Monday, November 8, 2010

oppss i did it again .. (^^o)

Opps! i did it again .. i play with ur heart ... lalalala.. Ingat tak lagu ni. ala nyanyian britney spears yang famous dulu-dulu tu. Ni time mom sekolah menengah dulu, semua budak-budak dekat sekolah mom minat dekat britney. Mom pun minat juga ..Hehehe..
Tapi sekarang ni dah tak ada langsung dengar pasal artis ni kan. Kalau ada pun semua pasal cerita yang buruk-buruk saja. Macam hari ni mom baca dekat ruangan hiburan Metro yang kutuk cara berpakaian britney. Memang ternyata sangat teruk. Mom pun kadang pelik juga tak kira la artis luar negara atau artis kita , walaupun duit rasa-rasa dah cukup atau pun mungkin dah lebih dari cukup tapi masih juga perangai tu ke arah yang tidak elok. Mungkin sebab tak tau duit tu nak di buat apa kot .. tu yang pi bazir dekat benda-benda yang tak baik. Clubbing sampai pagi,minum sampai mabuk , dadah lagik.. Kalau yang miskin ni mana la ada wang nak belanja duit kan.Tapi ada juga si miskin yang dah la miskin masih juga buat benda-benda macam tu sampai sanggup pukul mak bapak dan anak bini.

Gambar dulu-dulu :





Gambar masa kini :





Teruk betul keadaan nye sekarang kan. Adakah benar ini kerana penangan cinta seorang bernama lelaki. Kalau benar perluka menghukum diri sendiri. Atau memang berpunca dari diri sendiri??? Hanya empunya diri yang mengetahui. But kuatlah demi anak-anak.




Moral of the story : - Hidup sebagai seorang wanita kini perlu ada ketabahan.Perlu berdikari dan jangan terlalu bergantung pada orang lain walaupun suami. Bukan mom kata suami tak boleh percaya tapi andaikan sesuatu tidak diingini berlaku ( malang tidak berbau , kalau ia berbau semua orang akan hidup baik-baik saja) sekurang-kurangnya kita ada suatu pegangan dan kuat untuk berjuang demi anak-anak.

ps - Mom seorang yang sangat lemah.. kepahitan dan rakan-rakan mengajar dan beri dorongan untuk mom sedikit demi sedikit untuk jadi lebih kuat dari hari ke hari.

sumber gambar - yahoo search.

3 comments:

zmah said...

Bergantung pada diri sendiri...walau pun kadang-kala kita perlu bergantung pada orang lain.

honeybeeanjell said...

kesian kat britney ni. hopefully she'll does well in her life especially for her children.

haszuraidah ishak said...

kena belajar sayangi & menghargai diri sendiri dulu, barula dpt menyayangi org lain..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails