Tuesday, November 16, 2010

Tag Membawa Padah.

Bila mom blogwalking selalu terjumpa tag 25 perkara dekat blog kawan-kawan. Last-last mom pun kena juga tag ni. Mom telah di tag oleh jijana from My S'crap'book of Life.

Bila dapat tag ni kena nyatakan 25 perkara mengenai diri.Fakta,habits atau goal.Lepas dah siap kena tag 25 kawan lagi dan kena tag balik kawan yang tag kita tu.Lepas tu orang-orang yang kena tag kena buat entry dengan title "Tag Membawa Padah" . So ni 25 perkara daripada mom.
  1. Mom seorang ibu beranak dua yang comel+gebu. Comel dalam erti kata kecik sebab ketinggian hanya 5" saja dan gebu dalam erti kata chubby dengan berat 62kg .
  2. Mom berasal daripada Sabah dan berketurunan Kadazan Dusun tapi current city ialah Johor Bahru.
  3. Warna kulit kuning langsat.
  4. Sangat tak suka pada keadaan bising dan suasana kelam kabut.
  5. Rabun jauh.
  6. Sekolah sampai diploma aje .Well cita-cita tinggi tapi tidak kesampaian.
  7. Anak ke-2 daripada 3 orang adik beradik. Mom ada seorang abang dan adik perempuan yang akan menduduki exam STPM tak lama lagi.
  8. Mom sekarang ni merupakan "ibu bekerja".
  9. Mom nakkk sangat melancong ke Australia Jepun dan New Zealand
  10. Berazam nak memiliki rumah idaman sebelum atau paling lewat umur 30 tahun.Ada 2 tahun lagi.hehehe.
  11. Hari ni mom marah esok dah lupa.
  12. Seorang penabung.kalau tak dapat menabung pasti resah sepanjang masa. Biar sedikit tapi mesti ada.
  13. Korang dah round 1 Malaysia ke? Mom berazam nak habiskan meronda negeri-negeri di Malaysia . tinggal berapa je lagi.. Kelantan,Terengganu,Perlis,N9 dan Sarawak. jauh-jauh.. huhu..
  14. Dah panjat Gunung Kinabalu pada tahun 2000.
  15. sangat suka buah mangga.
  16. Pernah jatuh dari tingkat 1 (15 anak tangga) pada umur 5 tahun. Cedera pada hidung dan patah 2 batang gigi. Ngerii..
  17. Hari pertama memandu selepas dapat lesen ,langgar belakang lori.
  18. Pernah dilanggar motosikal time menunggu bas nak balik hostel. Dan yang paling benci dan marah bila orang yang langgar tu hanya tanya "handphone rosak ke?" bukan tanya kita ada ape ke..
  19. Pernah tersesat jalan time memungut derma Pasukan Pengakap.Masa tu tahun 1994 mom darjah 6. Kami berjalan kaki 12 km . sian ..
  20. Like Pizza & white coffee so much.
  21. Sangat suka masak.Tapi selalu masakan kurang menjadi.
  22. Suka barangan kraf .
  23. Suka berblog.
  24. Pasang impian nak jadi tokey kedai online.
  25. First impression orang terhadap mom = sombong.

Susah juga nak cari fakta diri sendiri ni. Hmmm .. bagus juga tag ni.Boleh kenal dan faham diri sendiri. Seterusnya 25 orang yang di tag.. jijana,eka & t.o.r.r.e.s, ceekeen,lia asmira,applegreen,Kak Yong,Qarami,teratak indah, izan, cik puan gaban, syahadah,anjell,lin azlin,lulu,mia,rina dorina,virtualforest, yatie,nik,haszuraidah ishak

Ps- tamat.Adei... panjang betul tag ni.

1 comment:

kakyong said...

huhuuu.. kakyong pun kena tag yer...
ari tu rasa dah buat 20 fakta tentang kakyong.. xper, nanti kakyong buat lagi... ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails