Friday, November 19, 2010

Surat Panggilan Temuduga SPA

gambar dari yahoo search

Semalam masa balik rumah mom terpandang surat berlambang 2 harimau macam kat atas tu. Hati ini berbunga-bunga riang. Sebab mom tahu surat tu pasti SPA punye. Maklumlah dah 4 kali dapat surat tu. Ini kali yang ke-5.
Entahla napa mom ni tak juga dapat dapat kerja dekat kerajaan tu.. Huahuahua .. Mom tak pandai jawap soalan interbiu la agaknye.
4 kali mom dapat surat interbiu tu 2 daripadanya mom tak dapat datang. 1 sebab mom salah isi borang permohonan tu , mom letak interbiu dekat kampung halaman Sabah sedangkan empunya diri sedang sambung sekolah dekat Pahang. Dan yang ke-2 tahun 2009,masa tu mom tinggal tunggu hari je nak bersalin.Boleh pulak surat temuduga ni datang..

Jadi untuk yang kesekian kalinya mom dapat lagi surat interbiu bertarikh 29/11/10. Seminggu je lagi. Ala jawatan Pembantu Tadbir je ... Takde la Pegawai besar .. Apa-apa pun mom menaruh harapan juga untuk berjaya kali. Aduhai tuan/puan penemuduga kali ni mom pula nak pergi temuduga. Berdebar -debar rasanye.



Ps - doakan mom agar kali ni berpeluang la merasa kerja government pulak. Sudah 6 tahun mom kerja swasta je .. 6 hari kerja .. 9am - 7 pm ...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails