sambung sekolah dekat Pahang. Dan yang ke-2 tahun 2009,masa tu mom tinggal tunggu hari je nak bersalin.Boleh pulak surat temuduga ni datang..

Jadi untuk yang kesekian kalinya mom dapat lagi surat interbiu bertarikh 29/11/10. Seminggu je lagi. Ala jawatan Pembantu Tadbir je ... Takde la Pegawai besar .. Apa-apa pun mom menaruh harapan juga untuk berjaya kali. Aduhai tuan/puan penemuduga kali ni mom pula nak pergi temuduga. Berdebar -debar rasanye.



Ps - doakan mom agar kali ni berpeluang la merasa kerja government pulak. Sudah 6 tahun mom kerja swasta je .. 6 hari kerja .. 9am - 7 pm ...



Wednesday, November 17, 2010

GA Bicara Kasih


hi hi.. GA lagi di hari cuti ini. GA start 13/11/10 - 6/12/10
GA dianjurkan oleh Nur Qistina
Nak join klik sini




SaPe Nak FM Fraser Hill?


GA by nana. Due : 21/11/10 .Sapa nak join klik sini.

Tuesday, November 16, 2010

Tag Membawa Padah.

Bila mom blogwalking selalu terjumpa tag 25 perkara dekat blog kawan-kawan. Last-last mom pun kena juga tag ni. Mom telah di tag oleh jijana from My S'crap'book of Life.

Bila dapat tag ni kena nyatakan 25 perkara mengenai diri.Fakta,habits atau goal.Lepas dah siap kena tag 25 kawan lagi dan kena tag balik kawan yang tag kita tu.Lepas tu orang-orang yang kena tag kena buat entry dengan title "Tag Membawa Padah" . So ni 25 perkara daripada mom.
  1. Mom seorang ibu beranak dua yang comel+gebu. Comel dalam erti kata kecik sebab ketinggian hanya 5" saja dan gebu dalam erti kata chubby dengan berat 62kg .
  2. Mom berasal daripada Sabah dan berketurunan Kadazan Dusun tapi current city ialah Johor Bahru.
  3. Warna kulit kuning langsat.
  4. Sangat tak suka pada keadaan bising dan suasana kelam kabut.
  5. Rabun jauh.
  6. Sekolah sampai diploma aje .Well cita-cita tinggi tapi tidak kesampaian.
  7. Anak ke-2 daripada 3 orang adik beradik. Mom ada seorang abang dan adik perempuan yang akan menduduki exam STPM tak lama lagi.
  8. Mom sekarang ni merupakan "ibu bekerja".
  9. Mom nakkk sangat melancong ke Australia Jepun dan New Zealand
  10. Berazam nak memiliki rumah idaman sebelum atau paling lewat umur 30 tahun.Ada 2 tahun lagi.hehehe.
  11. Hari ni mom marah esok dah lupa.
  12. Seorang penabung.kalau tak dapat menabung pasti resah sepanjang masa. Biar sedikit tapi mesti ada.
  13. Korang dah round 1 Malaysia ke? Mom berazam nak habiskan meronda negeri-negeri di Malaysia . tinggal berapa je lagi.. Kelantan,Terengganu,Perlis,N9 dan Sarawak. jauh-jauh.. huhu..
  14. Dah panjat Gunung Kinabalu pada tahun 2000.
  15. sangat suka buah mangga.
  16. Pernah jatuh dari tingkat 1 (15 anak tangga) pada umur 5 tahun. Cedera pada hidung dan patah 2 batang gigi. Ngerii..
  17. Hari pertama memandu selepas dapat lesen ,langgar belakang lori.
  18. Pernah dilanggar motosikal time menunggu bas nak balik hostel. Dan yang paling benci dan marah bila orang yang langgar tu hanya tanya "handphone rosak ke?" bukan tanya kita ada ape ke..
  19. Pernah tersesat jalan time memungut derma Pasukan Pengakap.Masa tu tahun 1994 mom darjah 6. Kami berjalan kaki 12 km . sian ..
  20. Like Pizza & white coffee so much.
  21. Sangat suka masak.Tapi selalu masakan kurang menjadi.
  22. Suka barangan kraf .
  23. Suka berblog.
  24. Pasang impian nak jadi tokey kedai online.
  25. First impression orang terhadap mom = sombong.

Susah juga nak cari fakta diri sendiri ni. Hmmm .. bagus juga tag ni.Boleh kenal dan faham diri sendiri. Seterusnya 25 orang yang di tag.. jijana,eka & t.o.r.r.e.s, ceekeen,lia asmira,applegreen,Kak Yong,Qarami,teratak indah, izan, cik puan gaban, syahadah,anjell,lin azlin,lulu,mia,rina dorina,virtualforest, yatie,nik,haszuraidah ishak

Ps- tamat.Adei... panjang betul tag ni.

Monday, November 15, 2010

HQ kami ala-ala Juri Program Realiti Tv.

HQ atau ayat penuhnya Head Quarters. HQ ni biasa ada la kalau company yang cawangan nya bersepah-sepah dari Perlis ke Sabah. But company tempat mom kerja ni tak adalah sebesar itu, hanya bersepah dekat Johor Bahru saja cawangan. HQ mom sangat la mengerikan ok, bukan sebab ada hantu mengganas tapi sebab dekat HQ mom tu berkumpul Juri-juri program realiti tv. Dan kalau la benar mereka itu juri program realiti bagus juga , ada peluang glamour gitu kan. Tapi mereka itu hanyak juri syok sendiri saja kawan-kawan .. tapi bisa membuatkan kita senak perut. Sehinggakan kami assistant-assistant dekat cawangan memasing akan memujuk manager memasing pergi ke HQ kalau ada hal. Well manager biasa memang suko kalau gi HQ sebab mungkin berpeluang beramah mesra dekat BOSS dan meningkatkan peluang untuk tunjuk skill dan naik pangkat.

Perkara-perkara yang harus dilalui kalau pergi HQ :

1. Bersedia untuk dihakimi oleh 6 orang juri kecantikan.

2. Anda akan dihakimi dari hujung rambut ke hujung kaki ala-ala miss world. Korang jangan main-main tau, juri ni sangat teliti.Sehinggakan mereka boleh tahu kiranya korang dah bertambah berat walaupun sekilo dan rambut anda dah kurang sikit.

3.Kiranya hari tu korang mungkin nampak tak kemas dan mungkin tak ada pakai makeup mereka akan soal dan selidik dengan soalan , kamu tak ada masa ke? hari-hari kena masak ke sampai tak ada masa? oo..rumah ada orang gaji tu lah sekarang gemuk kan sebab balik rumah semua dah siap.
4.malah begitu prihatin dengan hal-hal personal .. seperti , orang gaji cantik tak? suami tak ada jeling-jeling orang gaji..

5. Soalan-soalan cari calon menantu. Setiap staff di branch anda akan ditanya soalan-soalan kepribadian. Dah kahwin? Ada tunang? Ada boifren?Handsome or cantik ke? Gemuk atau kurus?

6.Akan dihidangkan dengan gosip-gosip hangat dan sensasi dari branch-branch. Contoh Skandal manager dekat branch A dengan staff A. Si B yang nampak berisi mungkinka ada isi .. Aduhai macam artis-artis kan.

7.Dan beberapa hari kemudian anda akan dengar news-news pasal diri korang daripada kawan-kawan branch lain.

Amacam best ?? Kalau rasa nak test-test adakah kasut baru anda lawa dan produk pelangsingan yang diamalkan berkesan boleh la datang ke HQ. Pasti mendapat review yang bernas daripada juri.


Sekian report mom hari ini .



Saturday, November 13, 2010

GA Domain From MelRomeo.com

Tag daripada rakan suka duka di dunia sesawang ini (^^0) hada..

Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS

1. PG

2. CeeKeen

3. Qarami

4. Atie

5. Aku Gadis

MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG

GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM


Friday, November 12, 2010

Just Corner BO GiveAway


Many thanks to Just Corner for this awesome GiveAway.
Mom tau GiveAway ni time membalas kunjungan tuan punya blog.

Jadi korang yang nak join sekali jom-jom.. hadiah best sedang menanti. Sekiranya korang sertai GiveAway ni, tolong la sebutkan sekali mom sebagai referrer. Sebab GA ni terbahagi kepada Lucky Draw & Top Referrer. Mana tau kan tak lucky tapi lucky lucky dapat top referrer pulok. Ehehehe..

The prizesss ..


comey nye yang pink tu ..

Jom join. Tarikh tutup penyertaan 12noon 30/11/2010. Klik sini ..

"SHOW YOUR TEETH BABY!" CONTEST 2010

Di hari jumaat yang indah dan panas terik ni mom nak sertai contest tayang gigi comel yang dianjurkan oleh RICH MOM DIARY. Contest akan berakhir 3 Disember 2010 nanti. Jadi pada yang nak join sekali sila la klik sini .

Syarat utama contest ni ialah sekeping gambar tayang gigi anak anda.Jadi kat bawah ni mom tampalkan gambar adik Ezra yang tengah tayang 6 batang gigi dengan bangga. 6 batang gigi tu lah yang selalu buat lengan dan bahu mom lebam-lebam kena gigitan. (Paling ngeri bila menyusu badan dan bolehla pulak si kecik ni gigit..para ibu-ibu yang breastfeeding faham la.. sakit wooo...)


Nama: Reinhart J.Ezra Marflienc
D.o.B: 23 August 2009
Age:1 year 2 month
Hobby: Kecik lagik ni,tapi ikut pemerhatian mom tiap kali ada
lagu-lagu dekat Tv dia akan
cepat-cepat berdiri depan tv.
Jadi hobi adik ezra Suka nyanyi dan dengar muzik ..

Berapa batang gigi sekarang? :Gambar ni masa dia 11 bulan.sekarang dah ada 8 batang.


Ps - Thanks pada Puan Harlinda Halim atas contest yang best ni.



Thursday, November 11, 2010

Diana Danielle twins,lisa surihani twins ???


Nadine Alexandra Dewi Ames dan Diana danielle Beeson


Uii.. memang sama kan muka mereka,mungkin bentuk muka Nadine lebih bujur sikit la kan.



Lisa Surihani dan Kembar Lisa Surihani

Fuh! Seksi tu kembar lisa surihani.



Ps- Nak baca lebih lanjut dan gambar lebih jelas boleh visit CikYam.Com dan Beutifulnara.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails