Monday, November 15, 2010

HQ kami ala-ala Juri Program Realiti Tv.

HQ atau ayat penuhnya Head Quarters. HQ ni biasa ada la kalau company yang cawangan nya bersepah-sepah dari Perlis ke Sabah. But company tempat mom kerja ni tak adalah sebesar itu, hanya bersepah dekat Johor Bahru saja cawangan. HQ mom sangat la mengerikan ok, bukan sebab ada hantu mengganas tapi sebab dekat HQ mom tu berkumpul Juri-juri program realiti tv. Dan kalau la benar mereka itu juri program realiti bagus juga , ada peluang glamour gitu kan. Tapi mereka itu hanyak juri syok sendiri saja kawan-kawan .. tapi bisa membuatkan kita senak perut. Sehinggakan kami assistant-assistant dekat cawangan memasing akan memujuk manager memasing pergi ke HQ kalau ada hal. Well manager biasa memang suko kalau gi HQ sebab mungkin berpeluang beramah mesra dekat BOSS dan meningkatkan peluang untuk tunjuk skill dan naik pangkat.

Perkara-perkara yang harus dilalui kalau pergi HQ :

1. Bersedia untuk dihakimi oleh 6 orang juri kecantikan.

2. Anda akan dihakimi dari hujung rambut ke hujung kaki ala-ala miss world. Korang jangan main-main tau, juri ni sangat teliti.Sehinggakan mereka boleh tahu kiranya korang dah bertambah berat walaupun sekilo dan rambut anda dah kurang sikit.

3.Kiranya hari tu korang mungkin nampak tak kemas dan mungkin tak ada pakai makeup mereka akan soal dan selidik dengan soalan , kamu tak ada masa ke? hari-hari kena masak ke sampai tak ada masa? oo..rumah ada orang gaji tu lah sekarang gemuk kan sebab balik rumah semua dah siap.
4.malah begitu prihatin dengan hal-hal personal .. seperti , orang gaji cantik tak? suami tak ada jeling-jeling orang gaji..

5. Soalan-soalan cari calon menantu. Setiap staff di branch anda akan ditanya soalan-soalan kepribadian. Dah kahwin? Ada tunang? Ada boifren?Handsome or cantik ke? Gemuk atau kurus?

6.Akan dihidangkan dengan gosip-gosip hangat dan sensasi dari branch-branch. Contoh Skandal manager dekat branch A dengan staff A. Si B yang nampak berisi mungkinka ada isi .. Aduhai macam artis-artis kan.

7.Dan beberapa hari kemudian anda akan dengar news-news pasal diri korang daripada kawan-kawan branch lain.

Amacam best ?? Kalau rasa nak test-test adakah kasut baru anda lawa dan produk pelangsingan yang diamalkan berkesan boleh la datang ke HQ. Pasti mendapat review yang bernas daripada juri.


Sekian report mom hari ini .



1 comment:

♥♥syahadah♥♥ said...

boleh tahu tak? anne dapat komen apa dari juri2 tak bertauliah ni..? hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails