Monday, December 13, 2010

Kebahagiaan Kami Di Rampas

"Kebahagian Kami Dirampas" .. sedih bila baca cerita dekat Harian Metro(page8) hari ni. Korang bayangkan 9 bulan detik-detik manis menanti kehadiran orang baru berakhir dengan kematian ibu dan anak di dalam kandungan. Lebih menyedihkan bila kematian itu di sebabkan kecuaian pihak hospital swasta yang dipercayai dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan.

Menurut suami kepada mangsa kecuaian,Khairul Anwar Abdul Halim,40, dia membawa isterinya yang mahu bersalin ke hospital swasta berkenaan pada jam 8.30 pagi.Sejurus tiba saya menemui doktor berusia 40-an dan memintanya melakukan pembedahan caesarean,namun doktor memberitahu mahu menunggu isteri bersalin secara normal.

Kira-kira jam 3 petang isteri yang sebelum itu selesai makan mula terasa sakit mahu bersalin dan jururawat bertugas memakaikan topeng gas nitrus oksida dan oksigen untuk mengurangkan kesakitan.

Walaupun saya menegur kerana dikhuatiri isteri memuntahkan semula makanan tetapi tidak di endahkan.Doktor itu yang tiba mendapati bukaan serviks berukuran 4cm,namun tidak memecahkan air ketuban.Pada jam 4.15pm doktor berkenaan datang lagi untuk memecahkan air ketuban.dan 15 minit kemudian bukaan serviks menjadi 8cm dan isteri mengalami kontraksi setiap setengah minit selama 20 mint.Bagaimanapun jururawat tidak memaklumkan kepda doktor dan menyuruh isteri agar meneran.Tidak lama kemudian isteri muntah dalam topeng gas itu dalam separuh sedar dan mata terbeliak.Pada waktu itu doktor tiba dan panik.Dia meminta doktor membuat pembedahan tapi mereka mengambil masa 3o minit untuk menyediakan dewan bedah.Dan pada 6.35 petang beliau dimaklumkan telah kehilangan isteri dan anak di dalam kandungan.

Sementara itu jurucakap hospital berkenaan berkata pihaknya mendapati tiada unsur kecuaian sebab semua mengikut prosedur.



Ps- Takziah pada keluarga arwah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails