Thursday, September 30, 2010

TopsyTurvyMum 1st Lucky Draw(Sticky Entry)

Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.

6. Pemenang akan dipilih DI SINI.


Ps- Jom Join..Klik sini

5 benda yang anda mungkin/langsung tak tahu mengenai HP!!!!

mom nak share something very useful pada pandangan mom la..
info berguna ni mom dapat dari hasil blogwalking.Thanks pada blogger Pixie Alex. Mom copy & paste je info berguna ni.



5 Things You Never Knew Your Cell Phone Could Do

For all the folks with cell phones. (This should be printed and kept in your car, purse, and wallet. Good information to have with you.)
There are a few things that can be done in times of grave emergencies.
Your mobile phone
can actually be a life saver or an emergency tool for survival. Check out the things that you can do with it:
FIRST
Emergency
The Emergency Number worldwide for Mobile is 112. If you find Yourself out of the coverage area of your mobile network and there is an Emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to Establish the emergency number for you, and interestingly, this number 112 can be dialed even if the keypad is locked. Try it out
SECOND
Have you locked your keys in the car?
Does your car have remote keyless entry? This may come in handy someday. Good reason to own a cell phone: If you lock your keys In the car and the spare keys are at home, call someone at home on their cell phone from your cell phone. Hold your cell phone about a foot From your car door and have the person at your home press the unlock button, holding it near the mobile phone on their end. Your car will unlock. Saves someone from having to drive your keys to you. Distance is no object. You could be hundreds of miles away, and if you can reach someone who has the other ' remote ' for your car, you can unlock the doors (or the trunk).
Editor’s Note: It works fine! We tried it out and it unlocked our car over a cell phone! '
THIRD
Hidden Battery Power
Imagine your cell battery is very low. To activate, press the keys *3370#. Your cell phone will restart with this reserve and the instrument will show a 50% increase in battery. This reserve will get charged when you charge your cell phone next time.
FOURTH
How to disable a STOLEN mobile phone?
To check your Mobile phone's serial number, key in the following Digits on your phone: *#06#. A 15-digit code will appear on the screen. This number is unique to your handset. Write it down and keep it somewhere safe.
If your
phone gets stolen, you can phone your service provider and give them this code. They will then be able to block your handset so even if the thief changes the SIM card, your phone will be totally useless. You probably won't get your phone back, but at least you know that whoever stole it can’t use/sell it either. If everybody does this, there would be no point in people stealing mobile phones.
And Finally......
FIFTH
Free Directory Service for Cells
Cell phone companies are charging us $1.00 to $1.75 or more for 411 information calls when they don’t have to. Most of us do not carry a telephone directory in our vehicle, which makes this situation even more of a problem. When you need to use the 411 information option, simply dial: (800)FREE411 (800)FREE411, or (800) 373-3411 (800) 373-3411 without incurring any charge at all. Program this into your cell phone now.

This is the kind of information people don't mind receiving.
So pass it on to your family and friends.



Ps- mom langsung tak tau pasal info-info ni.. Hahaha...



Wednesday, September 29, 2010

Pengumuman kepada all Nuffnanger!

KOrang ada tak dapat email daripada Nuffnang pasal click fraud?
Kepada yang belum ada terima or maybe belum bukak mail lagi sila baca pengumuman di bawah k.Mom copy & paste je ni.


Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd


Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community



Monday, September 27, 2010

Jadual Waktu mom ketika cuti kerja(Sunday)

6.30am - Wake up.Ikut hati belum nak bangun ni tapi si kecil adik dah panjat-panjat siap nak korek mata la , hidung la , tarik rambut la.. adeiii...
6.30am ~ 7.30am - mandi , masak air panas untuk breakfast , bancuh air untuk minum , sediakan air mandian adik.Masak bubur nasi untuk adik.
7.30am ~ 8.30am - Abang Joel dah bangun time ni.mandikan dan siapkan adik. Sambil tu kerah-kerahkan si abang suruh gi gosok gigi.Pastu mandikan si abang pulak.
8.30 ~ 9.30am - Bagi adik dan abang breakfast la.. Si adik bubur nasi la,kalau tak pun roti + susu. Si abang pulak biasanya pagi-pagi nak makan telur setengah masak + milo. Pas makan adik ngan abang main depan tv la. Buka channel 613 PHDC dekat astro and then mom klung..klang..klung klang lagi dekat dapur masak mee/nasi goreng untuk breakfast.
9.30am ~ 10.00am - Mr.Hubby bangun. (--) .. kitaorang pulak makan.
10.00am ~ 1.00pm - Kalau tak ada bawa anak-anak keluar jalan-jalan maka waktu ni mom akan basuh baju.kemas rumah dan masak-masak untuk makan tengah hari.
1.00pm~3.00pm -Bagi anak tidur.Time ni mom pun ikut jugak la ZzzZZzzZZ..
3.00pm ~4.30pm - Sessi sembang-sembang ngan anak-anak dekat depan tv.Sambil minum-minum petang.
4.30pm ~ 7.00pm - Time ni kebiasaan kami sekeluarga ialah pergi pasar beli ikan,sayur dan barang keperluan lain.Kalau tak pon pergi rumah saudara.
7.00pm ~ 10.00pm - Mandikan anak.Aktiviti siang-siang ikan , masak-masak ,makan-makan dan bermain ngan anak-anak.
10.00pm ~ Tido kan anak-anak.
11.00pm ~ Selalunya kalau tak ngantuk lagi kita tengok tv lagi. 12.30am confirm dah zZzzZZ..


Macam tu lah cuti mom saban hari..saban bulan..saban tahun sejak bergelar ibu. Macam boring je kan. Aktiviti hujung minggu korang mesti best-best kan. Mom tak kisahlah aktiviti apa pun yang penting ada anak-anak. Walaupun selalu karenah 2 anak lelaki mom tu buat mom hangin 1 badan tapi mereka tetap buah hati pengarang jantung mom. .



Ps - Time remaja dulu jadual waktu mom ketika cuti ialah 7.30am bangun 8.00am - 5.00pm window shopping bersama kawan-kawan ..



Friday, September 24, 2010

DigiPhone4 Me by NUffnang..

Semua nuffnangers mesti tau pasal contest ni kan.
Sesungguhnye mom teruja sangat nak join , tapi rasa segan silu pulak pada blogger-blogger otai.Mampuke mom ni beri saingan.
iphone4 free tu wei .. lumayan sungguh. Nak join kena buat 4 task means 4 entry la tu.

Nak join la.Belum cuba belum tau kan. haha..Malam ni la mom peras-peras sikit otak ni untuk buat entry tu.


Thursday, September 23, 2010

Kisah sebuah bank !

gambar google ni..bukan cheque mom (^^)

Sesiapa yang ada company Enterprise,Trading or SDN.BHD dan yang dalam akaun memang berkepuk duit mungkin dah biasa dengan cheque-cheque ni kan.Pagi tadi adalah seorang customer ni cerita dekat mom. Pengenalan sikit ye.. Beliau ni tuan punya company construction & renovation. Ala.. yang pasang-pasang tiles rumah ke , korang nak pecahkan dinding rumah dan besarkan dapur..hah macam tu la kerja dia ni.Jadi semua bahan-bahan mentah yang di bekalkan oleh supplier tu biasanya dibayar secara term.40 hari ke atau 60 hari dengan menggunakan cheque.

Nak di jadikan cerita beliau ni komplen-komplen la dekat mom.Beliau ni telah membuka 2 akaun but 1 nama company dalam bank ni. setiap akaun ada buku cheque yang berlainan. semalam beliau telah issued 1 cheque untuk bayar kepada supplier. Pastu beberapa hari kemudian baru beliau perasan yang beliau telah tersalah buka cheque.Sepatutnya beliau buka cheque akaun A sebab akaun B balance dalam tu tidak cukup untuk bayar.lalu beliau cepat-cepat call supplier tu untuk minta maaf tapi terkejut pulak sebab supplier cakap payment dah dapat. Oit?? Duit dalam tu tak cukup macam mana boleh masuk pulak. Beliau pun call bank dan bank tu pun sahkan wang dah tolak dari akaun yang ada wang tu.. Aik!Boleh pulak macam tu.Macam sesuka hati je bank tu buat kan.Walaupun beliau tu memang regular customer tapi keluar masuk wang tu mana boleh sesuka hati.

Bila dengar cerita beliau ni, mom teringat juga dulu pernah juga seorang kawan kerugian Rm30,000.00 sebab sehelai cheque dia ni dicuri dan orang tu tiru signature.Masalahnye bila dia pergi bank dan tengok cheque tu budak tadika pun boleh nampak signature langsung tak sama tapi pihak bank berkenan boleh pulak luluskan.

Sorang kawan pulak cerita dekat mom dia invest rm15,000.00 dekat bank ni juga.Masa mula-mula wakil bank tu cakap wang yang dilaburkan nanti boleh dapat balik bila tempoh tamat.Bila sampai waktu tu,dan si kawan ni nak ambil balik wang dia , bank tu beri macam-macam alasan termasuk la "wakil yang handle investment tu dah berenti kerja". Kelakar tak?

Ada 1 cerita lagi tau, kes yang ni pulak pasal loan kereta.Mom hairan juga macam mana loan dia ni boleh lulus ye sedangkan dia ni tak berkerja. Lalu dengan bangga la dia cakap dekat mom dia ada kenal orang dalam jadik dokumen tu palsu je tapi loan boleh jalan.

Macam tak amanah pulak bank ni kan.
Apa2 pun mom dengar cerita ni dari mulut orang saja. Entah-entah kawan-kawan mom ni yang cuai-cuai belaka kan.Setakat ni mom belum pernah berurusan dengan bank tu.


Ps- Dah berbulan wang simpanan mom dalam bank tak bertop up..








Tuesday, September 21, 2010

Mom&a Journey Called Life 1st GA

21hb ialah favorite number mom.
Jadi dengan happy mom nak launch kan 1st GIVEAWAY blog mom ni.

comel tak banner yang mom buat sendirik ni ..sehari suntuk ni buat.


Cukup senang kan syaratnya. Sesiapa yang berminat tu boleh la join kan diri anda ok.
GA mom ni akan start
21 September 2010
sehingga
11 Ocktober 2010

pemenang akan ditentu kan melalui kaedah Cabutan Bertuah.
mom nak cari 3 pemenang GA bertuah.

Pemenang GA akan dapat gift berikut:-

Pemenang 1st
Avon Baby wash & shampoo(200ml)


Pemenang 2nd
Avon Baby Soothing Oil(200ml)

Pemenang 3th
Avon Baby Moisturizi
ng Lotion(200ml)


Klik sini untuk ke entry mom yang lepas untuk mengetahui info produk ini.Mom akan update lagi gambar hadiah GA bila actual product dah ada dalam tangan mom.


PS - Terima kasih pada Yang sudi menyertai dan Good Luck ..



Hairclips Frenzy !!

mom tadi tengah blog walking and terjumpa 1 blogshop hairclips.
Dalam hati mom Wow! Cutenye!
Tak percaya?




Tengok la ... kreatif sungguh jari-jemari tuan punya blogshop kan .Kalau sesiapa yang ada anak perempuan tu mesti dia nak minta semua ni. Mom pon cair juga dek kecomelan nya. Dulu-dulu time mom sekolah mom memang minat sangat sepit-sepit rambut ni. Tapi masa tu cuma boleh guna sepit kaler hitam , biru or putih saja. Kalau pakai yang kaler-kaler macam ni kena rampas dengan cikgu disiplin la jawapnya.




Puas tak menjamu mata dengan gambar-gambar ni.. kalau tak puas lagik atau maybe puteri kesayangan korang dah meronta-ronta minta dibelikan sila la kunjungi blogshop ni dekat
http://tamujajakraf.blogspot.com





Penjagaan Kulit Bayi by Avon.



Korang pernah dengar Avon tak?
Tak kan tak pernah .. Bagi yang tak pernah dengar tu boleh klik sini (kalau berminat la..)

Sebelum ni produk avon merangkumi produk penjagaan kulit , perfume , accessories seperti kerongsang , pakaian dalam , shower & shampoo ,losyen , deodorant sahaja. Tapi sejak kebelakangan ini mom lihat semakin bertambah pulak. masa raya hari tu Avon ada keluarkan tudung dan langsir dan yang terbaru pulak Avon telah melancarkan produk penjagaan kulit bayi dengan duta produk Linda Jasmine dan puterinya Tengku Ratu Haidar.
Produk ni akan start di jual pada OCktober 2010 nanti.

maaf la gambar tak cantik pulak.. scanner problem kot..


Terdapat 3 produk iaitu

Avon Baby wash & shampoo
Avon Baby Soothing Oil
Avon Baby Moisturizing Lotion

Produk ini mengandungi aloe yang terkenal dengan kesan melembap dan menenangkan , vitamin E untuk anti oksidan dan melembap ,chamomile untuk menenangkan dan produk ini juga adalah tanpa alkohol , bahan pewarna dan paraben. Baunya memang wangi tau.

ps - pstttt... korang nak tak produk ni free. well stay tune la yee .. nanti mom akan buat GA.









Monday, September 20, 2010

Membeli Insurans.





Baru-baru ini mom di datangi 2 agen insurans. Mereka datang office atas urusan lain.Tapi borak-borak ngan mom la pasal insurans ni. (Mereka ni part time agent)Banyak info yang mom dapat. Sini mom nak kongsi sedikit la..
Korang ada tak beli insurans? Maksudnya insurans peribadi,accident,sakit penyakit bukan insurans kereta ok.Korang beli untuk sendiri ke? anak?

Mom ni dulu memang tak ambil pusing pasal insurans ni.Bagi mom lagi baik simpan duit saja dekat ASB.. ada pulangan lumayan lagi.Tak perlu nak commitment sangat nak kena bayar tiap bulan. Kalau beli insurans tiap bulan nak bayar , bukan nya ada sakit-sakit pun nak beli insurans ni. Macam tu la pemikiran mom dulu. Tapi lepas satu kejadian yang menimpa kawan mom sendiri mom baru la terbuka mata dan minda.

Kawan mom ni memang penyimpan duit yang baik.Anak sorang dan Husband dia gaji lebih kurang 3k sebulan. Kawan mom ni sungguh berjimat orangnya.Jadi wang simpanan ni memang banyak laa. Dipendek kan cerita 1 hari entah mengapa kaki kanan beliau membengkak. Terdapat banyak lendir di dalam kaki beliau.Lepas operate pulak kaki jadi bernanah.. Dia berada dekat hospital selama sebulan dan kosnya hampir Rm20,000.00. Nasib baik la kawan mom ni ada insurans. Kos rawatan di tanggung oleh pihak insurans. Kalau hanya bergantung pada duit simpanan mampu ke nak bayar? Kalau mampu bayar kos 20k tu pun rawatan susulan macam mana ?? Jadi pada yang belum ada insurans tu boleh la tanya-tanya dekat mana-mana agent ye. Kita sebagai ibu bapa bagi pendapat mom memang patut ada insurans sebab nanti bila kita sakit sekurang-kurangnya ada sumber kewangan yang dapat membantu suami/isteri dan anak-anak.

PS - ada info lagi but mom akan continue nanti ..

Nak Berlagak! Tak pe..tapi biarlah bertempat ..!!

Ohh!Berlagaknya.. Mom tak kisah lah nak berlagak atau tak pun tapi tolonglah berpada-pada lagak tu.Kalau sesuatu yang "dilagakkan" tu memang boleh dilagakkan contohnya pakai kereta yang dekat Malaysia ni memang beberapa orang je yang mampu pakai atau korang pakar dalam satu bidang yang tak semua orang mampu nak capai. Tapi ada juga jenis orang yang mom pun tak tau mengapa berlagak sangat walhal tak ada yang unik pun pasal orang tu.

1. Orang ni beli sebuah kereta 2nd Waja pastu cakap dekat semua orang bahawa dia bukan biasa punya orang.Tak semua orang boleh pakai kereta waja. Lepas parking kereta dekat tempat mom selalu parking then cakap , u parking tempat i dulu tu la.dekat sana nanti calar pulak kereta i ni..

2. Rakan-rakan plan nak pergi Melaka pada hujung minggu dan ada yang nak ikut kereta dia. Dia kata nak bayar RM400.00 kalau nak ikut kereta dia. Sebab kerusi kereta dia kulit takut calar. Tapi betul punya cuma pvc biasa saja.



Sakit hati dan geli hati pun ada bila tengok perangai orang macam ni. Moral of the story tolong la jangan buat macam ni sebab ini hanya memalukan dan memualkan orang disekeliling anda.

Ps - tau la mom pakai kereta kancil saja tak usahla di hina-hina ..












Saturday, September 18, 2010

Resepi Murtabak Tuna..



yummy..yummy.. nampak menyelerakan sungguh murtabak ni kan..
ni resepi yang mom cedok dari blog my simple life time blogwalking tadi..
Resepi ringkas yang sesuai untuk sarapan pagi esok. Lapar pulak mom ni.Lagi-lagi tadi tak ada lunch.

Bahan-bahanya

untuk kulit murtabak - (beberapa keping kulit popia)

*inti murtabak*
1 tin kecil tuna dlm tin atau seachicken
3 biji telur ayam
1/4 biji kobis saiz sederhana ( dihiris halus)
2 biji bawang besar didadu
serbuk kari ikan
garam

*untuk kuah bawang merah*
1/2 biji bawang besar ( saiz kecil)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos cili maggi
beberapa titik pewarna merah ( sirap)
sedikit gula dan garam

Cara-caranya

1. Campurkan kesemua bahan inti dan kacau sebati, ketepikan.

2. Buat kuah bawang merah, hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.

3. Ambil sekeping kulit popia, dan sendukkan satu senduk bahan inti tadi dan curahkan di tengah-tengah, lipat empat segi dan goreng murtabak seperti menggoreng roti canai, masak hingga permukaan nye perang dan agak garing, angkat dan hidangkan. Sedap dimakan bersama kuah bawang merah atau kari ayam, Selamat Mencuba.



Mudahkan.Jomla cuba resepi ni untuk breakfast esok.

PS - TQ kongsi resepi ni ye Fmina08 my simple life.






Permata Hati Serina , Cucu Chef Wan


Tristen Tareef
DOB:14September2010 6.13pm
POB:Hospital Prince Court
Weight:2.4kg

Welcome to world new baby!!Tahniah la untuk Serina & Chef Wan. Selamat melalui hari-hari baru yang penuh gembira dengan kehadiran si kecil.

Sumber: Dari MURAI.COM

Ps - mom suka tengok rancangan jalan-jalan cari makan sebab mom suka makan ..








Korban Nyawa Seorang Ayah&Suami..


Sesiapa yang guna browser Yahoo pasti nampak gambar ni dalam Yahoo Today time buka internet.
Mula-mula buka mom tak ambil port pun.Ingatkan ala..biasalah tu ntah artis mana atau ahli sukan mana la yang kahwin tu. Kali ke dua mom buka internet dan terbaca ulasan nya mengenai seorang games developer yang mengadaikan nyawa demi isteri tercinta dan anak di dalam kandungannya. Menurut sumber berita Brian Wood , 33 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Washington apabila kereta yang di pandunya bertembung dengan sebuah kereta Chevy Blazer yang dipandu oleh seorang perempuan berumur 21 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh.. ( tidak di beritahu oleh sumber pulak pengaruh apa) .. Untuk menyelamatkan isteri dan anak nya polis yang bertugas di tempat kejadian berkata Wood membrek dengan kuat dan memusingkan keretanya ke kanan agar kereta Chevy Blazer itu melanggar bahagian sisi sebelah pemandu.Tindakan itu berjaya menyelamatkan isteri dan anak didalam kandungan nya tapi telah mengorbankan nyawa Wood.

Begitu besar kasih James Wood kepada isteri dan anaknya yang belum lahir.
Ingin membaca cerita ini sepenuhnya sila klik sini.


ps - Besar sungguh kasih lelaki ini untuk keluarganya. Tak banyak orang yang masih mampu berfikir bagaimana cara untuk selamatkan orang tersayang dalam keadaan cemas seperti itu.

Friday, September 17, 2010

Cabutan Bertuah By ManjaKuSayang


mom joining this lucky Draw yang di anjurkan Oleh Blog ManjakuSayang..
Lucky Draw akan berakhir pada 30 Sept 2010.

So berminat nak join boleh klik sini

TQ untuk lucky Draw yang best ini..


Flo Ellen"s 1st GA


mom joining this GA.
due on 19Sept2010

seterusnya tekaan mom ialah: -
gambar 1 -2 tahun
gambar 2 - 1o bulan
gambar 3 -3 tahun 6 bulan
gambar 4 - 3 tahun 10 bulan

Uishhh..serius nya si kecil ni. He is so cute and adorable..


mom nak tag Ayu & Kak Yong !!

Pada yang ingin sertai klik sini ok..

Ps - TQ for the great GA





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails