Saturday, December 18, 2010

Pengalaman baru bakal bertambah dalam Mom Journey

Semalam mom ke tadika untuk mengambil kelengkapan sekolah untuk abang Joel. Selalu tadika lain beli kasut dan beg dekat kedai saja kan tapi untuk tadika Smart Reader ni semua dah di sediakan. Best juga tadika ni.
Masa cikgu kat Smart Reader tu bagi kasut untuk abang mom tengok eh! Besarnye kasut.But cikgu tu cakap hari tu dah try .Masa ukur baju dan kasut hari tu En.Hubby yang pergi.. Hmm tak pe lah bawa je la dulu balik umah kalau size besar nanti boleh tukar.

Dah siap bagi kelengkapan sekolah tu, cikgu beri instruction sikit mengenai jadual persekolahan yang akan bermula pada 3/01/2011. Masa penghantaran anak ialah 8.15am -8.30am and balik 11.15am-11.30am. 3/01/2011 hingga 7/01/2011 ialah minggu orientasi. Anak aku kecik-kecik dah kena orientasi.macam dag dig dug je jantung mom.Boleh ke abang Joel handle diri dia ye.. Isshh! Mom kena percaya pada kemampuan dia kan. Tapi hati mom sekarang ni memang macam-macam ada. Takut dia nangis ke,cari kita ke .. nanti nak gi toilet berani ke dia cakap ngan cikgu. Macam mana nak handle pulak kalau keesokkan hari nya dia tak nak dah gi sekolah???

2011 .. Pasti membawa seribu macam asam garam dalam kehidupan mom bermula dengan pengalaman baru abang Joel dan sekolah tadikanya. Moga-moga semua berjalan dengan baik-baik.


macam ni la kelengkapan yang di bagi.gambar ni mom yahoo search je ...

1 comment:

kakyong said...

wah abg joel dah nak sekolah yer.. belajar rajin2 tau..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails