Thursday, November 25, 2010

Kes Hassan Skodeng..

Akhbar Harian Metro Hari ini(page14). Mula-mula tengok tajuk tu ingatkan Hassan tukang skodeng orang mandi ke apa, rupanya kisah seorang Blogger yang akan dibicarakan pada 26.01.2011 kerana didakwa memulakan penghantaran komen palsu berhubung artikel "TNB to sue WWF over Earth Hour" di laman blog miliknya iaitu Nose4News 2 bulan lalu.

Menurut sumber (Harian Metro) pada 2.09.2010 lalu Hassan Skodeng atau nama sebenarnya Irwan Abdul Rahman,36 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuat dan memulakan komen palsu di laman blog Nose4News dengan niat hendak menyakitkan hati orang lain.Artikel ini di tulis dalam bentuk berita berdasarkan satu sidang akhbar palsu oleh Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh yang kononnya menyatakan bahawa syarikat itu akan menyaman WWF berhubung kempen Earth Hour. Hassan Skodeng ni juga adalah editor ruangan Lifestyle&Entertainment akhbar The Malay Mail.Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta588)


Hmmm .. Blog ni memang la kita punya tapi tak semestinya kita boleh conteng sesuka hati sebab silap haribulan dapat surat peguam. Bagaimana la pulak nasib UNCLE SEEKERS tu?



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails