Saturday, October 30, 2010

Miela77online Shoppe GA



Cloth Diaper !! Busha Pant!! Busha Sock!!

Ni antara hadiah untuk Miela77Online Shoppe GA
BestKan.
Jom Join. Kalau korang tau GA ni dari blog mom bagitau la mom Referrer korang ye..
Banyak pulak GA dengan TOP Referrer sekarang kan. Yang ni mom nak join la top referrer tu. Mana tau ada rezeki.


Ok la.Kalau nak join KLIK SINI k.



Award dari Has..

Award dari Has.






Ps - Happy kan bila dapat award.Terasa Eh!Eh! Di hargai juga kehadiran blog kecil kita ni dalam alam maya tanpa batasan ni.







GA kecantikan !!

hai hai.. mom nak join GA yang dianjurkan oleh ardinihumaira.com dan disponsor oleh Suffah Beauty Shop yang akan tamat pada 30/10/10 jam 11 malam ini.

kalau korang pun rasa nak join klik sini .




Friday, October 29, 2010

Mayat Budak Dalam Beg!!

sumber berita dan gambar~ harian metro online

AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@hmetro.com.my Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang. Nak baca lebih lanjut klik sini ..

Takut mom baca berita sekarang ni.. Orang kita ganas dan kejam. Apa sebenarnya yang pembunuh tu fikir masa dia bunuh orang.Tak ada ke rasa takut , rasa bersalah. Memang tak mungkin dilakukan oleh seorang yang waras kan.Tapi rata-rata penjenayah yang ditangkap tu semua nya berfikiran waras kan.


gambar ni di ambil dari kosmo online

Bayangkan budak 12 tahun yang di bunuh disumbat dalam beg ni pulak. Pelik pulak mom nampak pakaian tu.. Dibuang dengan pakaian dia sekali ke????

Ps - Dunia semakin hancurrrr..


Thursday, October 28, 2010

Gaduh besar kerana hp..

Di suatu majlis hari jadi yang riuh rendah, terlihat sepasang suami isteri yang bermasam muka. Si suami yang sedang mengendong bayi yang sedang berteriak-teriak menangis merenung tajam si isteri yang mom tengok matanya dah kemerah-merahan.
Beberapa minit yang lalu ...
Si suami sedang makan sambil mengendong bayi kecil mereka (mom tak silap baru 3 bulan) yang dah start nak meragam.Mungkin tak biasa dengan bunyi bising majlis harijadi yang memang ramai budak-budak.kalau dah ramai budak namanya biasala kan mesti riuh.Atau mungkin juga perut si kecil sudah bernyanyi-nyanyi minta susu ibu. Biasalah kalau suara baby menangis lebih menarik perhatian.Jadi mom yang telinga sensitip ni pun asyik-asyik toleh si kecil ni. Mom tengok si suami dan start melilau-lilau mata cari isterinya. Mom pun ikut pelik juga,mana mak budak ni.Rasanye 1 rumah ni boleh dengar tangisan tu.Lalu mata mom pun ikut melilau sama.. Dah di sudut rumah mom pun dapat cari mak budak ni yang tengah bermain handset dengan sorang lagi anak dara.Entah ape yang mereka tengok ke main game ?? sambil terkekek-kekek lagi. Adei..Sampai anak nangis pun dah tak pedulik ke? Pastu si suami panggil-panggil pun buat dek je.. Pastu sekali si suami dah hangin 1 badan sound kat dia " mama! kalau mama nak main handset je baik duduk rumah saja.Anak dah nangis macam ni pun mama tak pedulik! ". Adei .. Perasaan mom time tu bercampur-campur. Mom rasa kesian malah turut rasa tempias malu tu.

Moral of the story ~ Dunia sekarang memang dah banyak berubah dari segi teknologi .Semua best-best belaka tapi tugas seorang ibu untuk sentiasa memerhatikan anak-anaknya tetap sama dari dulu,sekarang dan sampai bila-bila.



Papa & Baby Contest

Hai,hai dan hai lagik!!
Jom join GA by CuteMUM
Minat nak sertai sila la join selewat-lewatnye 14/11/2010.

Syarat-Syaratnya.... (copy & paste je ni dari blog penganjur )
1) Terbuka kepada semua bloggers yang beralamat di Malaysia..
Bagi bloggers yang dok overseas jangan sedih, masih boleh join.. Janji ada alamat yang sah kat Malaysia yer..

2) Buat satu entri pasal Contest ni..
Jangan lupa letak banner (Daddy & Dania) tue kat dalam entri & sidebar blog anda..
Sila pastikan link back..

3) Yang nie susah sikit....
Upload hanya SEKEPING gambar PAPA bersama Baby mereka..
(Umur Baby mestilah dalam lingkungan 0 hari - 5 Tahun)
Tak kesah samada Baby itu anak anda @ anak sedara @ anak jiran....
Asalkan Baby bergambar dengan PAPA mereka....
(jangan lupa minta kebenaran dulu yer...)
Bagi yang ada Baby lebih dari 1 tue, boleh join jugak.. Tapi lain-lain entri yer...

4) Sila nyatakan sekali Nama Papa, N ama Baby dan Umur Baby...

5) Akhir sekali, sila letak Blog Badge Cute Mum di SideBar blog yer...

6) Complete semua, tinggalkan komen di entri ini...

Pemena ng:
2 Orang dari Kategori Hensome Boy & 2 Orang dari Kategori Cute Girl.....

Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yang PALING KREATIF, MENARIK & LUCU serta menunjukkan kemesraan & kece riaan PAPA bersama BABY..
Juri - juri terdiri daripada orang-orang sekeliling Cute Mum..tapi bukan di kalangan blogger...
Keputusan adalah Muktamad...

Hadia h :
Barangan Baby...


Jadi kat sini mom tampalkan gambar En.Hubby dan adik Ezra yang telah di snap oleh abang Joel beberapa hari yang lalu.

Nama Papa : Marflienc Richard
Nama Anak : Reinhart J.Ezra Marflienc
Umur:1 tahun 2 bulan




Ps - Thank You En.Hubby kerana sudi sentiasa ceria layan karenah anak-anak ++ me. (^^o)



Baby & Me Cute GA


mom joining this GA.. due on 31/10/10.
nak join sama klik sini


Ps - thanks kepada penganjur GA.

Wednesday, October 27, 2010

Brand Local yang eh!eh! Best!

Mom nak kongsi cerita pasal satu produk local ni. Local tu maksudnya made in Malaysia la. Biasala kan rata-rata orang kita ni kalau boleh nak pakai brand luar negara.Kelassss gitu kan. Ala tak mau cakap orang la , mom pun begitu kalau barangan elektrik macam peti ais ke,tv ke mom pilih Made in Japan. Tapi dulu masa mom masih belajar mom ada juga beli rice cooker brand Khind(made in malaysia ni). Ada 3 tahun juga pakai.Lepas tu bukan tak pakai sebab rosak.Tapi kerana size kecik sangat jadi mom dah tak guna dah.

Ok berbalik pada produk local yang mom maksudkan tadi. Sebulan yang lalu mom tengah shopping barang dapur dan barang anak. Mom nak beli diapers untuk adik Ezra. Mula-mula dulu mom guna drypers tapi adik selalu ruam.Tukar pulak huggies warna biru.Yang ni selalu bocor dekat tepi pulak. Entah la sebab adik terlalu aktif ke sampai bila kencing basah juga seluar. Macam tak pakai diapers pulak , padahal baru tukar juga.Kencing adik banyak sangat ke ?? tak kan 2 kali kencing dah basah kot ?? Pastu mom tukar lagi , salesgirl syorkan mom pakai huggies ultra yang packaging color merah tu.Dia kata yang ni penyerapan lagi baik dan soft. Alahai yang ni pulak ruam merah adik datang lagi. Sebab terlalu tebal ke?? Mom bukan biar lama pun diapers adik.paling lama 5 jam je pakai pastu mesti tukar. (lama sangat ke tu???)

Pastu pada hari mom bershopping tu ada la sorang aunty salesgirl ni , macam tau tau je mom tengah cari diapers kan. dia syorkan mom guna diapex . Made in malaysia ni. mom sebenarnya nak rembat mamypoko je. Tapi untuk tidak menghampakan salesgirl tu mom beli pack percubaan diapex ni. Balik rumah tu mom siap di leteri oleh En.hubby lagi. Dia kata " buat apa beli ni.. mami ni nak yang murahhhhh aje.esok ruam adik makin teruk nanti mami tau sendirik la" . Adei.. sampai macam tu sekali. Dan setelah di cuba.. Eh!eh! memang bagus la. Tak ada kebocoran,tak ada ruam. Adik boleh pakai sepanjang malam tanpa kebocoran dan ruam.

Well.. kulit baby ni lain-lain juga. But its really work on adik Ezra la. Mom puas hati dengan brand ni. Kalau ada para ibu yang ada masalah ruam-ruam lagi ngan anak boleh la cuba brand ni.
Mom dah beli beberapa pack untuk adik last week. untuk saiz L harga Rm29 untuk 69 keping.
Dan bila mom google rupanya selain dari diapex ni, company ini juga adalah pengeluar tisu Premier tu.

Ps - Macam iklan pulak.Hehe.. sekadar nak berkongsi info ni dengan ibu-ibu di luar sana. Mom belum pernah guna diaper cloth je lagi. Next time kalau ada rezeki anak ke-3 mom nak juga cuba diaper cloth.





Tuesday, October 26, 2010

Adei bermood-mood la pulak!!

Sudah dua tiga hari tak ada tulis entry.Tak bermood la pulak nak menulis.. Bukan tak ada online.Ada tapi cuma blogwalking ke laman kawan-kawan, baca dan komen sikit-sikit saja.Cerita dekat sekeliling pun banyak sebenarnya .. minggu lepas saja Johor Bahru ni jerebu akibat kebakaran hutan dekat sumatera. Mula-mula ingatkan Jabatan Kesihatan tengah sembur racun untuk nyamuk aedes, maklumlah area Taman Daya dan Setia Indah ni asyik-asyik ada je yang kena demam denggi. Rupanya bukan sembur nyamuk tapi jerebu .. Mom mula risau juga kalau jerebu tu berpanjangan.Abang dan adik dah start batuk , mom pulak gatal-gatal dekat mata .. Mujurlah dua tiga hari ni hujan.Sekarang ni jerebu dah tak ada la dekat area mom ni.
Syukur..
sepanjang jerebu tu juga adik dan abang mom tak bawa keluar jalan-jalan. Yalah lebih baik mencegah daripada mengubati kan. ohohoho .. adik dan abang kalau dah sakit ,lambat sembuh!!


mom tak suka makan jagung .. adik+abang suka.

bermain doktor-doktor..


Ps- esok area tempat mom tinggal tak ada air pulak. 10pagi - 10 malam.Ada-ada je hal.



Saturday, October 23, 2010

1st Hotz mama -cabutan amat bertuah.

**sticky mode till 23/10/10.. scroll down for new entries**



Syarat-syarat Penyertaan...

  1. Anda adalah seorang blogger (means kena ada blog sendiri naa)
  2. Menetap di Malaysia, x kisah la kt Semenanjung, Sabah n Sarawak
  3. Pastu, Copy Paste jer entry nie, letak kt entri korg, wajib buat entry secara Sticky POst kt blog masing2.. (Toturial camna nk buat sticky post leh study kt SINI)..
  4. sorg leh join satu entry ja taaaaauu..
  5. LEpas siap jer entri korg, korg komen jer entry nie, pastu jgn lupa letak link entry tu skali ek..
  6. Akhir skali.. jgn lupa jadik follower mummy..
  7. Tarikh tutup Lucky draw nie 23 Oct 2010 (nie tarikh utk sticky korg ek), nnt lepas tarikh nie, korg leh buang dah date tu
  8. Nanti mummy akan pilih pemenang guna menda INI

ps - bestnye ..thanks pada penganjur!!





Wednesday, October 20, 2010

Tentang Seseorang 1st GA


Memanjang entry pasal giveaway kan. KOrang boring ke?
Jangan la korang boring visit-visit mom pulak. kesunyian mom dekat alam maya yang tak ada sempadan ni kalau korang tak visit.

Kalau korang boring juga jomlah join GA dari seorang blogger iaitu JUE yang bakal menjadi ibu 244 hari lagi ( yang ni mom tengok dari Babystrology dekat blog beliau) . syarat-syarat :

1) Anda mestilah seorang blogger dan ada blog sendiri...
2) mesti menjadi Follower TeNtANg sESeORaNg dan add dlm Blog List
3) Buat satu entry tentang GA ni..

4) Tajuk entry mesti " TeNtANg sESeORaNg 1st GiveAway"

5) Copy and paste banner GA ni kat entry dan sidebar beserta link ke blog ni..

6) Tag 2 orang kwn dan pastikan kwn anda tahu yg dia di tag..

7) tinggalkan link comment anda di entry ini untuk Jue jenguk nanti..

Untuk Tag pulak mom pilih

HAS
Cik Puan Gaban

(telah di bagitau melalui shoutmix memasing)
GA berakhir 13/11/2010.

PS - thanks Jue for untuk GA yang best 100x !!




Catlinaflybaby Celebrates......Beautiful Mom-To-Be


Well mom ni nak ikut kategori B la sebab mom tak ada gambar cantik pulak masa preggy.Malu la.Hehehe. Referrer mom .. Haszuraidah (^^o)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails