Monday, August 30, 2010

Pekerja Indonesia ( Part 2)

Entry kali ni pasal pekerja Indonesia lagi .. hehe..well tak pe la pasal apa pun kan yang penting mom rasa perkara tu baik untuk di kongsikan maka mom akan tuliskan dekat blog mom ni.

Baru tadi mbak(panggilan orang jawa) tukang cuci office datang dan seperti biasa la..cuci lantai , cuci tandas ,lap tingkap.. kemas meja ... banyak lagi la.Oleh kerana mom ni memang peramah ..(puji sendirik ni,jangan muntah) mbak ni pun cerita la kat mom. Dia gembira sangat sebab sekarang rumah dekat kampung dah siap. Mbak tu keluarkan la gambar rumah.. Fuh! Rumah bukan calang-calang tau. Rumag banglo 2 tingkat..siap dengan 2 tiang besar dekat depan. lebih kurang macam gambar dekat bawah yang mom google ni ..

Mom cakap la kat mbak.. sekarang mbak dah tak payah kerja la.Boleh balik kampung sudah. Di kampung pun mbak tu sudah berjaya buka kedai HP dan beli 1 lori untuk disewakan kepada penduduk setempat untuk angkat barang-barang. Semua ni hasil daripada mbak dan suami kerja dekat Malaysia. mbak kerja cuci rumah dan suami cuma potong rumput. Mungkin nampak kecil kan tapi lihat la hasil mereka. Mbak kata selagi tulang 4 kerat ni masih boleh..mesti nak kerja.Menurut mbak untuk upah mencuci rumah adalah seperti berikut:

1. Rumah setingkat - Rm 30.00 ( harga ni semua untuk sekali cuci sahaja)
2.Rumah 2 tingkat saiz kecil - Rm 40.00
3.Rumah 2 tingkat saiz besar - 50.00
4.Rumah banglo - Rm70.00

Sehari mbak ada 3 hingga 4 rumah nak cuci .. seminggu dah lebih kurang 21 rumah. pendapatan dah ada dalam 1200 - 1300 untuk seminggu. Sebulan dah berapa ??? Dalam 5k pun ada.
Rezeki mbak kan. Tak hairan pun. Berkat kerajinan juga kan.

ps -pssttt.. nak cuci rumah tak?


Pekerja Kerajaan dapat 500.00..

Pekerja kerajaan dapat 500.00.. Kawan-kawan mom yang kerja dengan gov tu semua asyik cerita pasal ni saja.Well tahniah la untuk yang dapat tu. Tak putus-putus mereka cerita dekat mom pasal bestnye kerja dengan government.Siap tanya-tanya lagi apasal la mom ni tak kerja dengan government. Bukan rezeki mom la tu.Bukan tak hantar borang SPA8 dan bukan juga tak pernah dapat surat interbiu..tapi mungkin bukan rezeki mom kerja dengan government kan..nak buat macam mana. Hmm..kadang rasa sedih and geram ada juga singgah di hati mom ni, napa la tak dapat-dapat .mom ni tak ada ciri-ciri yang di kehendaki ke..Hehe..


Menurut suratkhabar KOSMO yang mom baca 500.00 tu menunjukkan keprihatinan dan insentif kerajaan kepada kakitangan kerajaan. Bestnya kan.. yang pekerja swasta ni tak ada pembelaan ke? sian kami .. kalau nak naik gaji setahun sekali mcm gov tu memang tak ada. kalau ada tu siap kami kena tulis surat rasmi kenapa nak naik gaji. kuikuikui


ps - boss.. i nak naik gaji. entry ni kira surat la ni ..













Saturday, August 28, 2010

Lovely Ribbons&laces GA


Mom joining GA from My Lovely Ribbons & Laces
Dateline: 2nd September 2010
want to join.. klik here

Pekerja Indonesia ..

Pagi tadi mom sampai office agak awal. Mom malas nak tunggu depan office so mom pusing 1 round blok office ni dan singgah kedai untuk beli suratkhabar. Customer ramai .. mom tengok amoi indon (tokey kedai tu panggil pekerja dia amoi indon) hanya 1 orang saja.Terkejar ke sana sini ambil order.Mom yang ringan mulut ni pun tanya la tokey kedai tu.. "Tokey..mana amoi lain.napa tinggal sorang?". "Sudah balik kampung la".. aik!!balik kampung?? "Aiyaa.. lu tak ada baca suratkhabar ka? nah ini tengok.. (sambil tunjuk mom surat khabar cina..macam mom paham) indon sikarang sudah mau angkat balik dia punya orang oo.. nanti mau angkat vietnam atau mynmar ..aiya susah la".. Betulke ada isu ni? lepas tu amoi indon tu pulak cakap dengan mom " susah la kakak kalau pulang , mau kerja apain di sana? gaji nya saja kecil.Yang kaya itu kok makin kaya,kami yang miskin ini makin miskin" ..

Betul ke berita dalam newspaper tu? Kadang pon khabar angin saja. Mungkin sebab banyak kes-kes membabitkan dera dan jenayah tu kan. Tokey kedai tu cakap dengan mom lepas permit amoi indon tu habis dah tak boleh sambung.Semua kena hantar balik. Hmm.. kalau betul la berita ni nampaknya pengasuh abang dan adik tu pon mom kena hantar balik .. laa.. nak cari pembantu bukan mudah ..

ps - ada blogger yang tahu pasal berita ni?? bolehla kongsi..











MOBS.My & My Dressing Barn Lucky Draw Contest



Mom on contest again!This time trying my lucks on MOBS & My Dressing Barn Lucky Draw Contest. More than 1K prizes to be won. Prizes divided to 2 categories.Online Buyer & Online sellers.

Online SELLER Prizes
1 x TOP BANNER Advert (worth RM100)
5 x Sidebar Advert (worth RM50)
10 x BOTTOM Scrolling Advertisement worth RM50
... 16 winners with prizes worth RM850!!

Online BUYER Prizes
1x Victoria Secret BAG worth RM250

1x Victoria Secret BAG worth RM99

... 2 winners with prizes worth RM349 !!


3 days to go to participate ..
click for more info.

Important announcement!!

MOBS can now be accessed via http://www.mobs.my







Friday, August 27, 2010

Sudah 53 tahun negara kita merdeka!!


Setiap tahun kita menyambut Hari kemerdekaan pada 31ogos2010.
Bagi mereka yang benar-benar merasai suasana sebelum merdeka dan bagaimana suasana gembira dan kesyukuran pada 31 ogos 1957 ,53 tahun yang lalu.. setiap tahun pada tarikh yang sama pasti mengundang seribu satu kenangan . cerita-cerita yang sama setiap tahun namun tidak pernah luput dan bosan untuk diperkatakan pasti akan meniti di bibir mereka. Ceritakan pada anak,ceritakan pada cucu dan cicit..piut.. dan seterusnya..


Jalur Gemilang tanda semangat kemerdekaan terpampang di mana .. Di office, pakaian , rumah , kereta.. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini semangat itu kian pudar. Sepanjang perjalanan mom dari rumah ke office ada beberapa jalur gemilang saja yang ada. Kereta-kereta pun dah tak ada gantung bendera.Kalau dulu time mom masih sekolah (15 tahun yg lalu..ei dah lama tu..dah tua rupanye mom kan) kereta siap paint gambar bendera dekat body kereta. Macam -macam style ada.. ni dari tadi mom asyik perhati kereta lalu-lalang depan office tak ade pon bendera. Mungkin busy dengan tugas harian sehingga terlupa kot. Tak pe la ada 4 hari lagi ni.Jom la memperingati Hari kemerdekaan kita.


i malaysia.




ps - bendera kecik mom dekat kereta diterbangkan angin..laju sangat ke bawa kereta.. baru 60kmj .. ???




























Wednesday, August 25, 2010

1st Solid Food Full With Love Giveaway

1st solid food full with love giveaway oleh Sale@sitisifir


cadangan makanan untuk ahmadi : ~

Bubur carrot + ikan bilis

Masak bubur nasi seperti biasa. Campurkan lobak merah yang di parut bersama ikan bilis.
ikan bilis baik untuk perkembangan otak.Lobak merah pulak mengandungi beta carotene yang merupakan sumber vitamin A yang baik untuk fungsi mata anak anda.
Simple tapi banyak manfaat untuk perkembangan anak anda!!



ps - Tq kepada penganjur GA..sesiapa nak join klik sini.

Alamak! En.Polis la..

sila patuhi kami ok..

Depan office mom ada 1 traffic light.
Pagi tadi mom nak collect cheque .. kelam kabut punya pasal traffic light depan office ni mom langgar. Lampu dah kuning time tu patut kena berenti dah la kan.. Mom masuk simpang je nampak En.polis lambai-lambaikan tangan suruh parking tepi. adei .... patutla motor tadi tergesa-gesa benti , dia dah nampak la en.polis tu. Yang mom ni parking tepi la. "Kak tengok ic , lesen" mom ni gelabah juga la cari lesen. sampai terbagi lesen yg dah tamat tempoh.

gambar ni di google..bukan situasi yg dicerita skang.. (^^)

"Lain hari kalau lampu dah nak merah tu kena la berenti ye kak".. "ok.ok.. " tersengih mcm kerang busuk saja la mom sambil angguk-angguk kepala. Malu la kereta yang lalu-lalang pandang-pandang je.Macam mom buat kesalahan bawa dadah dalam kereta pulok. Lain hari kena lebih peka la kan.Kalau tau benda penting nak buat kena la atur masa dengan lebih baik supaya tak kelam kabut!!

lega tak kena saman.. TQ En.Polis...

Monday, August 23, 2010

JB hujan..

Musim hujan dah sampai dekat Johor Bahru ni.
Ada yang mengeluh ada juga yang gembira.
Bagi yang berniaga bazaar ramadhan dan pasar-pasar malam kedengaran juga keluhan kecil. Susah juga nak berniaga dalam keadaan basah begini kan.. Peniaga yang cari rezeki mungkin masih buka gerai lagi tapi mungkin tak ramai orang yang suka berjalan dalam hujan lebat ni.


Kalau mom berjalan tengah hujan ok je .. tapi kalau nak bawa sekali anak-anak dengan membawa payung dan barang-barang tu.. huhu terima kasih je la..kita tak payah la pergi.
Musim-musim hujan dan sejuk ni paling membimbangkan mom ialah demam & selesema.
Semalam adik dah start meleleh-leleh hingus. Tadi pagi cepat-cepat beli ubat. Dah serik kisah 2 bulan yang lalu bila hubby , abang & adik sekaligus demam selesema. Sampaikan pengasuh pun dah quit tak tahan nak jaga sebab abang dan adik on off je demam dan selesema sebulan.

Ps - Semua orang dalam rumah sakit syukurlah mom sihat ..

Thursday, August 19, 2010

Joel & Ezra Milestone


Joel Milestone
Hari ni Joel genap 3 tahun 6 bulan dan 18 hari.
Sudah pandai mandi dan Gosok Gigi Sendirik.. Pandai tuang air dalam cawan sendiri.Makan sendiri.Malam-malam nak buang air dia pandai kejutkan mom supaya hidupkan suis lampu.(suis lampu tak sampai lagik nak buka sendiri) Dah pandai kemas tempat tido sendirik. ( tu pun kalau ada mood dia nak kemas..) Dah pandai on dan off computer dan cari game dan lagu yang tersimpan dalam computer.. sangat suka lagu ibu ibu bapak bapak... sampai mom naik pening dan boring dengar.. dah pandai tanya "mom dah ada duit banyak tak? kalau dah banyak duit mom duduk rumah tak payah pergi kerja.." huhu..tiap pagi sebelum pergi kerja mesti tanya. sedih pulak nak keja. ( - -)


Ezra milestone
Tinggal 3 hari lagi adik dah umur 1 tahun.
Gigi dah ada 7 batang. atas 4 dan bawa ada 3.Tapi adik belum bole nak jalan. Jangan kan berjalan..berkaki 4 (merangkak) pon belum.. Merangkak ala tentera la dia ni. Yang pelik nya dia kalau panjat sana sini lasak pulak. pasal makan adik la no.1.. Heehe.



Aktiviti harian 2 beradik - main wrestling dan tukar-tukar channel tv. (^^0)

Saturday, August 14, 2010

GA by Coklatchoc4U Blog!

Coklat Oh Coklat.I like!i like!

Entry khas untuk GA yang dianjurkan oleh Coklatchoc4U Blog.Nak join click sini!

yang bertuah akan berpeluang merasa Homemade coklat ni..

ada 4 hadiah saguhati lagik..



TQ for the GA..


ps- yumm..yumm...


August 2010 GiveAway by Lin Handmade Greeting Cards!


OH!Mom loves unique handmade craft.Mom suka craft but cant make one. Bertuah sungguh dikaruniakan tangan-tangan yang pandai buat craft ni.

Entry ni ialah khas untuk join GiveAway ni. Yang berminat nak join sila click sini.

Senario Perkahwinan!


Awal Perkahwinan

Isteri:Jom kita pergi shopping
Suami:Jom..daripada duduk rumah,bosan pula..

Pertengahan Perkahwinan
Isteri:Jom kita pergi shopping
Suami:Abang ada hal lain kali ye..

Penghujung Perkahwinan
Isteri:Jom kita pergi shopping
Suami:Abang penat laa..Ayang pergi sendiri laa..

--------------------------------------------------------------------------------------------

Awal Perkahwinan

Isteri:Sempena Hari Jadi saya ,abang nak bagi hadiah apa?
Suami:Apa yang ayang inginkan..??

Pertengahan Perkahwinan
Isteri:Sempena Hari Jadi saya ,abang nak bagi hadiah apa?
Suami:Setiap tahun saya berikan tak cukup lagi ke?

Penghujung Perkahwinan

Isteri:Sempena Hari Jadi saya ,abang nak bagi hadiah apa?
Suami:Tak payah la hadiah hadiah..
-------------------------------------------------------------------------------------------
Awal Perkahwinan

Isteri:Ayang tak pandai masakla..
Suami:ok no problem

Pertengahan Perkahwinan

Isteri:Ayang tak pandai buat rendang
Suami:Awak ni pemalas la

Penghujung Perkahwinan

Isteri:Ayang tak pandai buat kek
Suami:Mak ko tu..dari dulu tak pandai memasak..


ps- hehe.. betul ke macam tu??
sumber - majalah rapi august 2010..

Friday, August 13, 2010

Rambut dan Shampoo.




Hari ni mom nak kongsi sedikit pasal rambut dan shampoo. Ramai antara kita tidak ada masalah dengan rambut.Tapi bukan sedikit juga yang pening kepala dengan masalah rambut ni. Antara orang yang pening-pening kepala tu mom la. Rambut dekat hujung kering tapi dekat kulit kepala tu oily pulak,frizzy lagik.. macam-macam shampoo dari yang murah ke mahal dah cuba tapi sama juga. Then 2 hari lepas selepas 30 minit membelek botol-botol shampoo dekat market sampai mulut promoter pun dah muncung..hehe mom ambil keputusan nak cuba Dove.Selama ni bukan tak nak cuba tapi produk dove ni kandungan pelembab dia tinggi tu yang mom fikir, kulit kepala dahla berminyak kalau pakai dove ni mesti makin teruk la masalah ni. Tapi kali ni mom nak cuba juga la.. Bila mom dah cuba eh! ok pulok shampoo ni.Takde la berminyak kepala ni. Rambut memang rasa lembap , lembut dan dove ni memang dapat uruskan rambut frizzy tu.
So kepada kawan-kawan semua yang belum temui shampoo yang seswaiii dengan rambut anda boleh cuba dove.


Ps- mom bukan kena upah company dove ni tau , hanya nak kongsi cerita yang benar.

Monday, August 9, 2010

nlittleshop opening giveaway progress..


Penyertaan giveaway nlittleshop nampaknya semakin bertambah.Syukurla..
Sebenarnya mula-mula tak ada pun nak tulis-tulis , ingat kan bolehla ingat semua dalam otak ni sebab penyertaan sikit kan.Manatau menjelang due date 15August ni makin bertambah pula penyertaan.Tu yang buat catatan dalam EXcel.Senang nak baca dan bandingkan slogan mana yang terbaik.Berulang kali dah baca slogan ni..hehe sume best-best tak tau pulak mana nak pilih.
Kepada yang belum menyertai jomla meriahkan giveaway nlittleshop ye. Klikbanner giveaway nlittleshop dekat sidebar sebelah kanan ok.


Saturday, August 7, 2010

CikPia's Birthday Giveaway..




Demam giveaway macam dah nak start lagi ni..Hehehe
Tak la kan..giveaway ni memang banyak sampai tak tau nak ikut mana satu.Macam nak ikut semua pun ada. Apa yang menarik hati untuk ikut giveaway cikpia ni ialah cadbury item tu. hehe siap highlight lagi ni.Mana tau rezeki menang dapat coklat cadbury tu kan.

syarat2nya :

1st : Mesti ada Blog yer..... (ok)

2nd : Jadi follower blog nie.... tapi tanak pun takper... kalau ketinggalan info waktu announce pemenang peserta bertuah nanti i tak amik port yer.... (dah follow)

3rd : Buat satu entry tajuk "cikpia's birthday giveaway". isi kandungan nya bebas tapi mesti ada at least 1 cadangan untuk i improve this blog.... he he..... (dah buat entry)

4th : Copy banner atas ni & letak kt sidebar u all & dalam entry pun kne ada banner ni tau.... (banner dah tampal)

5th : Jemput/tag kan seorang rakan blogger anda & dia mesti tau die di tag... (tag Cikgu Ayu)

6th : Inform penyertaan anda kat bwh post ni berserta URL ENTRY. (okies)

7th : tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 ogos 2010. makna kata 12.01 a.m. 26 ogos penyertaan dah tak diterima.

Untuk syarat 3rd tu cadangan saya ialah mungkin cikpia berminat nak tukar template blog tu jadi 3 column supaya blog nampak lebih anggun.

rasa dah cukup syarat dah ni kan cikpia.. k la thanks untuk giveaway yang best!

Friday, August 6, 2010

Spam Western Union

Pernah tak anda dapat email dari "western union"( orang ni guna nama western union sebenarnya nak SPAM) yang mengatakan anda mendapat wang kiriman ? Beberapa hari yang lalu saya ada terima email tu, spammer tu siap bagi nama sender dan MTCN number untuk dapat wang tu. Western Union ada menyediakan MTCN tracking dalam laman web dia.Bila saya masukkan number MTCN tu statusnya tertera : available for receive . Masa tu terkejut juga.Eh! Biar betul ada orang nak bagi kita wang free. Jumlahnya bukan sikit tau 5000 USD , campur tolak bahagi darab kalau dalam Ringgit Malaysia dah berapa kan.. teruja juga saya seketika.
Untuk memuaskan hati sendiri yang masih terkejut saya try la kol CIMB BANK .. dan bila di cek ternyata memang kiriman tu ada. Biar betul kan.. !! Tapi sapa pulak yang nak bagi duit free macam tu kan.Rasa takut pulak tiba-tiba.Sebelum ni ada juga dapat email spam yang kata kita menang lottery la, kita dapat wang pelaburan la.. macam-macam.Lepas tu email tu semua minta detail kita nama,address,tel and etc tapi yang ni terus nak bagi duit. SPAM ke atau memang ada orang nak bagi duit?? hehe ...
Untuk merungkai semua pertanyaan yang menganggu fikiran tu saya terus kol Western union. Dan mereka bagitau wang tu memang ada tapi jumlahnya bukan la 5000Usd tapi jumlah yang kecil.Dan mereka juga bagitau semua tu SPAM .Bila kita nak ambil wang tu kita kena bagi IC.No nama dan alamat.. semua akan masuk sistem mereka dan pengirim wang itu akan dapat maklumat tu. Ummm.. Macam tu la ceritanya.. Tapi orang miskin macam saya ni ntah apa la yang nak di kikis lagi.. ???

Sesapa blogger yang ada pengalaman macam ni kongsi la.. Saya ni kerap sangat dapat email macam tu.Tiap hari ada je.. Kawan-kawan blogger yang lain ada tak?

ada ke rezeki yang begitu mudah??



Thursday, August 5, 2010

Berdebar..

Apa yang berdebar tuuu ???
Apa lagik berdebar pasal opening Giveaway kedai kecik tu la. Berpeluh dingin juga di buatnya.MAna tidaknya 2,3 hari berlalu cuma sorang yang buat entry penyertaan. Rasa nak angkat bendera putih dan berputus asa saja..tapi entahla mungkin saya ni orang yang cekal kot. ( mengaku sendiri...) Ishhkk.. malu la Giveaway tak mendapat sambutan kan. Mungkin para ibu dan bapa -bapa pun sudah penat menyertai giveaway atau mungkin giveaway yang diberikan tidak menepati citarasa.. ( teringat pulak lagu ibu ibu bapa bapa dari kumpulan ST12 hehe )

Tapi pagi ini bila tengok penyertaan Ohh!! makin bertambah nampaknya.Ada la naik sikit semangat untuk terus berblog dan " berkedai online" ni.

Terima kasih banyak-banyak kepada yang menghantar entry.




Tuesday, August 3, 2010

Kemeriahan Berbisnes Online..

Hello rakan-rakan blogger. Sekarang ni nampaknya blogshop tumbuh macam cendawan lepas hujan. Macam-macam barang di jual secara online.Pakaian baby,pakaian mama baby,barut, cloth diaper,cenderahati..macam2 la. 20July2010 yang lalu saya pun dah opening kedai online. Jual macam-macam..buat masa ni jual barang baby saja.. sekarang tengah usaha la ni memperkenalkan kedai online ni. Bisnes online ni kena ada kepercayaan daripada orang.Bukan senang nak dapat kepercayaan daripada orang ni. Tengok blogshop kawan-kawan yang maju rasa syok tapi bila dah start nak buat sendiri baru tahu betapa susahnya nak maju..huhuhu..
so..kepada rakan-rakan semua kalau ada masa boleh la singgah kedai online saya yang kecik tu. Alamatnya dekat sini --- > http://nlittleshop.blogspot.com





pstt ~ tengah berangan nak jadi top blogshop hikhikhik







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails