Friday, December 31, 2010

Happy New Year 2011 untuk rakan-rakan blogger!!



Last day di tahun 2010. Bila last day macam ni mula la terkenang-kenang kisah di tahun 2010. Kalau nak di ingat kan apa yang berlaku setiap saat memang la dah tak ingat. Tapi ada la juga beberapa perkara yang masih fresh di dalam kotak ingatan mom ni walaupun sudah lama berlalu. Banyak perkara yang memeritkan daripada yang manis. Hehe .. Antara perkara yang berlaku tu ialah pada hujung bulan April sehingga la bulan June di mana adik Ezra yang ketika itu 8 bulan di serang demam yang tak kebah-kebah. Berulang-alik ke klinik dan akhirnya hospital. Yang peliknya demam adik tu tak ada pulak waktu pagi,bila hari petang saja adik akan start panas seluruh badan sehingga sampai satu peringkat kaki,tangan dan bibir jadi kebiru-biruan. Syukur juga la majikan mom ni ok. Mom terkejar-kejar ke office dan rumah time tu majikan pun memahami.
Sebelum

Selepas

Tengok la perubahan badan adik sebelum sakit dan selepas tu .. daripada gebu dan bulat hingga kurus .Hati ibu mana yang tidak sedih. Pelik juga bila pergi jumpa doktor kata adik demam biasa saja. Pergi klinik pakar pun keadaan adik tetap sama.Pastu tambah lagi abang Joel pun ikut demam. Akhirnya mom bawa adik dan abang ke HSI (Hospital Sultan Idris JB) . Dan doktor kat situ kata kerongkong banyak tompok putih. Ubat yang di bagi tu mom tak bagi pun tau,sebab ubat yang sama juga dengan sebelum ni. Mom amalkan petua mak minumkan dengan air suam. Dan syukurlah semua beransur pulih.

2010 juga menyaksikan kami berhadapan dengan masalah kewangan yang erkk!! teruk!

walaumacam mana pun mom bangga dengan keluarga kecik mom ni sebab berjaya mengharungi semua rintangan dengan baik. Dan dalam krisis ini mom dengan sedih tahu orang-orang yang bila kami dalam kesenangan but cepat cepat say bila kami susah.

bakal membawa pengalaman baru dalam perjalanan hidup mom.Di mulai dengan pengalaman mom sebagai ibu kepada seorang anak yang bersekolah.Berdebar ni.. macam mana la abang JOel nanti... .. Good Luck untuk mom sendiri dan kamu..kamu dan kamu semua juga. Buang yang keruh ambil yang jernih. Yang keruh2 dekat 2010 tu jadikan sempadan k dan yang jernih pula di kekalkan. apa mom mengarut ni.. hehehe..




Ps - Happy New Year 2011.

3 comments:

♥ LULU ♥ said...

waaa...cutenye baby ni!hehe.
rase nak cubit2 je..hehe
tembam+ putih lak tu...
selamat tahun baru~

Lelord said...

happy new year

Cik Puan Gaban said...

Happy New Year Anne, maaf lambat wish Merry Christmas ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails